SDI 0109: Tempoh Paling Lama Nifas

Soalan:
Wanita yg keguguran, Berapakah lamakah dia dikira bernifas?

Jawapan:

Wanita yg keguguran slps usia kandungan 42 hari, darah yg keluar adlh darah nifas. Tiada tempoh minimum, jika tiada darah dikira tiada nifas. Wajib segera mandi berdasarkan pandangan ulama mazhab al-syafie. Dan pandangan ini lebih berhati2, terutamanya pd kebiasaan darah nifas ttp keluar sekalipun sedikit.

Sseorg wanita bersalin bergantung kpd keberadaan darah atau tiada. Tiada tempoh paling pendek, manakala tempoh paling lama adlh selama 40 hari berdasarkan pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hambali. Inilahbjuga pandangan alSyaukani. Jika darah berterusan keluar slps 40 hari dikira darah istihadhah. Wajib mandi, solat, puasa dan boleh bersama dgn suami.

Soalan: 

Ustaz saya nk tanya jika seorg pempuan mgalami tempoh haid yg panjang. Kerana penyakit sah atau tidak solat dia jika dia mengira tempoh haid biasa. Dia puasa selepas kiraan haid normal dan darah penyakit masih keluar.

Jawapan: 

yer Sah solat dia bahkan wajib dia solat setelah tamat haid, darah yg keluar slps itu dikira darah istihadhah. Cara nak kenal darah haid, bergantung kpd keadaan ssorg perempuan. Keadaan pertama: Haid yang telah diketahui kebiasaannya sebelum mengalami istihadhah. Contohnya: Sebelum mengalami istihadah, darah haid pada kebiasaannya selama lima atau lapan hari di awal bulan atau dipertengahannya. Justeru dia mengetahui waktu dan tempoh bilangan haidnya. Maka selama tempoh waktu dan hari-hari haid itu dia dikira haid. Setelah tamat tempoh kebiasaan haidnya, dia perlu mandi dan menunaikan solat. Darah yang berterusan keluar selepas itu dikira darah istihada . Dia perlu berwudhu setiap kali solat. Jika keadaan ini menyukarkan (dalam bentuk sukar dilaksanakan), maka dia boleh berwudhu dan melakukan jama’ antara zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak.

Keadaan kedua: Jika darah haidnya tidak dapat dikenalpasti melalui waktu dan hari. Akan tetapi darahnya pada sebahagian harinya memiliki sifat-sifat darah haid seperti bewarna kehitaman, pekat dan berbau. Manakala hari-hari berikutnya darah yang keluar tidak memiliki cirri-ciri darah haid. Warnanya merah, tidak pekat dan tidak berbau seperti darah haid. Maka dalam keadaan ini darah yang keluar dan mempunyai ciri-ciri haid dikira sebagai darah haid. adapun yang tidak mempunyai ciri-ciri darah haid dikira darah istihadah . Dia hendaklah mandi dan menunaikan solat setelah berhenti darah yang memiliki ciri-ciri darah haid.

Keadaan ketiga: Jika darah haidnya tidak dapat dikenalpasti melalui waktu dan hari. Demikian juga tidak memiliki ciri-ciri yang dapat membezakan antara darah haid dan yang lainnya. Maka haidnya dikira mengikut kebiasaan darah haid. Kebiasaan darah haid adalah enam atau tujuh hari pada setiap bulan . Berdasarkan kebiasaan haid qarabahnya seperti Ibu, adik-beradik perempuannya dan ibu saudaranya. Jika kebanyakan mereka darah haid mereka adalah lima hari. Maka darah haidnya sama seperti kebanyakan mereka. Demikianlah cara dia kiaskan keadaannya dengan kebiasaan wanita ahli keluarganya sehingga Allah sembuhkan dia dari istihadah.
Kesimpulannya: “Haid yang teratur waktu dan bilangan harinya ditetapkan mengikut keteraturan waktunya. Haid yang dikenali dengan sifat, ditetapkan dengan sifatnya. Haid yang tidak teratur dan tidak dapat dikenali sifat ditetapkan mengikut kebiasaan ahli keluarga wanita terdekat.”
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam