HUKUM BERKONGSI MENYEMBELIH SEEKOR UNTA ATAU LEMBU DENGAN NIAT YANG BERBEZA
Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Ketua Bahagian Buhuth & Istinbath
Jabatan Mufti Negeri Perlis
------------------------------------------------------------------------------------------------
- Pandangan Mazhab
Wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang hukum berkongsi seekor lembu dengan niat yang berbeza. Di bawah ini pandangan ulama berdasarkan mazhab:
- Abu Hanifah berpandangan perkongsian tersebut hanya boleh dalam kalangan mereka yang bertujuan ibadat atau qurbah. Ibn Qudamah dalam al-Mughniy
وَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ: يَجُوزُ لِلْمُتَقَرِّبِينَ، وَلَا يَجُوزُ إذَا كَانَ بَعْضُهُمْ غَيْرَ مُتَقَرِّبٍ؛ لِأَنَّ الذَّبْحَ وَاحِدٌ، فَلَا يَجُوزُ أَنْ تَخْتَلَّ نِيَّةُ الْقُرْبَةِ فِيهِ
Maksudnya: “Kata Abu Hanifah: Harus bagi mereka yang bertujuan ibadah (berkongsi pada sesekor unta atau lembu), tidak boleh jika sebahagian mereka bukan bertujuan ibadah. Ini kerana sembelih itu adalah satu sembelihan, maka tidak boleh ketiadaan niat ibadah padanya.”
Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 5/90-91 dinyatakan:
فَإِذَا اشْتَرَكَ فِيهَا سَبْعَةٌ، فَلاَ بُدَّ أَنْ يَكُونَ كُل وَاحِدٍ مِنْهُمْ مُرِيدًا لِلْقُرْبَةِ، وَإِنِ اخْتَلَفَ نَوْعُهَا. فَلَوِ اشْتَرَى سَبْعَةٌ أَوْ أَقَل بَدَنَةً، أَوِ اشْتَرَاهَا وَاحِدٌ بِنِيَّةِ التَّشْرِيكِ فِيهَا، ثُمَّ شَرِكَ فِيهَا سِتَّةً أَوْ أَقَل، وَأَرَادَ وَاحِدٌ مِنْهُمُ التَّضْحِيَةَ، وَآخَرُ هَدْيَ الْمُتْعَةِ، وَثَالِثٌ هَدْيَ الْقِرَانِ، وَرَابِعٌ كَفَّارَةَ الْحَلِفِ، وَخَامِسٌ كَفَّارَةَ الدَّمِ عَنْ تَرْكِ الْمِيقَاتِ، وَسَادِسٌ هَدْيَ التَّطَوُّعِ، وَسَابِعٌ الْعَقِيقَةَ عَنْ وَلَدِهِ أَجْزَأَتْهُمْ الْبَدَنَةُ. بِخِلاَفِ مَا لَوْ كَانَ أَحَدُهُمْ يُرِيدُ سُبْعَهَا لِيَأْكُلَهُ، أَوْ لِيُطْعِمَ أَهْلَهُ، أَوْ لِيَبِيعَهُ، فَلاَ تُجْزِئُ عَنِ الآْخَرِينَ الَّذِينَ أَرَادُوا الْقُرْبَةَ. هَذَا قَوْل أَبِي حَنِيفَةَ وَأَبِي يُوسُفَ وَمُحَمَّدٍ. وَذَلِكَ، لأَنَّ الْقُرْبَةَ الَّتِي فِي الأُضْحِيَّةِ، وَفِي هَذِهِ الأَنْوَاعِ كُلِّهَا إِنَّمَا هِيَ فِي إِرَاقَةِ الدَّمِ، وَإِرَاقَةُ الدَّمِ فِي الْبَدَنَةِ الْوَاحِدَةِ لاَ تَتَجَزَّأُ، لأَنَّهَا ذَبْحٌ وَاحِدٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ هَذِهِ الإِرَاقَةُ قُرْبَةً مِنْ وَاحِدٍ أَوْ أَكْثَرَ لَمْ تَكُنْ قُرْبَةً مِنَ الْبَاقِينَ، بِخِلاَفِ مَا لَوْ كَانَتْ هَذِهِ الإِرَاقَةُ قُرْبَةً مِنَ الْجَمِيعِ، وَإِنِ اخْتَلَفَتْ جِهَتُهَا، أَوْ كَانَ بَعْضُهَا وَاجِبًا وَبَعْضُهَا تَطَوُّعًا.
