Soalan:
Klau imam solat duduk atas kerusi.. makmum mcm mna..kena duduk atas kerusi juga atau blh berdiri.. mcm mana rukuk dan sujud makmum yg ikut imam.. blh rukuk dan sujud mcm biasa atau kena ikut cara rukuk dan sujud imam yg solat atas kerusi tu..
Jawapan:
Boleh menunaikan solat fardhu dan sunat dengan berimamkan seorang yang solat secara duduk. Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi dan ulama mazhab Syafi‘e. Dalam al-Umm 1/198-199 al-Imam al-Syafi‘e berkata:
وَأَمْرُ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ فِي حَدِيثِ أَنَسٍ وَمَنْ حَدَّثَ مَعَهُ فِي صَلَاةِ النَّبِيِّ ﷺ «أَنَّهُ صَلَّى بِهِمْ جَالِسًا وَمَنْ خَلْفَهُ جُلُوسًا» - مَنْسُوخٌ بِحَدِيثِ عَائِشَةَ «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ صَلَّى بِهِمْ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ جَالِسًا وَصَلَّوْا خَلْفَهُ قِيَامًا، فهذا -مع أنه سنة ناسخة- معقولٌ، ألا ترى أن الإمام إذا لم يُطقِ القيامَ صلى جالسًا وكان ذلك فرضه، وصلاة المأمومين غيره قيامًا إذا أطاقوه وعلى كل واحد منهم فرضُه، فكان الإمام يصلي فرضه قائمًا إذا أطاق وجالسًا إذا لم يُطق، وكذلك يصلي مضطجعًا وموميًا إن لم يطقِ الركوع والسجود، ويصلي المأمومون كما يطيقون فيصلي كلٌّ فرضه فتجزي كلًّا صلاته
Maksudnya: “Arahan Rasulullah ﷺ dalam hadis Anas dan hadis-hadis lain yang meriwayatkan bahawa Baginda solat bersama para sahabat dalam keadaan duduk, manakala makmum di belakangnya juga duduk, telah dimansukhkan (dibatalkan hukumnya) oleh hadis Aisyah: “Bahawa Rasulullah ﷺ pada waktu sakitnya yang membawa kepada kewafatan, Baginda solat dalam keadaan duduk, sedangkan makmum di belakang Baginda solat dalam keadaan berdiri (al-Bukhari dan Muslim).” Hal ini – meskipun ia adalah sunnah yang memansukhkan (hukum sebelumnya) – dapat difahami secara logik. Tidakkah anda ketahui bahawa seorang imam, jika dia tidak mampu berdiri, maka dia boleh solat dalam keadaan duduk, dan itu adalah kewajipannya. Sementara itu, makmum yang mampu berdiri wajib solat dalam keadaan berdiri, kerana kewajipan setiap individu bergantung kepada keupayaannya. Maka, imam solat menurut kewajipannya, sama ada dalam keadaan berdiri jika mampu, atau duduk jika tidak mampu. Begitu juga, jika imam tidak mampu rukuk dan sujud, dia boleh solat dengan berbaring atau sekadar memberi isyarat. Makmum pula solat mengikut kemampuan mereka. Dengan itu, setiap orang menunaikan kewajipannya dan solat masing-masing dianggap sah serta memadai.”
Al-Syirazi dalam al-Muhazzab 1/185 menyebut:
وَيَجُوزُ لِلْقَائِمِ أَنْ يُصَلِّيَ خَلْفَ الْقَاعِدِ لِأَنَّ النَّبِيَّ ﷺ «صَلَّى جَالِسًا وَالنَّاسُ خَلْفَهُ قِيَامٌ» وَيَجُوزُ لِلرَّاكِعِ وَالسَّاجِدِ أَنْ يُصَلِّيَ خَلْفَ الْمُومِئِ إلَى الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ لِأَنَّهُ رُكْنٌ مِنْ أَرْكَانِ الصَّلَاةِ فَجَازَ لِلْقَادِرِ عَلَيْهِ ان يأتم بالعاجز عنه كالقيام
Dibolehkan bagi orang yang solat berdiri untuk solat di belakang imam yang solat secara duduk, kerana Nabi ﷺ pernah solat dalam keadaan duduk, sementara para makmum solat di belakangnya dalam keadaan berdiri. Dibolehkan juga bagi orang yang mampu rukuk dan sujud untuk solat di belakang imam yang hanya memberi isyarat untuk rukuk dan sujud, kerana isyarat tersebut dianggap sebagai salah satu rukun solat. Maka, dibolehkan bagi orang yang mampu melakukannya (rukuk dan sujud) untuk menjadi makmum kepada imam yang tidak mampu, sebagaimana halnya berdiri.
