SDI 1694: Bolehkah Jemaah Solat Berpindah Ke Tempat Lain Selepas Imam Memberi Salam?

Soalan:

Sebahagian jemaah masjid, sebaik sahaja imam selesai memberi salam solat fardu, mereka berpindah ke tempat lain di bahagian belakang dan kemudian duduk untuk menyempurnakan zikir selepas solat fardu. Adakah perbuatan ini bertentangan dengan hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Para malaikat akan berdoa untuk salah seorang daripada kamu selagi dia berada di tempat solatnya, selagi dia tidak melakukan sesuatu yang membatalkan wuduk atau bangun, (malaikat) berkata: ‘Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia.”

Jawapan:

Tindakan seorang yang selesai solat berpindah dari tempat solatnya ke tempat lain di dalam masjid untuk berzikir tidak termasuk dalam perkara yang dituntut. Namun ia termasuk dalam perbuatan yang diharus atau dibenarkan. Hadis yang anda maksudkan:

الملائكة تصلي على أحدكم ما دام في مصلاه الذي صلى فيه ما لم يحدث أو يقم اللهم اغفر له اللهم ارحمه

Maksudnya: “Para malaikat akan berdoa untuk salah seorang daripada kamu selagi dia berada di tempat solatnya, selagi dia tidak melakukan sesuatu yang membatalkan wuduk atau bangun, (malaikat) berkata: ‘Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia.”

Hadis yang dinyatakan oleh para ulama berkaitan bab menunggu solat, dan mereka menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan "tempat solatnya" dalam hadis merujuk kepada seluruh kawasan masjid, bukan hanya tempat tertentu di mana solat didirikan bersama imam. Malah, dalam riwayat hadis lain disebutkan: ما دام في المسجد yang bermaksud: "selagi orang itu berada di dalam masjid"; seperti riwayat al-Tirmizi dan lainnya. Dalam kitab Aun al-Ma'bud syarah Sunan Abu Daud, ketika menghuraikan sabda Rasulullah SAW:

والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذي صلى فيه يقولون: اللهم اغفر له، اللهم ارحمه، اللهم تب عليه، ما لم يؤذ فيه أو يحدث فيه

Maksudnya: "Para malaikat berdoa ke atas salah seorang daripada kamu selagi dia berada di tempat duduknya di mana dia solat. Para malaikat berkata: “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, terimalah taubatnya, selagi dia tidak menyakiti (seseorang lain dengan perkataan atau perbuatannya) atau melakukan perkara yang membatalkan wuduk."

Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan: ما دام في مصلاه "selagi dia berada di tempat solatnya.” Kata al-Hafiz:

أي في المكان الذي أوقع فيه الصلاة من المسجد، وكأنه خرج مخرج الغالب وإلا فلو قام إلى بقعة أخرى من المسجد مستمراً على نية انتظار الصلاة كان كذلك

Maksudnya: “Iaitu di tempat dalam masjid di mana dia menunaikan solat, lafaz hadis ini seperti dituturkan oleh baginda dalam konteks kebiasaan. Tetapi jika seseorang itu berpindah ke tempat lain di dalam masjid dengan niat menunggu solat, ia tetap dikira sama.”

Di dalam kitab Tarh al-Tathrib dinyatakan:

{الثالثة} ما المراد بمصلاه؟ هل المراد البقعة التي صلى فيها من المسجد حتى لو انتقل إلى بقعة أخرى في المسجد لم يكن له هذا الثواب المترتب عليه؟ أو المراد بمصلاه جميع المسجد الذي صلى فيه؟ يحتمل كلا من الأمرين، والاحتمال الثاني أظهر وأرجح بدليل رواية البخاري المذكورة في الأصل ما دام في المسجد، وكذا في رواية الترمذي. فهذا يدل على أن المراد بمصلاه جميع المسجد وهو واضح. ويؤيد الاحتمال الأول قوله في رواية مسلم وأبي داود وابن ماجه: ما دام في مجلسه الذي صلى فيه.

Maksudnya: “{Isu Ketiga} apakah yang dimaksudkan dengan "tempat solatnya"? Adakah ia merujuk kepada tempat yang spesifik dalam masjid di mana dia solat, sehingga jika dia berpindah ke tempat lain di dalam masjid, dia tidak mendapat ganjaran ini? Atau yang dimaksudkan ialah seluruh masjid di mana dia menunaikan solat? Kedua-dua maksud ada kemungkinan difahami. Pandangan kedua lebih jelas dan kuat berdasarkan riwayat al-Bukhari yang menyebut: "selagi dia berada di dalam masjid." Begitu juga dalam riwayat al-Tirmizi. Ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan "tempat solatnya" adalah keseluruhan masjid. Inilah yang jelas. Namun pandangan pertama disokong dengan sabda baginda dalam riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah yang menyebut: “Selama dia masih berada di tempat dia menunaikan solat.”  