Maksudnya: “Apabila seseekor unta berkongsi padanya tujuh orang, hendaklah setiap seorang daripada mereka bertujuan ubadah, sekalipun berbeza jenisnya. Jika tujuh orang atau kurang memberi seekor unta, atau seseorang membeli seekor untuk dengan niat dibuat kongsi, lalu berkongsi dengan orang itu enam orang atau kurang, di mana salah seorang bertujuan qurban, seorang lagi bertujuan hady tamattu’, orang ketiga bertujuan hady qiran, orang keempat bertujuan menunaikan kafarah sumpah, orang kelima bertujuan kafarah dam kerana meninggalkan miqat, orang keenam bertujuan hady sunat dan orang ketujuh bertujuan akikah untuk seorang anaknya, sah niat mereka semua dengan seekor unta tersebut. Berbeza jika salah seorang dari mereka hendakkan 1/7 dari daging tersebut untuk dibuat makan (semata-mata), atau diberi makan kepada keluarganya, atau untuk dijualnya. Maka situasi ini menjadikan baki mereka yang berkongsi dengan tujuan ibadah pada unta yang sama tidak sah. Inilah pandangan Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad. Alasannya adalah kerana ibadah pada korban dan ibadah lainnya yang sama jenis adalah pada menumpahkan darah haiwan yang tidak boleh dibahagi-bahagikan (dengan tujuan lain), kerana ia adalah satu sembelihan. Jika salah satunya atau lebih bukan tujuan ibadah, maka semuanya tidak boleh jadi ibadah. Keadaan berbeza jika semua mereka bertujuan ibadah, sekalipun berbeza bentuk, atau sebahagian mereka ibadah wajib dan sebahagian lagi sunat.”
Al-Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 4/713 berkata:
واشترط الحنفية أيضاً: ألا يشارك المضحي فيما يصح فيه الشركة من لايريد القربة رأساً، وإنما أراد اللحم، فلو اشترك سبعة في بعير أو بقرة كلهم يريد القربة إلا واحداً منهم يريد اللحم، لا تجزئ الأضحية عن الجميع، لأن القربة في إراقة الدم، وذلك لا يتجزأ، لأنها فعل أو ذبح واحد
Maksudnya: “Ulama mazhab Hanafi mensyaratkan juga agar tidak berkongsi orang yang hendak melakukan korban dalam perkara yang tidak boleh berkongsi iaitulah sesiapa yang tidak bertujuan ibadah sebaliknya dia hanya mahukan daging. Jika berkongsi tujuh orang pada seekor unta atau lembu dan semua mereka bertujuan ibadah melainkan seorang daripada mereka hanya mahukan daging (tidak bertujuan ibadah), tidak sah korban kesemua mereka. Ini kerana ibadah tersebut adalah pada menumpahkan darah haiwan sembelihan, perkara tersebut tidak boleh terbahagi-bahagi (berbeza niat antara bertujuan ibadah dan bukan), kerana ia adalah sembelihan yang satu.”
Al-Mula ‘Ali al-Qari dalam Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih 5/1822 ketika menghuraikan hadis: نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ، وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ berkata:
وَفِيهِ دَلِيلٌ لِمَذْهَبِنَا كَأَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ، أَنَّهُ يَجُوزُ اشْتِرَاكُ السَّبْعَةِ فِي بَدَنَةٍ، أَوْ بَقَرَةٍ إِذَا كَانَ كُلُّهُمْ مُتَقَرِّبِينَ، سَوَاءٌ يَكُونُ قُرْبَةً مُتَّحِدَةً كَالْأُضْحِيَّةِ، وَالْهَدْيِ، أَوْ مُخْتَلِفَةً كَأَنْ أَرَادَ بَعْضُهُمُ الْهَدْيَ، وَبَعْضُهُمُ الْأُضْحِيَّةَ، وَعِنْدَ الشَّافِعِيِّ: وَلَوْ أَرَادَ بَعْضُهُمُ اللَّحْمَ، وَبَعْضُهُمُ الْقُرْبَةَ جَازَ، وَعِنْدَ مَالِكٍ: لَا يَجُوزُ الِاشْتِرَاكُ فِي الْوَاجِبِ مُطْلَقًا، وَأَمَّا الِاشْتِرَاكُ فِي الْغَنَمِ فَلَا يَجُوزُ إِجْمَاعًا
Maksudnya: “Pada hadis ini terdapat bukti bagi mazhab kami (Hanafi) sepertimana (mazhab) kebanyakan ulama iaitulah harus berkongsi tujuh orang pada seekor unta atau lembu jika semua mereka bertujuan ibadah. Sama ada ibadah itu sama seperti korban dan hady atau berbeza seperti sebahagian mereka bertujuan ibadah hady, sebahagian lagi bertujuan korban. Di sisi ulama mazhab Syafi‘e (berpandangan): “Jika sebahagian mereka menghendaki daging (sahaja), manakala sebahagian lain bertujuan ibadah, maka harus. Di sisi Malik pula tidak boleh berkongsi pada ibadah wajib secara mutlaq. Adapun berkongsi pada seekor kambing, maka tidak boleh berdasarkan ijmak (ulama).”
