al-Fiqh al-Manhaji: Zakat Barang Perniagaan

4. Zakat Barang Perniagaan (Barang Dagangan):

Dimaksud dengan perniagaan atau dagangan (التجارة) adalah merubah harta dengan pertukaran bertujuan keuntungan. Ia tidak terbatas pada sejenis harta tertentu. Manakala barang dagangan (العروض) adalah barang-barang yang diperdagangkan dengan tujuan meraih keuntungan.

 

Dalil Kewajiban Zakat Harta Barang Dagangan atau Perniagaan:

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 267:

"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebagian dari hasil usaha baik yang telah kamu peroleh." Kata Mujahid: “ayat ini turun mengenai perdagangan atau perniagaan.” Nabi juga bersabda: "Pada unta ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada kambing ada zakatnya, dan al-Bazz ada zakatnya." Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (1/388) dengan sanad yang sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim.[1]

Penjelasan mengenai “Barang Dagangan (Al-Bazz)”

Al-Bazz (البز) merujuk kepada pakaian yang disediakan untuk dijual oleh para pedagang pakaian, maka diqiyaskan pula kepada seluruh harta yang disediakan untuk dijual atau diniagakan. Abu Daud juga meriwayatkan (no. 1562) dari Samurah bin Jundub yang berkata:

"Amma ba’d; Nabi memerintahkan kami untuk mengeluarkan sadaqah dari apa yang kami sediakan untuk dijual." Yang dimaksud dengan "sadaqah" dalam hadis ini adalah zakat.

Syarat-Syarat Wajibnya Zakat pada Barang Dagangan:

Harta benda sesuatu barang yang dimiliki tidak dianggap sebagai barang dagangan yang wajib dikeluarkan zakat kecuali apabila memenuhi dua syarat berikut:

  1. Dimiliki melalui akad yang mengandungi Imbalan: seperti jual beli, sewaan, mahar (mas kahwin), atau yang sejenisnya. Jika barang itu diperoleh melalui warisan, wasiat, atau pemberian (hibah), maka ia tidak dikira sebagai barang dagangan.
  2. Memiliki Niat untuk meniagakan barang tersebut ketika memilikinya: niat itu pula berterusan. Jika seseorang tidak berniat memperdagangkan barang tersebut ketika memilikinya, maka barang tersebut tidak dikira sebagai barang dagangan, sehinggalah dia berniat untuk memperdagangkan barang tersebut. Begitu juga, jika seseorang membeli sesuatu barang dengan niat untuk memperdagangkannya, kemudian berubah niat untuk menyimpannya sebagai milik peribadi bukan untuk dijual dengan menjadikan barang tersebut sebagai qinyah, maka kewajiban zakat terhadap barang tersebut gugur.

 

-------------------------------------- Teks Arab -------------------------------------------- 

٤ـ عروض التجارة:

والمقصود بالتجارة تقليب المال بالمعاوضة لغرض الربح، وهي لا تختص بنوع معين من المال، والعروض هي السلع التي تقلب الأيدي بغرض الربح.

دليل وجوب الزكاة في أموال عروض التجارة:

قوله سبحانه وتعالى: ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ﴾ / البقرة: ٢٦٧ /، قال مجاهد: نزلت الآية في التجارة، وقوله ﷺ: «في الإبل صدقتها، وفي البقر صدقتها، وفي الغنم صدقتها، وفي البز صدقتها» رواه الحاكم [المستدرك: ١/ ٣٨٨] بإسناد صحيح على شرط الشيخين. (١)

والبز: هو الثياب المعدة للبيع عند البزازين، فتقاس عليه كل الأموال المعدة للتجارة.
وروى أبو داود (١٥٦٢)، عن سمرة بن جندب قال: (أما بعد، فإن النبي ﷺ كان يأمرنا أن نخرج الصدقة مما نعده للبيع). والمراد بالصدقة الزكاة.

شروط وجوب الزكاة في العروض:

لا تصبح السلع المملوكة عروض تجارة تجب فيها الزكاة إلا بشرطين:
١ـ أن يملكه بعقد فيه عوض، كالبيع والإجازة والمهر ونحو ذلك، فلو ملكه بإرث أو وصية أو هبة، فلا يصير عرضا تجاريًا.

٢ـ أن ينوي عند تملكه المتاجرة به، وأن تستمر هذه النية، فإذا لم ينو عند تملكه المتاجرة لا يصبح عرضًا تجاريًا حتى ولو نوى المتاجرة بعد ذلك، وكذلك إذا اشتراه بنية التجارة، ثم نوى أن يبقيه تحت ملكه ولا يتاجر به، أي أن يتخذه قنية، فإنه يسقط تعلق الزكاة به.


[1] Imam An-Nawawi menyebut dalam kitabnya Al-Majmu': "Perkataan al-baz (البز) ditulis dengan fathah pada huruf ba dan diakhiri dengan zay (ز)." Begitulah yang diriwayatkan oleh semua perawi, dan dijelaskan oleh Ad-Daraquthni dan Al-Baihaqi menggunakan zay. Namun, kami mendapati bahawa dalam teks Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, perkataan ini ditulis dengan huruf ra’ (ر) bukan dengan zay (ز). Meskipun begitu, Imam An-Nawawi tetap menyebutnya dengan zay dan berkata tentang riwayat dengan huruf zay ini: “(Ia) Diriwayatkan oleh Al-Hakim, Abu ‘Abdillah dalam Al-Mustadrak. Maka, kemungkinan ada salinan lain (bagi al-Mustadrak) dengan riwayat zay yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى.


Cetak  
Wallahu a'lam