Adapun riwayat Muslim dan lainnya daripada Aisyah RA yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW, apabila memberi salam, baginda tidak duduk lama kecuali sekadar mengucapkan:

اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام

Maksudnya: "Ya Allah, Engkaulah sumber Kesejahteraan, dan daripada-Mu datang kesejahteraan. Maha berkat Engkau, wahai yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan." Para ulama mengatakan bahawa ini berlaku dalam bentuk kadangkala dan bukan secara tetap. Dalam kitab Tuhfah al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadis ini disebutkan bahawa:

أي في بعض الأحيان، فإنه قد ثبت قعوده صلى الله عليه وسلم بعد السلام أزيد من هذا المقدار

Makusnya: “Iaitu berlaku kadangkala, kerana terdapat bukti bahawa baginda SAW kadangkala duduk lebih lama setelah salam.”

Al-Syaukani dalam kitab Nail al-Awthar ketika menjelaskan hadis ini berkata:

هذا الحديث ساقه المصنف ههنا للاستدلال به على مشروعية قيام الإمام من موضعه الذي صلى فيه بعد سلامه، وقد ذهب بعض المالكية إلى كراهة المقام للإمام في مكان صلاته بعد السلام، ويؤيد ذلك ما أخرجه عبد الرزاق من حديث أنس قال: صليت وراء النبي صلى الله عليه وسلم فكان ساعة يسلم يقوم. ثم صليت وراء أبي بكر فكان إذا سلم وثب فكأنما يقوم عن رضفة. ويؤيده أيضاً ما سيأتي في باب لبث الإمام: أنه كان يمكث صلى الله عليه وسلم في مكانه يسيراً قبل أن يقوم لكي ينصرف النساء. فإنه يشعر بأن الإسراع بالقيام هو الأصل والمشروع. وقد عورض هذا بما تقدم من الأحاديث الدالة على استحباب الذكر بعد الصلاة. وأنت خبير بأنه لا ملازمة بين مشروعية الذكر بعد الصلاة والقعود في المكان الذي صلى المصلي تلك الصلاة فيه، لأن الامتثال يحصل بفعله بعدها سواء كان ماشياً أو قاعداً في محل آخر، نعم ما ورد مقيداً نحو قوله (وهو ثانٍ رجليه) وقوله (قبل أن ينصرف) كان معارضاً، وَيُمْكِنُ الْجَمْعُ بِحَمْلِ مَشْرُوعِيَّةِ الْإِسْرَاعِ عَلَى الْغَالِبِ كَمَا يُشْعِرُ بِهِ لَفْظُ كَانَ، أَوْ عَلَى مَا عَدَا مَا وَرَدَ مُقَيَّدًا بِذَلِكَ مِنْ الصَّلَوَاتِ أَوْ عَلَى أَنَّ اللُّبْثَ مِقْدَارَ الْإِتْيَانِ بِالذِّكْرِ الْمُقَيَّدِ لَا يُنَافِي الْإِسْرَاعَ فَإِنَّ اللُّبْثَ مِقْدَارَ مَا يَنْصَرِفُ النِّسَاءُ رُبَّمَا اتَّسَعَ لِأَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ.

Maksudnya: “Hadis ini didatangkan oleh penulis untuk menunjukkan keharusan bagi imam untuk beralih dari tempat solatnya selepas salam. Sebahagian ulama Maliki berpendapat makruh bagi imam untuk kekal di tempat solatnya selepas salam. Pandangan ini disokong oleh riwayat oleh Abdul Razak daripada Anas RA yang berkata:  "Aku solat di belakang Nabi SAW, dan baginda sebaik selesai salam akan segera bangun. Kemudian aku solat di belakang Abu Bakar. Apabila beliau memberi salam, segera bangun, seolah-oleh beliau bangun selepas duduk di atas sesuatu yang dibakar.” Hal ini dikuatkan dengan riwayat bahawa baginda duduk seketika sebelum bangun agar wanita dapat beredar dahulu. Ini menunjukkan bahawa bangun segera selepas salam adalah suatu amalan yang ada asasnya dan dianjurkan. Namun, terdapat hadis yang menunjukkan galakan berzikir selepas solat, dan ini tidak semestinya dilakukan di tempat yang sama ditunaikan solat, kerana ia tetap terhasil jika berzikir ketika berjalan atau duduk di tempat lain. Tetapi, ada nas yang mengaitkan dengan: "Seseorang (berzikir selepas solat) dalam keadaan melipat kakinya (kekal seperti keadaan sebelum salam)" atau dengan ungkapan: "sebelum seseorang memberi salam solat itu beredar," maka ini suatu yang bertentangan. Mungkin untuk menggabungkan (riwayat-riwayat) dengan menafsirkan bahawa keharusan untuk segera bangun adalah berdasarkan kebiasaan, seperti yang dapat difahami dari ungkapan “kana” (telah menjadi kebiasaan), atau merujuk kepada solat yang tidak disebutkan secara khusus untuk duduk sejenak selepasnya. Atau, boleh juga difahami bahawa duduk sejenak untuk menyempurnakan zikir tersebut tidak bertentangan dengan segera bangun, kerana tempoh duduk sekadar membolehkan wanita meninggalkan masjid mungkin lebih panjang daripada tempoh untuk berzikir.”


Cetak  
Wallahu a'lam