SDI 1727: Hukum Tertinggi Suara Ketika Berdoa Dalam Sujud

Soalan:

Kadang-kadang suara saya terangkat semasa berdoa dalam sujud tanpa disengajakan, Apakah ia membatalkan solat?

Jawapan:

Doa dalam sujud sama seperti bacaan tasbih ketika sujud. Ia dilaksanakan secara sir atau perlahan dan tanpa dikeluarkan suara. Namun jika suara kedengaran dan terangkat kerana menangis, atau tidak disengaja, tidak mengapa dan tidak membatalkan solat.

Al-Imam al-Bukhari rahimahullah berkata:

باب إِذَا بَكَى الإِمَامُ فِى الصَّلاَةِ. وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ شَدَّادٍ: سَمِعْتُ نَشِيجَ عُمَرَ وَأَنَا فِى آخِرِ الصُّفُوفِ يَقْرَأُ: (إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّى وَحُزْنِى إِلَى اللَّهِ)

 Bab Jika Imam Menangis Dalam Solat. Abdullah bin Shaddad berkata: “Aku mendengar suara tangisan Umar ketika membaca ayat (إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّى وَحُزْنِى إِلَى اللَّهِ) – “Sesungguhnya aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku hanya kepada Allah” dan aku berada di saf terakhir.”

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Aisyah Ummul Mukminin, bahawa Rasulullah SAW berkata semasa sakit baginda:

( مُرُوا أَبَا بَكْرٍ يُصَلِّى بِالنَّاسِ)، قَالَتْ عَائِشَةُ : قُلْتُ : إِنَّ أَبَا بَكْرٍ إِذَا قَامَ فِى مَقَامِكَ لَمْ يُسْمِعِ النَّاسَ مِنَ الْبُكَاءِ، فَمُرْ عُمَرَ فَلْيُصَلِّ...

“Perintahkan Abu Bakar untuk menjadi imam solat. Aisyah berkata: “Aku berkata: Sesungguhnya apabila Abu Bakar berdiri di tempatmu, dia tidak dapat mengendalikan tangisannya, maka suruhlah Umar (wahai Rasulullah) untuk menjadi imam solat...”

Ibn Hajar rahimahullah dalam Fath al-Bari (2/206) berkata:

(قَوْلُهُ : بَابُ إِذَا بَكَى الْإِمَامُ فِي الصَّلَاةِ) أَيْ : هَلْ تَفْسُدُ أَوْ لَا؟ وَالْأَثَرُ وَالْخَبَرُ اللَّذَانِ فِي الْبَابِ: يَدُلَّانِ عَلَى الْجَوَازِ... وَفِي مَذْهَبِ الشَّافِعِيِّ ثَلَاثَةُ أَوْجُهٍ: أقواها دليلا: أَنَّهُ لَا يُفْسِدُ مُطْلَقًا ، لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ جِنْسِ الْكَلَامِ. قَوْلُهُ: (سَمِعْتُ نَشِيجَ عُمَرَ) النَّشِيجُ ، قَالَ ابن فَارِسٍ: نَشَجَ الْبَاكِي يَنْشِجُ نَشِيجًا، إِذَا غَصَّ بِالْبُكَاءِ فِي حَلْقِهِ مِنْ غَيْرِ انْتِحَابٍ، وَقَالَ الْهَرَوِيُّ: النَّشِيجُ صَوْتٌ مَعَهُ تَرْجِيعٌ، كَمَا يُرَدِّدُ الصَّبِيُّ بُكَاءَهُ فِي صَدْرِهِ، وَفِي الْمُحْكَمِ: هُوَ أَشَدُّ الْبُكَاءِ .

وَفِي الْبَابِ حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ: (رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِنَا وَفِي صَدْرِهِ أَزِيزٌ كَأَزِيزِ الْمِرْجَلِ مِنَ الْبُكَاءِ). رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ وَالتِّرْمِذِيُّ فِي الشَّمَائِلِ، وَإِسْنَادُهُ قَوِيٌّ، وَصَحَّحَهُ بن خُزَيْمَة وبن حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ .وَالْمِرْجَلُ: الْقِدْرُ إِذَا غَلَتْ، وَالْأَزِيزُ: هُوَ صَوْتُ الْقِدْرِ إِذَا غَلَتْ. وَفِي لَفْظٍ: (كَأَزِيزِ الرَّحَى)