- Ulama mazhab Syafi‘e dan Hambali berpandangan boleh berkongi korban seekor lembu atau unta oleh mereka yang berbeza niat, sebahagian meniatkan korban dan sebahagian lagi hanya menghendaki daging atau seumpamanya.
Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 5/91-92 dinyatakan:
وَخَالَفَهُمُ الشَّافِعِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ فَأَجَازُوا أَنْ يَشْتَرِكَ مُرِيدُ التَّضْحِيَةِ أَوْ غَيْرِهَا مِنَ الْقُرُبَاتِ مَعَ مُرِيدِ اللَّحْمِ، حَتَّى لَوْ كَانَ لِمُرِيدِ التَّضْحِيَةِ سُبْعُ الْبَدَنَةِ، وَلِمُرِيدِ الْهَدْيِ سُبْعُهَا، وَلِمُرِيدِ الْعَقِيقَةِ سُبْعُهَا، وَلِمُرِيدِ اللَّحْمِ بَاقِيهَا، فَذُبِحَتْ بِهَذِهِ النِّيَّاتِ جَازَ، لأَنَّ الْفِعْل إِنَّمَا يَصِيرُ قُرْبَةً مِنْ كُل وَاحِدٍ بِنِيَّتِهِ لاَ بِنِيَّةِ شَرِيكِهِ، فَعَدَمُ النِّيَّةِ مِنْ أَحَدِهِمْ لاَ يَقْدَحُ فِي قُرْبَةِ الْبَاقِينَ
Maksudnya: “Ulama mazhab Syafi‘e berbeza dengan ulama mazhab Hanafi. Ulama mazhab Syafi‘e dan Hambali berpandangan harus berkongsi orang yang berniat korban atau ibadah lain dengan orang yang hendaklah daging semata-mata, sekalipun yang berniat korban itu hanya 1/7 dari seekor unta, 1/7 lagi hendakkan hady, 1/7 lagi berniat akikah, dan baki yang lain hendakkan daging semata-mata, lalu disembelih seekor unta dengan niat-niat yang berbeza ini, maka ia adalah harus. Ini kerana sesuatu perbuatan menjadi ibadah berdasarkan niat setiap orang yang berkongsi. Salah seorang dari mereka yang tiada berniat beribadah tidak merosakkan ibadah mereka yang lain.”
Al-Nawawi RH dalam al-Majmu 8/398 menyatakan:
يَجُوزُ أَنْ يَشْتَرِكَ سَبْعَةٌ فِي بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ لِلتَّضْحِيَةِ سَوَاءٌ كَانُوا كُلُّهُمْ أَهْلَ بَيْتٍ وَاحِدٍ أَوْ مُتَفَرِّقِينَ أَوْ بَعْضُهُمْ يُرِيدُ اللَّحْمَ فَيُجْزِئُ عَنْ المتقرب وسواء كان أضحية منذورة أو تَطَوُّعًا هَذَا مَذْهَبُنَا وَبِهِ قَالَ أَحْمَدُ وَدَاوُد وَجَمَاهِيرُ الْعُلَمَاءِ إلَّا أَنَّ دَاوُد جَوَّزَهُ فِي التَّطَوُّعِ دُونَ الْوَاجِبِ وَبِهِ قَالَ بَعْضُ أَصْحَابِ مَالِكٍ
Maksudnya: “Harus tujuh orang berkongsi seekor unta atau lembu untuk melakukan korban sama ada semua mereka dari ahli keluarga yang sama atau berbeza, atau jika sebahagian mereka menghendaki daging (semata-mata), maka sah bahagian yang bertujuan ibadah sama ada kerana korban nazar atau sunat. Inilah mazhab kami (al-Syafi‘e) dan inilah pandangan Ahmad, Daud (al-Zahiri) dan majoriti ulama, melainkan Daud (al-Zahiri) berpandangan harus untuk korban sunat tidak korban wajib. Inilah juga pandangan Ashab Malik.”
