Soalan:
Adakah wajib bagi seorang Muslim yang ingin menunaikan haji untuk menjual tanahnya bagi menyediakan perbelanjaan haji, sedangkan dia mungkin tidak mempunyai sumber lain untuk mendapatkan perbelanjaan tersebut?
Jawapan:
Wajib menjual tanah yang digunakan untuk pertanian bagi menyediakan perbelanjaan haji, kerana tanah tersebut hanya menjadi simpanan untuk keperluan masa depan, sedangkan haji adalah kewajipan yang perlu ditunaikan ketika itu. Dalam mazhab al-Syafi‘i, terdapat pendapat lain yang kurang kuat (marjuh) yang menyatakan tidak wajib menjual tanah demi perbelanjaan haji. Dalam Mughni al-Muhtaj (1/465) disebutkan:
ويلزم من له مستغلّات يحصّل منها نفقة أن يبيعها ويصرفها لما ذكر في الأصحِّ... والثاني لا يلزمه لئلا يلتحق بالمساكين
“Wajib ke atas seseorang yang memiliki aset yang memberi hasil (seperti tanah yang disewakan atau digunakan untuk pertanian) untuk menjualnya dan menggunakannya bagi tujuan tersebut (menampung perbelanjaan haji) menurut pendapat al-Asah… Manakala pendapat kedua menyatakan tidak wajib agar dia tidak menjadi golongan miskin.”
Rujukan: Fatawa al-Syaikh Nuh ‘Ali Salman (Fatawa Puasa / Fatwa No. 13)