Al-Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ 4/263 ketika menghuraikan perkataan al-Syirazi ini berkata:
(الشَّرْحُ) هَذَا الْحَدِيثُ فِي الصَّحِيحَيْنِ كَمَا سَنُوَضِّحُهُ فِي فَرْعِ مَذَاهِبِ الْعُلَمَاءِ إنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى وَكَانَتْ هَذِهِ الصَّلَاةُ صَلَاةَ الظُّهْرِ يَوْمَ السبت أو الاحد توفى ﷺ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ رَوَاهُ البيهقي وقول الصنف رُكْنٌ مِنْ أَرْكَانِ الصَّلَاةِ احْتِرَازٌ مِنْ الشَّرْطِ وَهُوَ الْعَجْزُ عَنْ طَهَارَةِ الْحَدَثِ أَوْ النَّجَسِ لَكِنْ يَرُدُّ عَلَيْهِ اقْتِدَاءُ الْقَارِئِ بِالْأُمِّيِّ فَإِنَّهُ لَا يَجُوزُ عَلَى الْأَصَحِّ مَعَ أَنَّهُ رُكْنٌ عَجَزَ عَنْهُ فَكَانَ يَنْبَغِي أَنْ يَقُولَ رُكْنٌ فِعْلِيٌّ لِيَحْتَرِزَ عَنْهُ قَالَ الشَّافِعِيُّ وَالْأَصْحَابُ يَجُوزُ لِلْقَادِرِ عَلَى الْقِيَامِ الصَّلَاةُ وَرَاءَ الْقَاعِدِ الْعَاجِزِ وَلِلْقَاعِدِ وَرَاءَ الْمُضْطَجِعِ وَلِلْقَادِرِ عَلَى الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ وراء المومئ بهما ولايجوز للقادر على كل شئ مِنْ ذَلِكَ مُوَافَقَةُ الْعَاجِزِ فِي تَرْكِ الْقِيَامِ أَوْ الْقُعُودِ أَوْ الرُّكُوعِ أَوْ السُّجُودِ وَلَا خلاف في شئ مِنْ هَذَا عِنْدَنَا
Maksudnya: “(Penjelasan) Hadis ini terdapat dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim), sebagaimana akan kami jelaskan pada furu’ yang membahas mazhab-mazhab ulama, insya-Allah Ta'ala. Solat tersebut (yang berlaku baginda solat secara duduk dan para sahabat secara berdiri) adalah solat Zuhur yang dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad, sementara Nabi ﷺ wafat pada hari Isnin, seperti yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi. Pernyataan penulis (al-Syirazi) bahwa "ia adalah satu rukun dari rukun-rukun solat" bertujuan untuk membezakannya (rukuk dan sujud) dari syarat, seperti ketidakmampuan bersuci dari hadas atau najis (merupakan syarat sah solat). Namun, pernyataan ini tidak dapat diterima dengan hukum solat seorang makmum qari (boleh membaca al-Quran dengan baik) di belakang imam yang buta huruf (tidak boleh membaca al-Quran dengan baik), di mana menurut pendapat asah, solat seperti itu tidak sah, meskipun bacaan adalah rukun yang tidak mampu dipenuhi oleh imam (yang ummi). Oleh itu, sepatutnya penulis (al-Syirazi) menyebut "rukun perbuatan" (bagi merujuk kepada rukuk dan sujud) untuk menjelaskan pengecualian tersebut. Al-Imam al-Syafi'i dan para ashabnya menyatakan bahwa dibolehkan bagi orang yang mampu berdiri untuk solat di belakang imam yang solat dalam keadaan duduk kerana uzur, juga dibolehkan bagi orang yang duduk untuk solat di belakang imam yang berbaring, dan bagi orang yang mampu rukuk dan sujud untuk solat di belakang imam yang hanya memberi isyarat rukuk dan sujud. Namun, tidak dibolehkan bagi orang yang mampu melakukan semua perkara tersebut untuk melakukannya seperti perlakuan imam yang tidak mampu berdiri, duduk, rukuk, atau sujud. Tidak ada perbezaan pendapat dalam hal ini di kalangan ulama mazhab kami.”