Ibn Qudamah RH dalam al-Mughni berkata:
وَجُمْلَتُهُ أَنَّهُ يَجُوزُ أَنْ يَشْتَرِكَ فِي التَّضْحِيَةِ بِالْبَدَنَةِ وَالْبَقَرَةِ سَبْعَةٌ، وَاجِبًا كَانَ أَوْ تَطَوُّعًا، سَوَاءٌ كَانُوا كُلُّهُمْ مُتَقَرِّبِينَ، أَوْ يُرِيدُ بَعْضُهُمْ الْقُرْبَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ. وَبِهَذَا قَالَ الشَّافِعِيُّ وَقَالَ مَالِكٌ: لَا يَجُوزُ الِاشْتِرَاكُ فِي الْهَدْيِ
Maksudnya: “Kesimpulannya iaitulah harus berkongsi tujuh orang pada ibadah korban dengan seekor unta dan lembut, sama ada korban wajib atau sunat. Sama ada semua mereka bertujuan ibadah atau sebahagian bertujuan ibadah dan sebahagian lagi hanya menghendaki daging. Inilah pandangan al-Syafi‘e. Manakala Malik berkata: “Tidak boleh berkongsi pada ibadah hady.”
Kata al-Zarkashi RH dari Mazhab Syafi‘e dalam al-Manthur Fi al-Qawa’id al-Fiqhiyyah 2/103-104:
يَجُوزُ الِاشْتِرَاكُ فِي الْأُضْحِيَّةِ وَلَوْ أَرَادَ بَعْضُهُمْ اللَّحْمَ وَبَعْضُهُمْ الْقُرْبَةَ جَازَ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ مِنْ أَهْلِ الذِّمَّةِ وَبَعْضُهُمْ مُسْلِمٌ،
Maksudnya: “Harus berkongsi pada korban sekalipun sebahagian mereka menghendakkan daging semata-mata dan sebahagian lagi niatkan ibadah korban. Harus juga jika sebahagian daripada mereka (yang berkongsi itu) dari kalangan Ahl al-Zimmah dan sebahagian lagi muslim.
- Ulama mazhab Maliki berpandangan tidak boleh berkongi pada harga dan daging korban.
Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 5/92 dinyatakan:
وَقَال الْمَالِكِيَّةُ: لاَ يَجُوزُ الاِشْتِرَاكُ فِي الثَّمَنِ أَوِ اللَّحْمِ، فَإِنِ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِي الثَّمَنِ، بِأَنْ دَفَعَ كُل وَاحِدٍ مِنْهُمْ جُزْءًا مِنْهُ، أَوِ اشْتَرَكُوا فِي اللَّحْمِ، بِأَنْ كَانَتِ الشَّاةُ أَوِ الْبَدَنَةُ مُشْتَرَكَةً بَيْنَهُمْ لَمْ تُجْزِئْ عَنْ وَاحِدٍ مِنْهُمْ، بِخِلاَفِ إِشْرَاكِهِمْ فِي الثَّوَابِ مِمَّنْ ضَحَّى بِهَا قَبْل الذَّبْحِ كَمَا مَرَّ
Maksudnya: “Kata ulama mazhab Maliki, tidak boleh berkongsi pada harga atau daging (korban). Jika sekumpulan orang berkongsi pada harga dengan setiap mereka membayar satu bahagian daripadanya, atau berkongsi pada daging, seperti seekor kambing atau seekor untuk yang dikongsi sesama mereka, tidak sah dari semua mereka, berbeza jika perkongsian mereka pada pahala dari kalangan mereka yang melakukan korban dengan seekor kambing atau unta tersebut sebelum sembelihan seperti yang telah lalu penjelasannya.”
- Fatwa-Fatwa Berkaitan
- Fatwa Lujnah Daimah 11/401:
تجزئ البدنة والبقرة عن سبعة، سواء كانوا من أهل بيت واحد أو من بيوت متفرقين، وسواء كان بينهم قرابة أو لا؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم أذن للصحابة في الاشتراك في البدنة والبقرة كل سبعة في واحدة، ولم يفصل ذلك
Maksudnya: “Sah seekor unta dan seekor lembu untuk tujuh orang. Sama ada mereka semua dari satu keluarga atau dari keluarga yang berbeza. Sama ada antara mereka ada hubungan qarabah atau tidak kerana Nabi SAW telah mengizinkan para sahabat berkongsi pada seekor unta dan lembu. Untuk setiap tujuh orang seekor (unta atau lembu) dan baginda tidak memperincikannya.”
- Dar al-Ifta’ al-Misriyyah
السؤال:
هل يجوز اشتراك أكثر من شخص في ذبح بقرة لكن مع اختلاف نية كل واحد منهم في هذا الذبح: فأحدهم مثلًا يقصد الأضحية، وآخر يقصد العقيقة، وآخر من أجل اللحم؟ وإذا صح هذا، فهل يجوز أن يذبح الشخص الواحد بقرة واحدة بنوايا متعددة؟
الجواب
كثيرًا ما يحدث أن يرغب شخص في الاشتراك مع غيره في ذبيحة كبيرة كالبقرة أو الناقة؛ ليحصل على سهم منها، وتختلف دوافع الناس في هذا، فمنهم من يرى طيب لحم البقرة أكثر من الشاة مثلًا، وقد يكون ذلك لأنه أرخص، وغير ذلك. وهذا النوع من الشركة يُسمى شركة الأملاك، وهي مشروعة كأصلها.
