Soalan:
ustaz apa hukum melewatkan Solat Asar atau selalu lewatkan solat asar. Terima kasih ustaz.
Jawapan:
Perbuatan selalu melewatkan solat tanpa sebarang keuzuran berlaku disebabkan dosa yang bersarang di dalam hati dan kerana iman yang lemah. Lebih membimbangkan jika ia disebabkan kemunafikan yg telah mula mendapat tempat di dalam hati.
al-'ala' bin Abdul Rahman العلاء بن عبد الرحمن berkata:
Maksudnya: "beliau pernah terlewat menunaikan solat Asar kerana ada keuzuran bersama Anas bin Malik RA. Selepas selesai solat Asar Anas berkata Rasulullah SAW pernah bersabda:
تِلكَ صَلَاةُ المُنَافِقِ، يَجْلِسُ يَرْقُبُ الشَّمْسَ حتَّى إذَا كَانَتْ بيْنَ قَرْنَيِ الشَّيْطَانِ، قَامَ فَنَقَرَهَا أَرْبَعًا، لا يَذْكُرُ اللَّهَ فِيهَا إلَّا قَلِيلًا
Maksudnya:"Demikian itulah solat orang munafik, dia duduk sambil menunggu tenggelamnya matahari (sengaja melewatkannya) apabila matahari berada pada kedudukan dua tanduk Syaitan (hampir tenggelam) barulah dia bangun mematuk dengan empat patukan (Kiasan solat 4 rakaat Asar dgn cepat) tidaklah dia mengingati Allah di dlm solatnya itu melainkan sedikit sahaja." (Muslim)