SDI 1742: Hukum Pil Yang Diletak Di Bawah Lidah Ketika Berpuasa Bagi Pengidap Masalah Jantung

Hukum Pil Yang Diletak Di Bawah Lidah Ketika Berpuasa Bagi Pengidap Masalah Jantung

Pil ini adalah sejenis ubat yang diletakkan di bawah lidah untuk merawat sesetengah serangan jantung. Ia diserap terus setelah diletakkan di bawah lidah dalam tempoh yang singkat, kemudian dibawa oleh darah ke jantung untuk menghentikan serangan jantung yang berlaku secara tiba-tiba. Tiada apa-apa dari pil ini yang masuk ke dalam perut atau jauf.

Hukum Penggunaannya

Penggunaan pil ini ketika berpuada tidak membatalkan puasa kerana tiada sebarang bahagian dari pil yang masuk ke dalam perut atau jauf. Sebaliknya, ia hanya diserap dalam mulut sebagaimana yang telah dijelaskan.

Selain itu, penggunaan pil ini juga bukanlah satu bentuk makanan atau minuman, dan tidak membawa makna makan dan minum.

Dalam keputusan al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami dinyatakan:

أن الأمور التي لا تعتبر من المفطرات: الأقراص العلاجية التي توضع تحت اللسان العلاج الذبحة الصدرية وغيرها، إذا اجتنب ابتلاع ما نفذ إلى الحلق

“Bahawa antara perkara yang tidak dianggap sebagai pembatal puasa ialah pil perubatan yang diletakkan di bawah lidah untuk merawat angina (sakit dada akibat masalah jantung) dan lain-lain, dengan syarat seseorang mengelakkan daripada menelan sisa yang sampai ke tekak.” (Sumber: Muftirat al-Siyam al-Mu‘asirah, oleh: Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil, Uni. Al-Qasim. Hal. 51)

 

 


Cetak  
Wallahu a'lam