والشركة: هي الاجتماع في استحقاق أو تصرف. وهي ثابتة بالكتاب والسنة والإجماع:
أما الكتاب فقول الله تعالى: ﴿فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ﴾ [النساء: 12]. وَقَالَ اللهُ تَعَالَى: ﴿وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْخُلَطَاءِ لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ﴾ [ص: 24]، والخلطاء هم الشركاء.
ومن السنة: ما روي "أَنَّ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ، وَالْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ كَانَا شَرِيكَيْنِ فَاشْتَرَيَا فِضَّةً بِنَقْدٍ وَنَسِيئَةً، فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ، فَأَمَرَهُمَا أَنَّ مَا كَانَ بِنَقْدٍ فَأَجِيزُوهُ، وَمَا كَانَ بِنَسِيئَةٍ فَرُدُّوهُ" أخرجه الإمام أحمد في "مسنده". وروي عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أنه قال: «أيَقُولُ اللهُ: أَنَا ثَالِثُ الشَّرِيكَيْنِ مَا لَمْ يَخُنْ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ، فَإِذَا خَانَ خَرَجْتُ مِنْ بَيْنِهِمَا». رواه أبو داود. وروي عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أنه قال: «يَدُ اللهِ عَلَى الشَّرِيكَيْنِ مَا لَمْ يَتَخَاوَنَا». وأجمع المسلمون على جواز الشركة في الجملة...، والشركة على ضربين: شركة أملاك، وشركة عقود. انظر "المغني" لابن قدامة (5/ 3، ط. مكتبة القاهرة).
وقد وردت النصوص صريحة في هذه المسألة: منها: ما روي عن جابر رضي الله عنه قال: "أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَشْتَرِكَ فِي الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ، كُلُّ سَبْعَةٍ مِنَّا فِي بَدَنَةٍ" متفق عليه. وَفِي رِوَايَةٍ قَالَ: "اشْتَرَكْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ فِي الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ كُلُّ سَبْعَةٍ مِنَّا فِي بَدَنَةٍ، فَقَالَ رَجُلٌ لِجَابِرٍ: أَيَشْتَرِكُ فِي الْبَقَرِ مَا يَشْتَرِكُ فِي الْجَزُورِ؟ فَقَالَ: مَا هِيَ إلَّا مِنْ الْبُدْنِ" رَوَاهُ مُسْلِمٌ. وَعَنْ حُذَيْفَةَ رضي الله عنه قَالَ: "شَرَّكَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ فِي حِجَّتِهِ بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ فِي الْبَقَرَةِ عَنْ سَبْعَةٍ" رَوَاهُ أَحْمَدُ، ووجه الدلالة التصريح بالأمر والإقرار بالشراكة في الأضاحي والهدايا، ورواية أحمد الأخيرة في لفظ "المسلمين" وهي كلمة تدل في أصلها على الاستغراق، ومعلوم أن الناس في حجة الوداع كانوا أصنافًا شتى؛ فمنهم المتمتع والقارن والذابح عن الأضحية، والمكفر عن ما فعله من محظورات النسك، ومعلوم أن تأخير البيان عن وقت الحاجة لا يجوز. وبمثل ما ذهبنا إليه صرح بعض أهل العلم: قال العلامة ابن قدامة في "المغني" (9/ 437): [(وتجزئ البدنة عن سبعة، وكذلك البقرة) وهذا قول أكثر أهل العلم. روي ذلك عن علي، وابن عمر، وابن مسعود، وابن عباس، وعائشة رضي الله عنهم وبه قال عطاء، وطاوس، وسالم، والحسن، وعمرو بن دينار، والثوري، والأوزاعي، والشافعي، وأبو ثور، وأصحاب الرأي. وعن عمر رضي الله عنه أنه قال: "لا تجزئ نفس واحدة عن سبعة". ونحوه قول مالك. قال أحمد: ما علمت أحدًا إلا يرخص في ذلك، إلا ابن عمر. وعن سعيد بن المسيب، أن الجزور عن عشرة، والبقرة عن سبعة. وبه قال إسحاق؛ لما روى رافع رضي الله عنه "أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قسم فعدل عشرة من الغنم ببعير". متفق عليه. وعن ابن عباس رضي الله عنه قال: "كنا مع رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في سفر، فحضر الأضحى، فاشتركنا في الجزور عن عشرة، والبقرة عن سبعة" رواه ابن ماجه. ولنا ما روى جابر رضي الله عنه قال: "نحرنا بالحديبية مع النبي صلى الله عليه وآله وسلم البدنة عن سبعة، والبقرة عن سبعة". وقال أيضًا: "كنا نتمتع مع رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فنذبح البقرة عن سبعة، نشترك فيها" رواه مسلم. وهذان أصح من حديثهم. وأما حديث رافع، فهو في القسمة، لا في الأضحية. إذا ثبت هذا، فسواء كان المشتركون من أهل بيت أو لم يكونوا، مفترضين أو متطوعين، أو كان بعضهم يريد القربة وبعضهم يريد اللحم؛ لأن كل إنسان منهم إنما يجزئ عنه نصيبه، فلا تضره نية غيره في عشره] اهـ.