"Perkataan al-Bukhari: “Bab Jika Imam Menangis Dalam Solat” bermaksud: Adakah solatnya batal atau tidak? Berdasarkan athar dan khabar di awal bab ini, keduanya menunjukkan keharusannya. Dalam mazhab Syafie terdapat tiga wajah, yang paling kuat berdasarkan dalil iailah, ia (menangis) tidak membatalkan solat sucara Mutlaq. Kerana ia bukan termasuk dalam percakapan. Perkataan Abdullah bin Syaddad: “Aku mendengar tangisan Umar,” di mana al-Nasyiij (النَّشِيجُ) berdasarkan perkataan Ibn Faris: “Seorang yang menangis itu nasyaja – yansyiju – nasyijan”, iaitu apabila dia menahan tangisan di halkumnya tanpa berterusan dan bersangatan. Kata al-Harawi: “al-Nasyij adalah suara (tangisan) beserta dengan gema, sepertimana seorang budak mengulang-ulang esakan tangisan di dadanya.” Dalam al-Muhkam dinyatakan: “Ia adalah esakan tangisan yang paling dahsyad. Dalam bab ini terdapat juga hadis daripada Abdullah bin Shikkhir yang berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW solat bersama kami (mengimamkan solat kami), dan terdengar suara seperti bunyi mendidih dari dadanya kerana menangis.” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa'i, dan at-Tirmidhi dalam al-Shama'il, dan sanadnya kuat. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim. Al-Mirjal ialah cerek air yang sedang mendidik. Manakala al-Azir adalah suara air yang sedang mendidik di dalam cerek.” Dalam lafaz lain dinyatakan: Seperti bunyi alat penggiling (ketika menggiling biji-bijian).”  

Kata Ibn Rajab al-Hanbali رحمه الله dalam Fath al-Bari (5/134, 135):

والنشيج: هوَ رفع الصوت بالبكاء. قاله أبو عبيد وغيره ...(قالت عائشة: قلت: إن أبا بكر إذا قام مقامك لم يسمع الناس من البكاء). مقصوده من إيراد هذا الحديث في هذا الباب: أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر أبا بكر أن يصلي بالناس، مع تكرار القول لهُ أنه إذا قام مقامه لا يسمع الناس من البكاء، فدل على أن البكاء من خشية الله في الصلاة لا يضر الصلاة، بل يَزينها؛ فإن الخشوع زينة الصلاة ...وقد اختلف العلماء في البكاء في الصلاة على ثلاثة أقوال : ...وما تقدم عن أبي بكر وعمر رضي الله عنهما يدل على أن البكاء في الصلاة من خشية الله حسن جميل، ويقبح أن يقال: لا يبطلها؛ فإن ما كانَ زينة الصلاة وزهرتها وجمالها؛ كيف يقنع بأن يقال فيهِ: غير مبطل؟ ولم يزل السلف الصالح الخاشعون لله على ذَلِكَ .روى الإمام أحمد في "كتاب الزهد" بإسناده، عن نافع، قالَ: كانَ ابن عمر يقرأ في صلاته، فيمر بالآية فيها ذكر الجنة، فيقف عندها فيدعو ويسأل الله الجنة .قالَ: ويدعو ويبكي. قالَ: ويمر بالآية فيها ذكر النار، فيدعو ويستجير بالله منها. وبإسناده، عن ابن أبي ملكية، قالَ صحبت ابن عباس من مكة إلى المدينة. قالَ: وكان إذا نزل قام ينتظر الليل، فسأله أيوب: كيف كانت قراءته؟ قالَ: قرأ: (وَجَاءتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ) ق/19. فجعل يرتل، ويكثر في ذَلِكَ النشيج. وروى ابن أبي الدنيا بإسناده، عن القاسم بن محمد، قالَ: كنت غدوت يوما فإذا عائشة قائمة تسبح - يعني: تصلي - وتبكي، وتقرأ : فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ  [الطور:27 ]. وتدعو وتبكي، وترددها. فقمت حتى مللت القيام، فذهبت إلى السوق لحاجتي، ثم رجعت، فإذا هي قائمة كما هي، تصلي وتبكي. والروايات في هذا عن التابعين ومن بعدهم كثيرة جدا، وإنما ينكر ذَلِكَ من غلبت عليهِ الشقوة، أو سبقت لهُ الشقوة

