Soalan:
Apa hukum khatib berselawat ke atas Nabi SAW dalam khutbah Jumaat?
Jawapan:
Terdapat tiga pandangan ulama dalam masalah ini, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan al-Syeikh Ibn 'Uthaimin RH tidak mengatakan ia satu rukun untuk khutbah. Huraian secara ringkasnya adalah seperti berikut;
- Berselawat ke atas Nabi SAW dalam khutbah Jumaat termasuk dalam salah satu rukun khutbah. Inilah pandangan ulama mazhab Syafi‘e dan Hambali. Berdasarkan pendapat ini, kadar minimum berselawat ke atas Nabi ﷺ dalam khutbah Jumaat adalah dengan menyebut nama baginda atau salah satu sifat baginda, seperti اللهم صل على محمد atau: أَحْمَدَ atau:النَّبِيِّ atau:الْحَاشِرِ atau: الْمَاحِي atau: الْعَاقِبِ dan seumpamanya. Tidak berpada dengan hanya menyebut ganti nama untuk baginda sekalipun sebelumnya telah disebutkan nama baginda dengan jelas seperti: ... محمد، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ (Lihat Tuhfah al-Muhtaj 2/446)
Dalam Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah 19/177, ketika membicarakan tentang rukun khutbah, disebutkan:
الصّلاة على النّبيّ صلى الله عليه وسلم ويتعيّن صيغة صلاة، وذكر النّبيّ صلى الله عليه وسلم باسمه أو بصفته، فلا يكفي صلى الله عليه
“… Berselawat ke atas Nabi ﷺ, dan mesti dengan sighah selawat yang jelas (tidak memadai dengan hanya memuji baginda tanpa selawat), serta menyebut Nabi ﷺ dengan namanya atau sifatnya. Maka tidak mencukupi sekadar mengucapkan ‘صلى الله عليه’.”
Alasan menjadikan selawat sebegini sebagai salah satu rukun disebut oleh al-Haitami RH 2/446 dengan katanya:
(وَلَفْظُهُمَا) أَيْ حَمْدُ اللَّهِ وَالصَّلَاةُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ (مُتَعَيَّنٌ)؛ لِأَنَّهُ الَّذِي مَضَى عَلَيْهِ النَّاسُ فِي عَصْرِهِ ﷺ إلَى الْآنَ
Dan lafaz kedua-duanya, (iaitu pujian (al-Hamdu) kepada Allah dan selawat ke atas Rasulullah ﷺ adalah sesuatu yang wajib, kerana itulah yang telah diamalkan oleh generasi awal sejak zaman baginda ﷺ hingga kini.
Kerana itu Ibn ‘Uthaimin RH menyebut:
الشرط الثاني: من شروط صحة الخطبة الصلاة على رسوله محمد صلّى الله عليه وسلّم، أي: أن يصلي على الرسول صلّى الله عليه وسلّم بأي اسم من أسمائه أو صفة تختص به فيقول: اللهم صلِّ على محمد، أو اللهم صل على أحمد، أو اللهم صل على العاقب، أو اللهم صل على الحاشر، أو اللهم صل على خاتم النبيين، أو المرسل إلى الناس أجمعين قال بعض العلماء: ولا بد أن يصلى عليه باسم مُظهر، فإن صلى عليه مضمراً لا مظهراً لم تصح، كما لو قال: أشهد أن محمداً رسول الله صلّى الله عليه وسلّم، مكتفياً بذلك، ولكن هذا غير صحيح فإن المضمر يحل محل المظهر متى علم مرجعه
Syarat kedua: Antara syarat sah khutbah ialah berselawat ke atas Rasul-Nya Muhammad ﷺ. Iaitu berselawat ke atas Rasul ﷺ dengan mana-mana nama baginda atau sifat khas baginda, seperti dengan mengucapkan: اللهم صلِّ على محمد atau: اللهم صلِّ على أحمد atau: اللهم صلِّ على العاقب atau: اللهم صلِّ على الحاشر atau: اللهم صلِّ على خاتم النبيين atau: اللهم صلِّ على المرسل إلى الناس أجمعين . Sebahagian ulama berpendapat bahawa selawat mestilah dengan menyebut nama yang jelas. Jika seseorang hanya menyebut selawat kepada baginda secara Ganti-nama, tanpa menyebut nama yang jelas, maka khutbahnya tidak sah. Contohnya, jika seseorang mengucapkan "أشهد أن محمداً رسول الله صلّى الله عليه وسلّم" berpada dengan ucapan ini (ia tidak memadai). Namun, pendapat ini tidak tepat kerana lafaz dengan ganti-nama boleh menggantikan lafaz nama yang jelas selagi mana ganti nama itu diketahui merujuk kepada baginda.” (Syarh al-Mumti’ ‘Ala Zad al-Mustaqni’ 5/53)