قال الإمام النووي في "المجموع شرح المهذب" (8/ 397-398، ط. دار الفكر): [(فرع): يجوز أن يشترك سبعة في بدنة أو بقرة للتضحية، سواء كانوا كلهم أهل بيت واحد أو متفرقين، أو بعضهم يريد اللحم فيجزئ عن المتقرب، وسواء أكان أضحية منذورة أم تطوعًا، هذا مذهبنا وبه قال أحمد وداود وجماهير العلماء. وقال: ويجوز أن ينحر الواحد بدنة أو بقرة عن سبع شياه لزمته بأسباب مختلفة، كتمتع وقران وفوات ومباشرة ومحظورات في الإحرام ونذر التصدق بشاة مذبوحة، والتضحية بشاة] اهـ بتصرف.
ومما تقدَّم يتبين جواز اشتراك أكثر من شخص في ذبح بقرة واحدة بنيات مختلفة -كما هو مذهب جماهير العلماء-، كما يجوز أن يذبح الشخص الواحد بقرة واحدة بنيات متعددة. والله سبحانه وتعالى أعلم.
Maksudnya: Soalan: “Apakah boleh berkongsi lebih dari seorang pada menyembelih seekor lembu dalam keadaan niat setiap mereka berbeza. Ada orang yang hendaklah daging sahaja (bukan niat korban), seorang yang lain dari kalangan mereka hendak membuat korban, seorang yang lain lagi hendak buat akikah, seorang yang lain hendakkan daging sahaja? Jika sah, apakah boleh seorang menyembelih seekor lembu dengan niat yang berbagai?
Jawapan: “Banyak berlaku ramai orang yang berminat berkongsi bersama orang lain untuk sembelihan haiwan besar seperti lembu atau unta bagi memperolehi satu bahagian dari haiwan korban tersebut. Orang ramai memiliki tujuan yang berbeza dalam urusan ini. Dalam kalangan mereka ada yang lebin inginkan daging lembu berbanding kambing sebagai contoh. Kadang-kadang perkara itu berlaku disebabkan harga yang lebih murah dan ada alasan lain lagi. Perkara seperti ini termasuk dalam perkongsian yang dinamakan sebagai Syarikah al-Amlak, maka ia diharuskan sama seperti persoalan asalnya (berkaitan dengan musyarakah) ...
Terdapat beberapa nas yang jelas dalam permasalahan ini (perkongsian sembelihan korban), antaranya: Hadis Jabir RA: “Kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami seekor unta” - Muttafaqun ‘Alaih -. Dalam riwayat beliau berkata: “Kami berkongsi bersama Nabi SAW ketika haji dan umrah bago setiap tujuh orang daripada kami pada seekor untuk.” Kata seorang lelaki kepada Jabir: “Apakah boleh berkongsi juga pada lembu sepertimana unta jazur?” Beliau menjawab: “tidaklah unta jazur itu melainkan dalam kumpulan unta juga.” - Riwayat Muslim – Daripada Huzaifah RA katanya: “Rasulullah SAW dalam peristiwa haji, menjadikan antara orang Islam itu tujuh orang berkongsi pada seekor lembu.” Riwayat Ahmad. Bentuk pendalilan iaitulah perintah dan perakuan jelas keizinan berkongsi melaksanakan korban dan hady. Riwayat daripada Ahmad di atas terdapat lafaz “al-Muslimin” merupakah kalimah yang pada asalnya menunjukkan al-Istighraq. Suatu yang sedia diketahui bahawa orang ramai dalam peristiwa haji wada’ terbahagi kepada kumpulan yang berbagai. Dalam kalangan mereka ada yang melakukan haji Tamattu’, ada yang qiran, ada yang menyembelih korban dan ada yang menyembelih kerana dam melakukan tegahan haji... Inilah pandangan majoriti ulama, diriwayatkan juga pandangan ini daripada ‘Ali, Ibn ‘Umar, Ibn Mas‘ud, Ibn ‘Abbas dan ‘Aisyah RA. Inilah juga perkataan ‘Atha, Tawus, Salim, al-Hasan, ‘Amr bin Dinar, al-Tahuri, al-Auza‘ie, al-Syafi‘e, Abu Thaur dan Ashab al-Ra’y. Diriwayatkan daripada ‘Umar RA pula yang berkata: “Tidak memadai satu nyawa (haiwan