Para ulama Syafi‘eyyah mutaakhir berselisih pendapat mengenai hukum berihram dari Jeddah; ada yang membolehkan dan ada yang melarang.
Pendapat yang membolehkan:
Ibnu Hajar dalam al-Tuhfah, Mufti Mekah al-Nashili (النشيلي), al-Faqih Ahmad Bilhajj (أَحْمَدُ بِلْحَاجٍّ), Ibnu Ziyad al-Zabidi al-Yamani (وَابْنُ زِيَادٍ الْيَمَنِيُّ), Ibnu Mutair (ابن مطير) dan selainnya berpandangan harus memulakan ihram dari Jeddah.
Pendapat yang melarang:
Abdullah bin Umar Bamakhromah (ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺑﺎﻣﺨﺮﻣﺔ), Muhammad bin Abi Bakr al-Asykhar al-Zabidi (ﻭﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺑﻜﺮ اﻷﺷﺨﺮ الزبيدي) murid Ibnu Hajar, anak muridnya juga Abdul Rauf al-Zamzami (ﻋﺒﺪ اﻟﺮءﻭﻑ الزمزمي), dan Sulaiman bin Yahya bin Umar Maqbul al-Ahdal al-Zabidi (وﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﻣﻘﺒﻮﻝ الأهدل الزبيدي) berpendapat tidak boleh memulakan ihram dari Jeddah.
Sebab Perbezaan Pendapat:
Perbedaan pandangan ini muncul karena hukum orang yang melalui kawasan yang tidak termasuk dalam miqat dan tidak menyamai mana-mana miqat yang dinaskan dalam syariat. Maka orang yang seperti ini hendaklah berihram ketika berada di kawasan yang berjarak dua marhalah dari Mekah, kerana tidak ada mana-mana miqat yang dinaskan kurang dari dua marhalah jaraknya dari Mekah.
Persoalan berikutnya, apakah Jeddah berada pada jarak lebih dari dua marhalah dari Makkah sehingga boleh berihram darinya atau Jeddah itu kurang dari dua marhalah, lalu tidak boleh berihram darinya dan tidak boleh menjadikannya sebagai miqat?
- Ibnu Hajar dalam al-Tuhfah dan mereka yang sependapat dengan beliau berpendapat jarak Jeddah ke Mekah melebihi dua marhalah. Maka Jeddah boleh dijadikan miqat untuk berihram.
- Bamakhromah (بامخرمة) dan mereka yang sependapat dengannya berpandangan jarak Jeddah ke Mekah tidak mencapai dua marhalah. Lalu Jeddah tidak dapat dijadikan miqat untuk berihram.
Inilah sebab wujudnya perbezaan pendapat dalam masalah ini.
al-Syeikh Sa‘id al-Jabiri hafizahullah menyatakan, pendapat yang lebih kuat adalah yang kedua, iaitu bahawa Jeddah tidak berada pada jarak yang sepadan atau menyamai dengan miqat Yalamlam. Al-Sayyid Al-Allamah Sulaiman bin Yahya bin Umar Maqbul berkata, secara kesimpulannya: “Sesiapa yang berniat ihram dari Jeddah dalam kalangan mereka yang datang dari Yaman, wajib dikenakan dam (denda). Setiap pandangan ulama yang menyamai pandangan al-Syeikh Ibn Hajar, pandangan mereka itu dibina atas dasar andaian persamaan jarak (dari Jeddah ke Mekah dengan salah satu miqat), padahal telah terbukti jaraknya berbeda. Mereka yang memahami tidak boleh dijadikan Jedah sebagai miqat berdasarkan kenyataan semua ulama yang mengaitkan bolehnya Jedah dijadikan sebagai miqat dengan jarak.”
Oleh itu, sesiapa yang melalui Jedah untuk haji atau umrah, sama ada melalui jalan darat maupun udara, bagi íbra’ al-Zimmah, hendaklah dia memulakan ihram sebelum sampai ke Jeddah atau pergi ke miqat yang telah ditentukan seperti Yalamlam.
