SDI 1645: Hukum Makan Dan Minum Ketika Tawaf

Soalan:

Ustaz tadi mase kak tengah tawaf kak minum ,dahaga sngat terlupe same..kak kena bayar dam tak?

 

Jawapan:

Makan dan minum ketika melakukan tawaf hukumnya makruh. Kata al-Imam al-Nawawi RH dalam al-Majmu’ 8/46:

ويكره له الأكل والشرب في الطواف، وكراهة الشرب أخف، ولا يبطل الطواف بواحد منهما ولا بهما جميعا. قال الشافعي: لا بأس بشرب الماء في الطواف ولا أكرهه، بمعنى المأثم، لكني أحب تركه لأن تركه أحسن في الأدب. وممن نص على كراهة الأكل والشرب وأن الشرب أخف صاحب الحاوي

Maksudnya: “Dimakruhkan kepada seseorang makan dan minum ketika melakukan tawaf. Makruh minum lebih ringan (berbanding makan). Tawaf tidak batal dengan melakukan salah satu dari makan dan minum, demikian juga jika melakukan kedua-duanya sekali. Kata al-Syafi‘e: Tidak mengapa minum air ketika tawaf, aku tidak melihatnya sebagai satu dosa. Akan tetapi aku lebih suka jika perkara itu ditinggalkan, kerana itulah yang lebih menepati adab. Antara ulama lain yang menyatakan makruh makan dan minum ketika tawaf dan minum itu lebih ringan adalah penulis kitab al-Hawi.”


Cetak  
Wallahu a'lam