korban) untuk berkongsi tujuh orang.” Pandangan yang seumpama ini juga dari Malik. Kata Ahmad: “Tidak kami ketahui ada seseorang yang memberi keringanan (boleh berkongsi korban seekor unta dan lembu) melainkan Ibn ‘Umar. (Ada pula riwayat pandangan) daripada Sa‘ied bin al-Musayyib yang mengatakan unta jazur boleh berkongsi sepuluh orang (dalam ibadah korban), manakala lembu tujuh orang.” Inilah juga yang dikatakan oleh Ishak berdasarkan riwayat Rafi’ RA: “Bahawa Nabi SAW telah membuat pembahagian, baginda samakan 10 kambing dengan seekor unta.” Muttafaqun ‘Alaih. Daripada Ibn ‘Abbas RA pula katanya: “Kami pernah bersama dengan Rasulullah SAW dalam satu permusafiran, sehingga masuk raya korban, lalu kami berkongsi 10 orang pada seekor unta jazur, manakala tujuh orang pada seekor lembu.” Riwayat Ibn Majah. Kita (yang memegang pandangan majoriti) juga memiliki dalil lain dari Jabir RA yang berkata: “Kami pernah menyembelih di Hudaibiah bersama Nabi SAW seekor untan untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” Beliau berkata juga: “Kami melakukan tamattu’ bersama Rasulullah SAW, kami menyembelih seekor lembu untuk tujuh orang , kami berkongsi padanya.” – riwayat Muslim – Dua hadis ini lebih sahih berbanding hari mereka (yang memegang pandangan berbeza). Adapun hadis Rafi’, ia berkaitan pembahagian haiwan rampasan ghanimah, bukan korban. Jika thabit perkara ini, maka sama ada mereka yang berkongsi itu ahli keluarga yang sama atau bukan, sembelihan wajib atau sunat, sebahagian mereka bertujuan ibadah, manakala sebahagian lain mahukan daging semata-mata, kerana setiap orang berpada dengan bahagiannya (niatnya), niat orang lain yang berbeza dengannya tidak mendatangkan masalah.”
Kata al-Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 8/397-398: “Far‘un: harus berkongsi tujuh orang pada seekor unta atau seekor lembu untuk korban. Sama ada semua mereka dari keluarga yang sama atau berbeza, sama ada sebahagian mereka hanya mahukan daging, maka sah orang yang berniat ibadah, sama ada untuk korban nazar atau sunat. Inilah mazhab kami dan pandangan Ahmad, juga majoriti ulama.” Beliau juga berkata: “Harus seseorang menyembelih seekor unta atau lembu ganti tujuh ekor kambing kerana sebab yang berbeza seperti kerana haji tamattu’, qiran, meninggal perkara yang wajib haji, mubasyarah, melakukan tegahan ihram, nazar bersedekah seekor kambing dan korban seekor kambing.”
Penerangan ini jelas menunjukkan harus berkongsi lebih dari seorang pada sembelihan seekor lembu dengan niat yang berbeza seperti pandangan majoriti ulama, sama juga boleh seorang menyembelih seekor lembu dengan berbagai niat.”
- Fatwa Web IslamQA
]السُّؤَالُ[
ـ[هل يجوز الاشتراك في الأضحية؟، مع العلم أن بعض المشتركين لا ينوي الأضحية.]ـ
[الْجَوَابُ]
الحمد لله، سبق في جواب السؤال رقم (٤٥٧٥٧) أنه يجوز أن يشترك السبعة في البعير أو البقرة، أما الشاة فلا يجوز الاشتراك فيها.
ويجوز الاشتراك في البقرة أو البعير ولو كان بعض المشتركين لا يريد الأضحية، بل يريد اللحم ليأكله أو ليبيعه أو غير ذلك. قال النووي في «المجموع» (٨/٣٧٢): "يجوز أن يشترك سبعة في بدنة أو بقرة للتضحية، سواء كانوا كلهم أهل بيت واحد أو متفرقين، أو بعضهم يريد اللحم، فيجزئ عن المتقرب، وسواء أكان أضحية منذورة أم تطوعا، هذا مذهبنا وبه قال أحمد وجماهير العلماء" انتهى.
