SDI 1752: Hukum Lafaz "Wasiat" Dalam Khutbah Jumaat

Soalan:

Bagaimana dengan lafaz wasiat taqwa seperti “Aku berwasiat atau berpesan untuk bertaqwa” dalam khutbah, apakah ia rukun?

Jawapan:

Tidak wajib menuturkan perkataan wasiat dalam khutbah Jumaatal-Imam al-Nawawi RH berkata dalam al-Majmu’ 4/519-520:

(الثَّالِثُ) الْوَصِيَّةُ بِتَقْوَى اللَّهِ تَعَالَى وَهَلْ يَتَعَيَّنُ لَفْظُ الْوَصِيَّةِ فِيهِ وَجْهَانِ) الصَّحِيحِ (الَّذِي نَصَّ عَلَيْهِ الشَّافِعِيُّ وَقَطَعَ بِهِ الْأَصْحَابُ وَالْجُمْهُورُ لَا يَتَعَيَّنُ بَلْ يَقُومُ مَقَامَهُ أَيُّ وَعْظٍ كَانَ (وَالثَّانِي) حَكَاهُ الْقَاضِي حُسَيْنٌ وَالْبَغَوِيُّ وَغَيْرُهُمَا مِنْ الخراسانيين أَنَّهُ يَتَعَيَّنُ كَلَفْظِ الْحَمْدِ وَالصَّلَاةِ وَهَذَا ضَعِيفٌ أَوْ بَاطِلٌ لِأَنَّ لَفْظَ الْحَمْدِ وَالصَّلَاةِ تَعَبَّدَنَا بِهِ فِي مَوَاضِعَ وَأَمَّا لَفْظُ الْوَصِيَّةِ فَلَمْ يَرِدْ نَصٌّ بِالْأَمْرِ بِهِ وَلَا بِتَعَيُّنِهِ

“(Rukun Ketiga) Wasiat takwa kepada Allah Ta‘ala. Adakah lafaz ‘wasiat’ itu wajib disebut secara khusus? Ada dua pendapat mengenainya: Pendapat al-Sahih, yang dinaskan oleh al-Syafi‘i dan diputuskan oleh para ashabnya serta jumhur ulama mazhab Syafie, ialah tidak wajib menggunakan lafaz ‘wasiat’ secara khusus, sebaliknya apa sahaja bentuk peringatan boleh menggantikannya. Pendapat kedua (muqabil al-Sahih), yang disebut oleh al-Qadhi Husain, al-Baghawi, dan selain mereka dari kalangan ulama Khurasan, ialah lafaz wasiat wajib disebut, sebagaimana wajib menyebut lafaz al-Hamd dan selawat (as-salah). Namun, pendapat ini lemah atau batil, kerana lafaz al-Hamd dan selawat adalah lafaz yang kita beribadah dengan melafazkannya pada beberapa tempat (dalam ibadah), sedangkan lafaz wasiat tidak ada walau satu dalil yang memerintahkan  atau menentukannya secara khusus.”


Cetak  
Wallahu a'lam