al-Nawawi juga dalam al-Majmu’ 4/519 menukilkan pandangan Imam al-Haramain yang menyebut sebahagian ashab mazhab Syafie yang tidak mewajibkan lafaz al-Hamd dan selawat. Beliau berkata:
(الثَّانِي) الصَّلَاةَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ ﷺ وَيَتَعَيَّنُ لَفْظُ الصَّلَاةِ وَذَكَرَ إمَامُ الْحَرَمَيْنِ عَنْ كَلَامِ بَعْضِ الْأَصْحَابِ مَا يُوهِمُ أَنَّ لَفْظَيْ الْحَمْدِ وَالصَّلَاةِ لَا يَتَعَيَّنَانِ وَلَمْ يَنْقُلْهُ وَجْهًا مَجْزُومًا بِهِ وَاَلَّذِي قَطَعَ بِهِ الْأَصْحَابُ أَنَّهُمَا مُتَعَيِّنَانِ
"(rukun khutbah) Kedua, berselawat ke atas Rasulullah ﷺ, dan lafaz selawat itu adalah satu yang wajib. Imam al-Haramain menyebut dari kata-kata sebahagian ashab sesuatu yang memberi kefahaman bahawa lafaz al-hamd dan lafaz selawat tidaklah diwajibkan. Beliau juga tidak menukilkannya sebagai satu wajah yang pasti. Namun pendapat yang diputuskan oleh para ashab ialah kedua-duanya diwajibkan."
- Selawat ke atas Nabi ﷺ dalam khutbah adalah sunat. Inilah pandangan ulama mazhab Hanafi dan Maliki, serta disebut sebagai suatu kemungkinan atau salah satu yang dapat difahami oleh Ibnu Qudamah. Al-Kasani dari mazhab Hanafi dalam Bada’i’ al-Sana’i’ ketika menyenaraikan perkara sunat khutbah Jumaat menyebut:
.. وَيُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ...
“... dan berselawat ke atas Nabi ﷺ..." Aal-Nafrawi dari mazhab Maliki pula berkata dalam Al-Fawakih Ad-Dawani:
... وَيُسْتَحَبُّ اشْتِمَالُهَا عَلَى الْحَمْدِ وَالصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يشترط لصحة الخطبة أن يصلي الخطيب على النبي صلى الله عليه وسلم
“... Dan dianjurkan (disunatkan) khutbah mengandungi pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi ﷺ. Tidak disyaratkan sah khutbah khatib mesti berselawat ke atas Nabi ﷺ.”
Dalam Al-Mughni, Ibnu Qudamah menyatakan:
... وَيَحْتَمِلُ أَنْ لَا تَجِبَ الصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَذْكُرْ فِي خُطَبِهِ ذَلِكَ ...
“... Ada kemungkinan selawat ke atas Nabi ﷺ tidaklah wajib, kerana Nabi ﷺ sendiri tidak menyebutnya dalam khutbah-khutbah baginda...”
Al-Syeikh Ibn ‘Uthaimin RH memilih pandangan ini. Dalam Syarh Zad al-Mustaqni’ 5/53 beliau berkata:
... ليس هناك دليل صحيح يدل على اشتراط الصلاة على النبي صلّى الله عليه وسلّم في الخطبة.
"... Tidak ada dalil sahih yang menunjukkan bahawa selawat ke atas Nabi ﷺ adalah syarat dalam khutbah."
- Selawat ke atas Nabi ﷺ dalam khutbah adalah wajib, namun bukan satu syarat sah khutbah. Pandangan ini menjadi pilihan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Dalam Al-Insaf, disebutkan:
... وَاخْتَارَ الشَّيْخُ تَقِيُّ الدِّينِ: أَنَّ الصَّلَاةَ عَلَيْهِ عَلَيْهِ أَفْضَلُ الصَّلَاةِ وَالسَّلَامِ وَاجِبَةٌ لَا شَرْطٌ ...
"... Syaikh Taqiyuddin (Ibnu Taimiyyah) memilih bahawa selawat ke atas Nabi ﷺ adalah wajib, bukan syarat (sah khutbah)..."