Dua Perhatian Penting:
Pertama: Tiada perbezaan pendapat bagi mereka yang berihram dari perbatasan kota Jeddah yang menyusul Mekah adalah kurang dari dua marhalah tanpa ragu. Perkataan Ibn Hajar di atas hanya memaksudkan kepada mereka yang memasuki Jedah dari arah laut. Difahami dari perkara ini, sesiapa yang datang dari Yaman melalui laut, dia boleh melewatkan ihramnya untuk dilakukan apabila sampai di kawasan yang menyamai Yalamlam menuju ke Jedah. Ini kerana jarak kawasan tersebut ke Mekah menyamai jarak Yalamlam seperti yang jelaskan oleh para ulama.
Kedua: Sesiapa yang telah melakukan umrah, kemudian pergi ke Jedah dan mahu melaksanakan umrah kali berikutnya, boleh melakukannya. Ini kerana umrah bagi sesiapa yang datang dari Mekah, tidak disyaratkan pergi ke Miqat yang dinaskan. Sebaliknya memadai dengan dia keluar ke tanah halal terdekat. Maka dia boleh berihram di Jedah, bahkan boleh juga dari kawasan yang lebih dekat dari Jedah jika telah keluar dari perbatasan tanah haram.
Perbezaan dalam masalah ini, tidak termasuk dalam perkara yang boleh dijadikan rujukan untuk melihat pada al-Mudrak atau untuk berijtihad sehingga dapat dilakukan terjihan. Bahkan ia adalah perkara yang dapat diukur sehingga dapat diketahui dengan jaraknya. Kata Ibn ‘Allan dalam Syarh al-Idhah: “Untuk perkara seumpama ini terdapat persamaan dalam permasalahan cabang fiqh. Tidak dijadikan rujukan khilaf padanya untuk dilakukan ijtihad.”
al-Syeikh Sa'id al-Jabiri / terjemahan binSahak
--- teks Arab ---
حكم الإحرام من جدة:
اختلف متأخرو الشافعية في هذه المسألة ما بين من جوزه ومن منعه.
فأجازه ابن حجر في التحفة و اﻟﻨﺸﻴﻠﻲ ﻣﻔﺘﻲ ﻣﻜﺔ ﻭاﻟﻔﻘﻴﻪ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻠﺤﺎﺝ ﻭاﺑﻦ ﺯﻳﺎﺩ الزبيدي اﻟﻴﻤﻨﻲ وابن مطير ﻭﻏﻴﺮﻫﻢ.
ﻭﻣﻤﻦ ﻗﺎﻝ ﺑﻌﺪﻡ اﻟﺠﻮاﺯ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺑﺎﻣﺨﺮﻣﺔ ﻭﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺑﻜﺮ اﻷﺷﺨﺮ الزبيدي تلميذ ابن حجر ﻭﺗﻠﻤﻴﺬه أيضا ﻋﺒﺪ اﻟﺮءﻭﻑ الزمزمي وﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﻣﻘﺒﻮﻝ الأهدل الزبيدي.
سبب الخلاف:
من مر في مكان لا ميقات له ولم يحاذ ميقاتا من المواقيت المنصوص عليها فإنه يحرم ﻋﻠﻰ ﻣﺮﺣﻠﺘﻴﻦ ﻣﻦ ﻣﻜﺔ ﻷﻧﻪ ﻻ ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺑﻴﻨﻪ ﻭﺑﻴﻦ ﻣﻜﺔ ﺃﻗﻞ ﻣﻦ ﻫﺬﻩ اﻟﻤﺴﺎﻓﺔ.
ثم هل جدة تبعد عن الحرم مسافة مرحلتين فيجوز الإحرام منها أم هي دون مرحلتين فلا يجوز الإحرام منها وجعلها ميقاتا.
ذهب إلى الأول ابن حجر في التحفة ومن معه كما رأيت وذهب إلى الثاني بامخرمة ومن معه.
فهذا هو مدرك الخلاف في المسألة.
والأقرب القول الثاني وهو عدم اعتبارها محاذية لميقات يلملم.
