Soalan:
Salam Ust...dalam solat berjemaah...adakah sunnah membaca "rabbighfirli waliwadai...." oleh makmum satelah imam sebut "waladhoolliinn.."sabelum makmum sebut "aamiin"...
Jawapan:
Ada beberapa riwayat ttg hal ini. Justeru didapati beberapa ulama ada menyebutnya dan menganjurkannya. Antara mereka ialah 'Ali alQari di dlm Mirqah alMafatih 2/512 yg berkata:
"alTabarani meriwayatkan dgn sanad yg tidak mengapa لا بأس به bahawa baginda AS apabila membaca ولا الضالين baginda menyebut: رب اغفر لي kemudian baru آمين..."
Jesteru tak pelik dan bukan suatu yg boleh diperlekehkan bg sesiapa yg beramal dgn amalan ini kerana meraikan perbezaan pandangan, perbezaan penerimaan nukilan, hukuman, perbezaan tahap pemahaman dan seumpamanya.
Jika diperhatikan kpd fatwa2 ulama semasa dr Sa'udi terutamanya spt Ibn Baz, beliau menolak bacaan ini dan mengatakan ia tidak ada asas. Ada juga ulama semasa lain yg menolak atas alasan selepas menyebut ولا الضالين bukanlah tempat utk berdoa.
Semakan awal saya mendapati, Ibn Rajab alHambali di dlm syarahnya kpd Sahih alBukhari, bernama Fath alBari 7/97-99 selepas menyebut secara ringkas pandangan berkaitan sebutan amin makmum dan Imam selepas membaca surah alFatihah, beliau ada menyinggung amalan ini, beliau katanya:
"Amin para malaikat itu adalah ke atas doa sipembaca (surah alFatihah yg terdapat doa di dlmnya). Inilah yg sahih yg boleh difahami dr hadis. Ibn 'Abd alBarr dan selain beliau ada menyebut pendangan2 lain. Perkara ini hendak disebut di sini krn jauhnya ia dan tersasarnya dr dalil."
Setelah itu beliau datangkan satu riwayat dr al'Ala drpd bapanya drpd Abu Hurairah yg berkata:
"Apabila imam membaca ummu alQuran, maka (kamu) bacalah ummu alQuran dan mendahului imam. Apabila imam membaca ولا الضالين, para malaikat akan berkata: آمين, maka sesiapa yg bertepatan aminnya maka akan dimustajabkan utknya. Tidak dianjurkan menyambung sebutan amin dgn zikir lain spt menyebut: "Amin Rabb al'Alamin" kerana tiada anjuran dr Sunnah. Inilah pandangan para Sahabat kami (mazhab alHambali). Kata alSyafi'ie: ia suatu yg baik: Tidak dianjurkan juga didahulukan sebelum sebutan amin sebarang doa. Ini kerana amin tersebut adalah untuk doa yg ada dlm alFatihah iaitulah doa minta hidayah ke jalan yg lurus. Ia juga merupakan doa yg paling penting dan paling mulia."
Namun di kalangan salaf terdapat mereka yg menganjurkan demikian itu (doa sblm sebutan amin), antara mereka itu ialah alRabi' bin Khuthaim dan alThauri. Abu alNu'aim meriwayatkan di dlm Kitab alSolah, katanya:
"menceritakan kpd kami Abu Malik alNakha'ie drpd alMughirah bin alNu'man drpd Sa'ied bin Jubair drpd Ibn 'Abbas yg berkata: "Apabila imam menyebut غير المغضوب عليهم والضالين maka buatlah permintaan, moga akan diperkenankan. Kemudian sebutlah: آمين."
Kata Ibn Rajab: Abu Malik yg ada di dlm sanad riwayat ini seorg yg lemah/dhoief.
Setelah itu, Ibn Rajab mendatangkan riwayat lain dgn sanadnya hingga kpd Wa'il bin Hujr yg mendengar Nabi SAW ketika membaca:
غير المغضوب عليهم ولا الضالين
Kemudian baginda membaca:
رب اغفر لي
kemudian:
آمين.
Setelah Ibn Rajab berkata: "dikeluarkan ia (hadis ini) oleh alBaihaqi dan selain beliau. Isnad hadis ini tidak dijadikan hujjah dgnnya. Abu Hamzah meriwayatkan drpd Ibrahim alNakha'ie yg berkata: "mereka (sahabat) menganjurkan demikian itu" Abu Hamzah ini adalah Maimun alA'war, (seorg) dhoief (lemah).
Seterusnya Ibn Rajab berkata: "Zahir hadis2 menunjukkan bersambungan sebutan amin dgn alFatihah tanpa perlu ada ruang senyap antara keduanya. Manakala ulama mazhab alSyafi'ie menggalakkan senyap seketika antara alFatihah dgn amin bagi memisahkan antara alQuran (surah alFatihah) dgn sesuatu yg bukan dr ayat alQuran (kalimah amin).
Berdasarkan nukilan ini, apa pendirian kita?
1. Menyebut رب اغفر لي selepas membaca ولا الضالين di hujung surah alFatihah sebelum membaca آمين TIDAK termasuk dlm perkara yg membatalkan solat.
2. TIDAK BOLEH diperlekeh, disindir, dihukum bidaah kpd sesiapa yg melakukannya.
3. Perkataan Ibn Rejab jelas menunjukkan beliau tidak bersetuju dgn amalan ini. Namun disebabkan beliau juga ada membuat dakwaan terdapat salaf yg menganjurkannya, maka persoalan ini masih tergantung dan memerlukan kajian dan semakan yg lebih lanjut.