Fatwa Derma Organ Dari J/kuasa Fikah Islam Antarabangsa

KEPUTUSAN FATWA DERMA ORGAN MAJMA’ AL-FIQH AL-ISLAMIY
Penterjemah: Bin Sahak

Pertama: “Harus pemindahan anggota dari sesuatu bahagian badan ke bahagian badan lain (tubuh yang sama), dengan memastikan perpindahan ini mendatangkan manfaat adalah lebih terserlah berbanding kemudharatan yang terhasil. Beserta syarat perpindahan ini bertujuan mewujudkan anggota yang hilang atau mengembalikan bentuk atau fungsinya yang asal, atau untuk memperbaiki keaiban atau untuk menghilangkan kejelekan yang menjadi sebab keburukan dari sudut psikologi atau fizikal.”

Kedua: “Harus pemindahan anggota dari tubuh manusia ke tubuh manusia lain, jika anggota tersebut boleh menjadi baharu dengan sendirinya, seperti darah dan kulit, dengan syarat penderma adalah orang yang sempurna keahlian (matang dan faham apa yang hendak dilakukan ke atasnya), dan memenuhi juga syarat-syarat penting syarak yang lain.”

Ketiga: “Harus mengambil manfaat dari sebahagian dari anggota yang dikeluarkan dari tubuh kerana sesuatu penyakit/sakit untuk diberikan kepada individu lain, seperti mengambil kornea mata untuk seseorang yang dikeluarkan kerana sakit."

Keempat: “Haram pemindahan organ, yang nyawa bergantung kepadanya seperti jantung dari orang yang hidup kepada orang lain."

Kelima: “Haram pemindahan organ dari mana-mana orang hidup yang boleh menjejaskan fungsi asas dalam hidupnya, sekalipun ia tidak menghilangkan kesejahteraan hidup seperti pemindahan kornea kedua-dua mata sekaligus. Adapun jika pemindahan boleh menjejaskan sebahagian dari fungsi asas, maka ia masih berada dalam kajian dan perbincangan, sepertimana yang dijelaskan dalam perenggan ke lapan."

Keenam: “Harus pemindahan organ dari mayat kepada orang hidup yang hidupnya bergantung kepada penerimaan anggota tersebut, atau kesejahteraan fungsi asas tubuhnya bergantung kepada anggota tersebut, dengan syarat ada keizinan dari mayat (sebelum kematiannya) atau keizinan dari ahli waris selepas kematiannya, atau dengan syarat persetujuan pemimpin Islam jika mayat itu orang yang tidak dikenalpasti indentitinya atau ketiadaan waris."

Ketujuh: “Mesti diberi perhatian bahawa kesepakatan akan keharusan pemindahan organ dalam beberapa keadaan di atas, dengan syarat tidak berlaku perkara tersebut melalui jual beli organ, kerana tidak boleh menyerahkan anggota-anggota badan manusia untuk dagangan dalam apa keadaan sekalipun, adapun jika penerima organ yang memberi wang dengan harapan mendapat anggota yang diperlukannya ketika dharurat atau sebagai balasan dan kemuliaan, maka masih berada di peringkat ijtihad dan perbincangan."

Kelapan: “Semua situasi dan keadaan yang tidak disebut di atas yang masih berada di bawah tajuk pemindahan organ, masih berada di tahap kajian dan perbincangan, maka mesti dilontarkan untuk kajian dan penyelidikan berdasarkan data perubatan dan hukum-hakam syarak.”

------------------
Teks Fatwa Asal B. Arab:

أولاً : يجوز نقل العضو من مكان من جسم الإنسان إلى مكان آخر من جسمه، مع مراعاة التأكد من أن النفع المتوقع من هذه العملية أرجح من الضرر المترتب عليها، وبشرط أن يكون ذلك لإيجاد عضو مفقود أو لإعادة شكله أو وظيفته المعهودة له، أو لإصلاح عيب أو إزالة دمامة تسبب للشخص أذى نفسياً أو عضويا

ثانياً : يجوز نقل العضو من جسم إنسان إلى جسم إنسان آخر ، إن كان هذا العضو يتجدد تلقائياً ، كالدم والجلد ، ويراعى في ذلك اشتراط كون الباذل كامل الأهلية ، وتحقق الشروط الشرعية المعتبرة

ثالثاً : تجوز الاستفادة من جزء من العضو الذي استؤصل من الجسم لعلة مرضية لشخص آخر ، كأخذ قرينة العين لإنسان ما عند استئصال العين لعلة مرضية

رابعاً : يحرم نقل عضو تتوقف عليه الحياة كالقلب من إنسان حي إلى إنسان آخر .

خامساً : يحرم نقل عضو من إنسان حي يعطل زواله وظيفة أساسية في حياته وإن لم تتوقف سلامة أصل الحياة عليها كنقل قرنية العينين كلتيهما ، أما إن كان النقل يعطل جزءاً من وظيفة أساسية فهو محل بحث ونظر كما يأتي في الفقرة الثامنة

سادساً : يجوز نقل عضو من ميت إلى حي تتوقف حياته على ذلك العضو ، أو تتوقف سلامة وظيفة أساسية فيه على ذلك . بشرط أن يأذن الميت أو ورثته بعد موته ، أو بشرط موافقة ولى المسلمين إن كان المتوفى مجهول الهوية أو لا ورثة له

سابعا ً : وينبغي ملاحظة أن الاتفاق على جواز نقل العضو في الحالات التي تم بيانها ، مشروط بان لا يتم ذلك بوساطة بيع العضو. إذ لا يجوز إخضاع أعضاء الإنسان للبيع بحال ما .أما بذل المال من المستفيد ، ابتغاء الحصول على العضو المطلوب عند الضرورة أو مكافأة وتكريماً ، فمحل اجتهاد ونظر

ثامناً : كل ما عدا الحالات والصور المذكورة ، مما يدخل في أصل الموضوع ، فهو محل بحث ونظر ، ويجب طرحه للدراسة والبحث .. على ضوء المعطيات الطبية والأحكام الشرعية


Cetak  
Wallahu a'lam