وقال ابن قدامة في «المغني» (١٣/٣٦٣): "وتجزئ البدنة عن سبعة، وكذلك البقرة، وهذا قول أكثر أهل العلم.
ثم ذكر بعض الأحاديث الدالة على هذا ثم قال: "إذا ثبت هذا، فسواء كان المشتركون من أهل بيت، أو لم يكونوا، مفترضين أو متطوعين، أو كان بعضهم يريد القربة وبعضهم يريد اللحم ; لأن كل إنسان منهم إنما يجزئ عنه نصيبه، فلا تضره نية غيره" انتهى.
Maksudnya: Soalan: “Bolehkah berkongsi korban? Dalam keadaan diketahui sebahagian daripada mereka yang berkongsi tidak meniatkan korban.
Jawapan: “Harus berkongsi pada seekor lembu atau unta sekalipun sebahagian mereka yang berkongsi tidak meniatkan korban bahkan mereka hendaklah daging semata-mata untuk dimakan atau dijual atau tujuan lainnya. Kata al-Nawawi dalam al-Majmu’ 8/372: “Harus berkongsi tujuh orang pada seekor unta atau seekor lembu untuk ibadah korban, sama ada semua yang berkongsi itu dari satu keluarga atau berbeza, atau sebahagian mereka hendakkan daging, maka sah dari orang yang hendak beribadah dengan melakukan korban (dalam keadaan perkongsian seperti itu), sama ada korban nazar atau sunat. Inilah mazhab kami, inilah pandangan Ahmad dan majoriti ulama.”
Kata Ibn Qudamah dalam al-Mughni 13/363: “Sah seekor unta untuk tujuh orang (berkongsi buat korban). Demikian juga seekor lembu. Inilah pandangan majoriti ulama.” Setelah itu Ibn Qudamah menyebut beberapa hadis yang menunjukkan perkara ini dan berkata: “Apabila thabit hadis ini, maka mereka yang berkongsi pula dari saru keluarga atau dari keluarga yang berbeza, mereka semua melakukan sembelihan wajib atay sunat, atau sebahagian mereka hendak melakukan ibadah dan sebahagian lain hendak daging semata-mata. Ini kerana setiap orang dari mereka yang berkongsi sah menurut bahagiannya, niat orang lain (yang berbeza dengannya) tidak mendatangkan masalah kepadanya .”
- Fatwa Ibn ‘Uthaimin (Ahkam al-Udhhiyyah wa al-Zakah 2/230
وتجزئ الواحدة من الغنم عن الشخص الواحد، ويجزئ سبع البعير أو البقرة عما تجزئ عنه الواحدة من الغنم؛ لحديث جابر قال: نحرنا مع رسول الله ﷺ عام الحديبية البدنة عن سبعة، والبقرة عن سبعة. رواه مسلم. وفي رواية قال خرجنا مع رسول الله ﷺ مهلين بالحج فأمرنا رسول الله ﷺ أن نشترك في الإبل والبقر، كل سبعة منا في بدنة. ففي هذا دليل على أن سبع البعير أو البقرة قائم مقام الواحدة من الغنم، ومجزئ عما تجزئ عنه؛ لأن الواجب في الإحصار والتمتع هدي على كل واحد، وقد جعل النبي ﷺ البدنة عن سبعة فدل على أن سبعها يحل محل الواحدة من الغنم ويكون بدلا عنها والبدل له حكم المبدل
Maksudnya: “Memadai seekor kambing untuk seorang. Memadai 1/7 dari seekor unta dan lembu apa-apa yang memadai untuk seekor kambing berdasarkan hadis Jabir RA yang berkata: “Kamu menyembelih bersama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiah seekor unta dan seekor lembu untuk tujuh orang. Riwayat Muslim. Dalam satu riwayat lain beliau berkata: “Kami keluar bersama Rasulullah SAW bertalbiah haji dan Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berkongsi pada seekor unta atau seekor lembu, tujuh orang dari kalangan kami seekor unta.” Dalam hadis ini bukti menunjukkan 1/7 unta atau lembu berdiri pada kedudukan seekor kambing. Memadai dengan 1/7 unta atau lembu itu apa yang memadai dilakukan dengan seekor kambing. Ini kerana yang wajib pada dam ihsar dan tamattu’ adalah satu hady atas setiap seorang. Nabi SAW pula telah menjadikan seekor unta untuk tujuh orang. Ini menunjukkan setiap 1/7 bahagian seekor unta sama seperti seekor kambing, maka 1/7 seekor unta badal kepada seekor kambing, maka sesuatu badal padanya hukum yang sama dengan apa yang dibadalkannya.”