Pemilikan Sempurna (المِلْكُ التامُّ)

Pemilikan Sempurna (المِلْكُ التامُّ)

Bahagian Pertama: Jenis-jenis Pemilikan (أنواعُ المِلْكِ)

Pemilikan terbahagi kepada dua:

[1] Pemilikan Sempurna (المِلْكُ التامُّ) Iaitu: [1]هو المملوكَ رقبةً ويدًا  harta yang dimiliki seca zat dan penguasaan. Ada juga yang mengatakan:

هو عبارةٌ عمَّا كان بيَدِه ولم يتعلَّقْ به غيرُه؛ يتصرَّفُ فيه على حَسَبِ اختيارِه، وفوائِدُه حاصلةٌ له[2] 

Ia ialah ibarah tentang sesuatu yang berada dalam tangan seseorang tanpa ada pihak lain yang berkaitan dengannya. Orang itu boleh melakukan pada harta tersebut menurut kehendaknya dan segala manfaat harta menjadi miliknya.

Contohnya: Kebanyakan pemilikan terhadap barang-barang yang dimiliki melalui sebab-sebab yang sah, seperti jual beli, hibah, warisan dan seumpamanya.

[2] Pemilikan Tidak Sempurna (المِلْكُ النَّاقِصُ). Ia terdapat beberapa jenis:

  1. Memiliki zat tanpa memiliki penguasaan (مِلْكُ الرَّقَبة دون مِلْك اليدِ), iaitu memiliki ain benda tetapi tidak manfaatnya; seperti seseorang yang diwasiatkan kepadanya sesuatu, namun manfaat sesuatu tersebut kepada orang lain.
  2. Memiliki tangan tanpa memiliki zat (مِلْكُ اليدِ دون مِلْكِ الرَّقبة), iaitu memiliki manfaat tanpa memiliki ain benda; seperti seseorang yang diwasiatkan untuknya beberapa manfaat sesuatu, atau diwakafkan untuknya manfaat dan hasil sesuatu benda.
  3. Pemilikan mengambil manfaat semata-mata (مِلْكُ الانتفاعِ المجرَّد), seperti penyewa yang mengambil manfaat dari ain atau barang sewaan, termasuk juga pemilikan peminjam barang.

Bahagian Kedua: Syarat Pemilikan Sempurna (المِلْك التامِّ) Dalam Kewajipan Zakat

Disyaratkan pemilikan sempurna terhadap harta zakat secara umum. Ini merupakan kesepakatan empat mazhab fiqh: Hanafiyyah[3], Malikiyyah[4], Syafi’iyyah[5], dan Hanabilah[6], dan merupakan pandangan kebanyakan ulama[7].

Dalil-dalil:

  1. Daripada al-Qur’an: Firman Allah Ta‘ala:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka yang dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka..." [at-Taubah: 103]

Petunjuk dalil:

Ungkapan: أَمْوَالِهِمْ "harta mereka" menunjukkan harta tersebut dimiliki oleh mereka secara sempurna.

  1. Dari segi makna:

Pemberian zakat merupakan pemindahan milik kepada yang layak menerimanya dari kalangan orang miskin atau selain mereka. Jika pemilik zakat tidak memiliki harta tersebut secara sempurna, sudah tentu dia tidak dapat memberikan pemilikan itu kepada orang lain.

Bahagian Ketiga: Zakat Harta Yang Tidak Mampu Diambil Manfaatnya, Sekalipun Pada Asasnya Dimiliki (المال الضِّمَار)[8]

Isu Pertama: Contoh-contoh المال الضِّمَار

  • Harta yang hilang (المال المفقود)
  • Harta yang tercicir dalam laut (المال السَّاقط في البحر)
  • Harta yang dirampas (المال المغصوب)
  • Harta yang dirampas oleh pemerintah (المال الذي صادَره السُّلطان)
  • Hutang yang dinafikan jika pemiliknya tidak mempunyai bukti dan telah berlalu haul, kemudian dia memperoleh bukti apabila penghutang mengaku di hadapan orang ramai. (الدَّينُ المجحودُ إذا لم يكُنْ للمالك بيِّنةٌ وحال الحولُ، ثم صار له بيِّنةٌ بأن أقرَّ عند النَّاسِ)
  • Harta yang ditanam di padang pasir dan pemiliknya tidak tahu lokasinya (المال المدفون في الصَّحَراء إذا خَفِيَ على المالِك مكانُه)

Isu Kedua: Hukum Zakat المالِ الضِّمارِ Setelah Diperoleh Semula

Ulama berbeza pendapat, dan dua pandangan paling kuat ialah:

Pendapat Pertama: Tidak wajib zakat ke atas harta dhimar apabila diperoleh semula, sebaliknya haul baru bermula dari hari ia diterima semula. Ini adalah mazhab Abu Hanifah[9], satu riwayat daripada Ahmad[10], pandangan sebahagian salaf[11], dan pandangan Ibn Hazm[12], Ibn Taymiyyah[13].

