SDI 1654: Jari Kaki Tidak Dilipat Ke Arah Kiblat Ketika Sujud

Soalan:

Assalamualaikum ustaz.Adakah sah solat ketika sujud jari jari kaki tidak dilipat ke arah kiblat?

Jawapan:

Isu ini menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Akan tetapi para ulama mazhab Syafie menyatakan mesti kena sebahagian daripada perut jari mesti ada yang menyentuk lantai. Antaranya perkataan al-Khatib al-Syarbini dalam Mughniy al-Muhtaj 1/572:

العبرة بالرجلين ببطن الأصابع، فلا يجزئ الظهر منها ولا الحرف

 Yang bermaksud lebih kurang: “Yang diambil kira di dalam sujud berkaitan dengan kaki itu ialah dengan kita meletakkan perut jari dalam bentuk kita melipatkan jari dan menghadapkan ke arah kiblat dan perut jari kita menempel di bumi. – saya jelaskan di sisi bukan semua jari, salah satu perut jari telah memadai. Kemudian dia kata: - “tidak memadai kalau kita letak jari dalam bentuk belakang jari yang diletakkan di lantai, tidak memadai. Tidak juga jika hujung jari.” sebaliknya mesti mana-mana bahagian daripada perut jari perlu menempel di bumi bagi menjadikan sujud itu diterima dan solat itu diterima dan sah.


Cetak  
Wallahu a'lam