Soalan:
Orang tua yang tidak mampu puasa apa yang wajib dilakukan?
Jawapan:
Terdapat beberapa keadaan:
[1] Orang tua yang masih waras namun tidak memiliki kemampuan untuk berpuasa. Wajib ke atas orang seperti ini mengeluarkan fidyah bagi setiap hari puasa sebanyak satu mud (cupak makanan asasi) kepada orang fakir atau miskin berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 184.
[2] Jika dia telah nyanyuk dan tidak waras lagi, maka tiada apa-apa kewajipan lagi ke atasnya sama ada qadha mahupun fidyah kerana telah terangkat darinya taklif.
[3] Jika ada kala dia waras dan ada kala tidak waras, maka perhatikan, jika dia waras dalam tempoh sehari penuh, maka wajib keluarkan fidyah satu mud bagi hari tersebut. Namun jika dia hilang akal dalam sebahagian waktu pada hari tersebut, maka tidak wajib keluarkan fidyah, kerana syarat wajib puasa apabila dia waras sepanjang siang hari.