Mal Mustafad Berdasarkan Tarjihan al-Qaradhawi

Kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi RH, (Fiqh al-Zakah, hal: 432-433):

"Perkara yang rajih bagiku dalam persoalan ini; (iaitulah) bahawa Mal Mustafad yang sampai nisab, diambil pandangan al-Zuhri dan al-Auzaie; sama ada zakatnya dikeluarkan menyusul qabdh - القبض (pemilikan sempurna) (zakat ini wajib bagi sesiapa yang tiada harta lain yang memiliki haul untuk dizakatkan), atau sama ada menunda dikeluarkan zakat ke haul (harta zakat yang ada) untuk dikeluarkan zakat (Mal Mustafad itu) bersama baki hartanya yang lain, selagi tiada kebimbangan habis dibelanjakan hartanya itu. Jika ada kebimbangan habis dibelanjakan, wajib segera (dikeluarkan zakat Mal Mustafadnya itu), Jika dia telah menghabiskan harta Mustafadnya itu, maka zakat harta Muftafad tersebut menjadi terpikul bawah tanggungjawabnya untuk dikeluarkan. (Atau) Sama ada Mal Mustafad itu tidak sampai nisab, diambil pandangan Makhul, apa-apa (Mal Mustafad) yang bertepatan dengan bulan dikeluarkan zakatnya, maka keluarkan bersama zakat untuk Mal Muftafad tersebut. Manakala apa-apa keperluan nafkah diri dan keluarga yang telah dibelanjakan, tiada zakat ke atasnya. Jika tiada harta lain yang akan dikeluarkan zakat menurut waktu tertentu, Mal Mustafad yang diperolehi pula tidak sampai nisab, tiada sebarang zakat yang perlu dikeluarkan sehingga sempurna - bersama harta lain - nisab (digabungkan semua), maka keluarkan zakat ketika itu dan haulnya bermula pada ketika itu juga. Tarjihan ini dapat memberi keringanan kepada mereka yang bergaji kecil dan tidak sampai nisab. Demikian juga dengan bayaran-bayaran sedikit yang dibayar kepada mereka yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) dan sekali bayaran yang diterima tersebut tidak sampai nisab.”

- Teks Asal -

والذي يترجح لي في ذلك: أن ما بلغ من المال المستفاد نصاباً: أخذ فيه بما قال الزهري والأوزاعي، إما بإخراج الزكاة عقب القبض ( وهذا متعين فيمن ليس له مال آخر ذو حول) وإما بتأخيره إلى الحول ليزكى مع بقية ماله، ما لم يخش إنفاقه وإلا فعليه المبادرة. ولو أنه أنفقه بالفعل: كانت زكاته في ذمته. وإن كان دون النصاب: أخذ فيه بقول مكحول، فما وافى الشهر الذي يزكي فيه ماله: زكّاه معه، وما احتاج إليه في نفقته ونفقة عياله: فليس عليه زكاة ما أنفق، فإذا لم يكن له مال آخر يزكيه في وقت معلوم، وكان المستفاد دون النصاب، فلا شيء فيه حتى يتم - مع مال آخر - له نصاب فيزكيه حينئذ، ويبدأ حوله من هذا الحين. ومقتضى هذا الترجيح : التخفيف عن أصحاب الرواتب الصغيرة التي لا تبلغ نصاباً، وكذلك الدفعات القليلة التي تدفع لذوي المهن الحرة، ولا تبلغ الدفعة منها نصابا.


Cetak  
Wallahu a'lam