SDI 1623: Bagaimana Solat Orang Yang Mengalami Masalah Kentut Tanpa Kawalan

Soalan:

Assalamualaikum ustaz

Ada seorang yg mengalami penyakit tidak selesa dlm usus ( rengsa usus) telah berjumpa doktor, telah dibuat pemeriksaan didapati sihat. Masalahnya ialah penyakit ini menyebabkan perut tidak selesa KERAP keluar angin ( kentut- keluar bunyi) ambil wudhuk berkali2 sehingga terpaksa solat dlm keadaan kentut juga. Bagaimana kedudukan solatnya.


Jawapan:

Wa‘alaikumussalam warahmatullah

Jika sememangnya anda mengalami penyakit سلس الريح atau penyakit angin keluar tanpa kira waktu dan luar kawalan, maka anda berwudhu setelah masuk waktu solat untuk menunaikan solat fardhu waktu tersebut dan solat² sunat lainnya.


Cetak  
Wallahu a'lam