an-Nashij (tangisan): ialah mengangkat suara kerana menangis. Seperti yang dikatakan oleh Abu Ubaid dan lain-lain... Perkataan Aisyah: "Aku berkata: Sesungguhnya jika Abu Bakar berdiri di tempatmu, dia tidak akan dapat mengendalikan tangisannya," di mana tujuan al-Bukhari menyebut hadith ini dalam bab ini ialah, bahawa Nabi telah memerintahkan Abu Bakar untuk menjadi imam kepada orang ramai, dengan diulang-ulang pemberitahuan (Aisyah) bahawa jika Abu Bakar berdiri di tempat baginda menjadi imam, beliau tidak dapat mengendalikan tangisannya. Ini menunjukkan bahawa menangis kerana takutkan Allah dalam solat tidak merosakkan solat, bahkan ia menghiasi solat; kerana khusyuk itu adalah perhiasan dalam solat... Para ulama berbeza pendapat mengenai menangis dalam solat kepada tiga pendapat: ... Apa yang telah dinyatakan daripada Abu Bakar dan Umar رضي الله عنهما menunjukkan bahawa menangis dalam solat kerana takutkan Allah itu adalah sesuatu yang baik dan indah. Sehingga kurang elok untuk dikatakan: “Ia tidak membatalkan solat," kerana sesuatu yang menjadi perhiasan, kecantikan dan keindahan solat, bagaimana boleh diterima jika dikatakan tidak membatalkannya? Generasi salaf sentiasa khusyuk kepada Allah di dalam solat. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Kitab al-Zuhd dengan sanadnya daripada Nafi', katanya: "Ibnu Umar apabila membaca dalam solatnya, apabila melalui ayat yang menyebut tentang syurga, dia akan berhenti dan berdoa memohon syurga. Dia berdoa dan menangis. Apabila melalui ayat yang menyebut tentang neraka, dia akan berdoa memohon perlindungan dari neraka." Dengan sanadnya juga, daripada Ibn Abi Mulaikah, yang berkata: "Aku menyertai Ibn Abbas dari Makkah ke Madinah. Katanya: “apabila dia berhenti (di suatu tempat), dia akan menunggu malam. Lalu ditanya oleh Ayyub, “Bagaimana bacaan beliau dalam solat?” Ibn Abi Mulaikah menjawab: “Beliau membaca: وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَٰلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ (Qamar: 19), beliau membaca dengan tertil dan sering menangis ketika itu.” Ibn Abi Dunia juga meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Qasim bin Muhammad yang berkata: “Suatu hari aku keluar pada pagi hari dan mendapati Aisyah sedang berdiri solat dan menangis, beliau membaca: فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (At-Tur: 27). Aisyah berdoa dan menangis serta mengulang-ulangnya. Aku berdiri (menunggu beliau) sehingga merasa letih, lalu pergi ke pasar untuk urusanku, dan apabila aku kembali, beliau masih lagi berdiri seperti tadi, solat dan menangis.” Terdapat banyak lagi riwayat yang seumpama ini dari kalangan para tabi'in dan selepas mereka. Hanya mereka yang dikuasai atau yang telah ditakdirkan kecelakaan yang membantah perkara ini."

Namun yang terbaik dalam berdoa adalah dengan suara yang rendah, dan Allah Ta'ala memuji hamba-Nya dan Nabi-Nya, Zakaria عليه السلام dengan firman-Nya:

إِذْ نَادَى رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا

"Ketika dia (Zakaria) memohon kepada Tuhannya dengan doa yang rendah suara." (Maryam: 3).

Namun, jika seseorang itu didorong oleh tangisan dan terangkat suara, maka tidak ada kesalahan padanya, dan itu tidak dianggap sebagai keterlaluan dalam doa dan tidak membatalkan solat.

Sheikh al-Islam Ibn Taymiyyah رحمه الله berkata:

وَمَا يَحْصُلُ عِنْدَ السَّمَاعِ وَالذِّكْرِ الْمَشْرُوعِ مِنْ وَجَلِ الْقَلْبِ وَدَمْعِ الْعَيْنِ، وَاقْشِعْرَارِ الْجُسُومِ، فَهَذَا أَفْضَلُ الْأَحْوَالِ الَّتِي نَطَقَ بِهَا الْكِتَابُ وَالسُّنَّةُ. وَأَمَّا الِاضْطِرَابُ الشَّدِيدُ، وَالْغَشْيُ وَالْمَوْتُ وَالصَّيْحَاتُ: فَهَذَا إنْ كَانَ صَاحِبُهُ مَغْلُوبًا عَلَيْهِ، لَمْ يُلَمْ عَلَيْهِ، كَمَا قَدْ كَانَ يَكُونُ فِي التَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ، فَإِنَّ مَنْشَأَهُ قُوَّةُ الْوَارِدِ عَلَى الْقَلْبِ مَعَ ضَعْفِ الْقَلْبِ، وَالْقُوَّةُ وَالتَّمَكُّنُ أَفْضَلُ كَمَا هُوَ حَالُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالصَّحَابَةِ، وَأَمَّا السُّكُونُ قَسْوَةً وَجَفَاءً فَهَذَا مَذْمُومٌ لَا خَيْرَ فِيهِ

"Dan apa yang berlaku ketika mendengar (bacaan al-Quran) dan berzikir yang disyariatkan, dari kegelisahan hati, air mata yang mengalir, dan kulit yang meremang, ini adalah keadaan terbaik yang diterangkan oleh al-Kitab dan as-Sunnah. Adapun kegelisahan yang teramat sangat, pengsan, kematian, dan jeritan-jeritan: jika ia disebabkan oleh seseorang yang tidak mampu mengawalnya, maka tidak dicela padanya, sebagaimana yang terjadi pada para tabi'in dan orang selepas mereka. Sebab berlaku perkara ini adalah kekuatan yang datang kepada hati yang lemah. Kekuatan dan keteguhan yang terbaik, seperti yang berlaku kepada Nabi dan para sahabat. Adapun ketenangan yang datang kerana kekerasan hati dan kerasnya perasaan, maka ini adalah sesuatu yang tercela, tidak ada kebaikan padanya." (Majmu’ al-Fatawa, 22/522)

 


Cetak  
Wallahu a'lam