قال اﻟﺴﻴﺪ اﻟﻌﻼﻣﺔ ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﺑﻦ ﻳﺤﻴﻰ ﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﻣﻘﺒﻮﻝ ﻣﺎ ﺣﺎﺻﻠﻪ: ﺇﻥ ﻣﻦ ﺃﺣﺮﻡ ﻣﻦ ﺟﺪﺓ ﻣﻦ ﺃﻫﻞ اﻟﻴﻤﻦ ﻳﻠﺰﻣﻪ ﺩﻡ ﻭﻛﻞ ﻣﻦ ﻭاﻓﻖ اﻟﺸﻴﺦ اﺑﻦ ﺣﺠﺮ ﻓﻜﻼﻣﻬﻢ ﻣﺒﻨﻲ ﻋﻠﻰ اﺗﺤﺎﺩ اﻟﻤﺴﺎﻓﺔ ﺑﻴﻦ ﺫﻟﻚ ﻭﻗﺪ ﺗﺤﻘﻖ اﻟﺘﻔﺎﻭﺕ ﻛﻤﺎ ﻋﻠﻤﺖ ﻓﻬﻢ ﻗﺎﺋﻠﻮﻥ ﺑﻌﺪﻡ ﺟﻮاﺯ ﺫﻟﻚ ﺃﺧﺬا ﻣﻦ ﻧﺺ ﺗﻘﻴﻴﺪﻫﻢ اﻟﻤﺴﺎﻓﺔ.أهـ.
فمن ذهب إلى جدة وهو مريد الحج أو العمرة بالبر أو بالطائرة فإبراء لذمته يحرم قبل ذلك أو يذهب إلى ميقات ويحرم منه كيلملم.
تنبيهان:
الأول:
ليس من محل الخلاف من يحرم من طرف مدينة جدة مما يلي مكة فإن ذلك دون مرحلتين بلا شك وكلام ابن حجر إنما هو فيمن دخل جدة من جهة البحر وهذا نصه: ﻭﺑﻪ ﻳﻌﻠﻢ ﺃﻥ اﻟﺠﺎﺋﻲ ﻣﻦ اﻟﻴﻤﻦ ﻓﻲ اﻟﺒﺤﺮ ﻟﻪ ﺃﻥ ﻳﺆﺧﺮ ﺇﺣﺮاﻣﻪ ﻣﻦ ﻣﺤﺎﺫاﺓ ﻳﻠﻤﻠﻢ ﺇﻟﻰ ﺟﺪﺓ، ﻷﻥ ﻣﺴﺎﻓﺘﻬﺎ ﺇﻟﻰ ﻣﻜﺔ ﻛﻤﺴﺎﻓﺔ ﻳﻠﻤﻠﻢ ﻛﻤﺎ ﺻﺮﺣﻮا ﺑﻪ.أهـ.
الثاني:
من اعتمر ثم ذهب إلى جدة وأراد أن يعتمر مرة أخرى فله ذلك لأن العمرة لمن هو في مكة لا يشترط لها الميقات وإنما الخروج إلى أدنى الحل فله أن يحرم بها من جدة بل ومن دونها إذا كان خارج حدود الحرم.
سبب الخلاف ونظائره:
سبب الخلاف في هذه المسألة ﻟﻴﺲ ﻣﻤﺎ ﻳﺮﺟﻊ ﻟﻨﻈﺮ ﻓﻲ اﻟﻤﺪﺭﻙ ﺣﺘﻰ ﻳﻌﻤﻞ ﻓﻴﻪ ﺑﺎﻟﺘﺮﺟﻴﺢ ﺑﻞ ﻫﻮ ﺃﻣﺮ ﻣﺤﺴﻮﺱ ﻳﻤﻜﻦ اﻟﺘﻮﺻﻞ ﻟﻤﻌﺮﻓﺘﻪ ﺑﺬﺭﻉ ﺣﺒﻞ ﻃﻮﻳﻞ ﻳﻮﺻﻞ ﻟﺬﻟﻚ قاله اﺑﻦ ﻋﻼﻥ ﻓﻲ ﺷﺮﺡ اﻹﻳﻀﺎﺡ.
وله نظائر في الفروع الفقهية لا يرجع الخلاف فيه للاجتهاد.
والله أعلم.