SDI 1632: seorang yang meninggal dunia tak sempat qadha puasanya apakah warisnya wajib qadha puasa untuknya?

Soalan:

Ustaz, seorang yang meninggal dunia tak sempat qadha puasanya apakah warisnya wajib qadha puasa untuknya.

Jawapan:

Sesiapa yang meninggal dunia dan memiliki kewajipan qadha puasa sama ada disebabkan dia telah melalui tempoh sihat setelah sakit yang memungkinkan dia qadha pada waktu itu namun dia tidak melakukannya atau dengan sebab lain, hendaklah dikeluarkan bagi setiap hari puasanya satu mud dari makanan asasi. Perkara ini berdasarkan perkataan Ibn ‘Umar RA:

مَنْ ماتَ وعَلَيْهِ صِيامُ شَهْرِ رَمضانَ فلْيُطْعَمْ عنهُ مكانَ كُلِّ يومٍ مسْكِينٌ

Maksudnya: “Siapa yang meninggal dunia terdapat kewajipan qadha puasa Ramadan, maka diberi makan bagi pihaknya bagi setiap hari puasa itu seorang miskin.” (Riwayat al-Tirmizi dan beliau berkata: “Yang sahih ia mauquf kepada Ibn ‘Umar). Al-Mawardi pula menukilkan telah berlaku ijmak dalam permasalah ini.

Boleh juga bagi waris berpuasa untuk jenazah berdasarkan qaul qadim al-Imam al-Syafi‘e, demikian juga qaul jadid beliau, kerana al-Imam al-Syafi‘e melakukan ta’liq kepada kesahihah hadis dan ternyatakan hadis yang beliau maksudkan adalah sahih terdapat dalam al-Bukhari dan Muslim, di mana Nabi SAW bersabda:

ﻣﻦ ﻣﺎﺕ ﻭﻋﻠﻴﻪ ﺻﻴﺎﻡ ﺻﺎﻡ ﻋﻨﻪ ﻭﻟﻴﻪ

Maksudnya: “Siapa yang meninggal dunia memiliki kewajipan wadha puasa, maka puasa untuknya walinya.”

Apakah Waris Wajib Qadha Puasa Tersebut?

Terdapat dua keadaan:

Pertama: Jika jenazah ada meninggalkan harta, maka wajib ke atas waris salah satu dari dua perkara, sama ada mengeluarkan fidyah dari harta simati atau berpuasa,

Kedua: Jika jenazah tidak meninggalkan sebarang harta, disunatkan kepada warisnya mengeluarkan fidyah untuk simati atau menggantikan puasanya.  


Cetak  
Wallahu a'lam