Dalil-dalil:

  1. Daripada al-Qur’an: Keumuman firman Allah Taala:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

"Dan Dia tidak menjadikan dalam agama itu kesukaran..." [al-Hajj: 78]

Petunjuk dalil:

Mewajibkan zakat bagi tahun-tahun sebelumnya bagi harta dhimar seperti harta yang dicuri atau dirampas adalah suatu kesukaran yang dimaafkan oleh syara’.[14]

  1. Zakat diwajibkan atas harta yang dapat memberi manfaat dengan dapat berkembang sama ada hakikat atau mazhinnah (مَظِنَّةً) manfaat. Ini dibuktikan dengan hakikat bahawa zakat tidak diwajibkan kecuali pada harta yang berkembang, maka ia tidak diwajibkan pada harta tetap (العَقارِ) dan seumpamanya. Sedangkan hakikat pertumbuhan dan kemungkinan berkembangnya harta tiada di sini kerana tidak ada kemampuan untuk menguruskannya.[15]
  2. Dalam kes harta dhimar ini, ia tidak dapat dimanfaatkan oleh pemiliknya kerana dia tidak dapat sampai kepadanya, dan harta yang tidak dapat dimanfaatkan oleh pemiliknya tidak menjadikan pemiliknya sebagai orang kaya. Pemilik tidak dianggap kaya kerana tidak dapat mengakses hartanya. Maka tidak wajib zakat atasnya.[16]
  3. Antara syarat zakat harta adalah pemilikan sempurna. Dalam kes ini tiada pemilikan sempurna tersebut. Pemiliknya hanya tuan kepada ain atau zat harta, tetapi tidak tidak menguasainya. Pemiliknya tidak memiliki kuasa menggunakannya. Maka tidak wajib zakat ke atasnya dari harta tersebut. Ia seperti harta dalam tangan seorang mukatab.[17]

Pendapat Kedua: Wajib zakat hanya untuk satu tahun sahaja selepas diperoleh. Ini adalah mazhab Malikiyyah[18], pandangan sekumpulan salaf[19] dan dipilih oleh Ibn ‘Uthaymin[20].

Dalil-dalil:

  1. Zakat diwajibkan ke atas harta yang dapat dikembangkan dan bukan berada dalam penguasaan pihak lain. Berbeza dengan harta dhimar ini, di mana ia tidak lagi dibawah penguasaan pemiliknya terhalang dari dapat dikembangkan. Kerana itu tidak wajib zakat ke atasnya untuk tahun-tahun yang lalu.[21]
  2. Harta hanya berada di tangan pemilik pada awal dan akhir haul, walaupun telah berlalu beberapa haul. Namun ia dianggap seperti hanya satu haul. Haul-haul yang berada di antara keduanya tidak diambil kira. Kerana sekiranya seorang perampas merampas harta daripada tuannya selama satu hari, kemudian mengembalikannya, hal itu tidak dianggap sebagai menggugurkan kewajipan zakat pada haul tersebut. Namun jika perampan merampas hartanya sehingga berlalu haul, maka zakat tidak diwajibkan ke atasnya sehingga harta itu dikembalikan kepadanya. Maka sabitlah bahawa yang diambil kira ialah apabila harta itu berada dalam tangan pemiliknya pada kedua-dua hujung haul.[22]


[1] ((بدائع الصنائع)) للكاساني (2/9)، ((حاشية ابن عابدين)) (2/263).

[2] ((كشاف القناع)) للبهوتي (2/170).

[3] نصَّ بعضُ الحنفيَّة أنَّ المِلْك التامَّ سبب للزَّكاة وليس شرطًا لها. ((بدائع الصنائع)) للكاساني (2/9)، ((حاشية ابن عابدين)) (2/259).

[4] ((شرح الزرقاني على مختصر خليل وحاشية البناني)) (2/ 251)، ويُنظر: ((الفواكه الدواني)) للنفراوي (2/743)، ((شرح مختصر خليل)) للخرشي (2/179).

[5]   ((الحاوي الكبير)) للماوردي (3/152)، ((الأم)) للشافعي (2/28).

[6] ((كشاف القناع)) للبهوتي (2/ 170)، ويُنظر: ((المغني)) لابن قدامة (2/464)، ((الشرح الكبير)) لشمس الدين ابن قدامة (2/438).

[7]  قال ابنُ قدامة: (وهو أنَّ الزَّكاة لا تجب إلا على حرٍّ مسلم تامِّ المِلك، وهو قولُ أكثرِ أهل العِلم، ولا نعلم فيه خلافًا إلَّا عن عطاء وأبي ثور؛ فإنهما قالا: على العبد زكاةُ مالهـ). ((المغني)) (2/464). قال ابنُ القاسم عند قول المؤلِّف:( (و) الرابع (استقرارُهـ) أي: تمام المِلك في الجملة) قال: (إجماعًا كسائِمةٍ وغلَّةِ أرضٍ، وشَجرٍ وُقِفَ على معيَّن، إن بلغت نِصابًا وليست مِلكًا تامًّا، فإنَّ معنى تمام المِلك ألَّا يتعلَّق به حقُّ غيرِه، بحيث يكون له التصرُّفُ فيه على حسَبِ اختياره، وفوائدُه عائدة عليهـ). ((حاشية الروض المربع)) (3/168).

[8]  المال الضمار: هو المال الغائب الذي لا يرجى وصوله. وأصله من الإضمار، وهو: التغييب، والإخفاء. وقيل: هو ما يكون عينه قائمًا، ولا ينتفع به. العناية ٢/ ١٦٤، شرح فتح القدير ٢/ ١٦٤

المالُ الضِّمارُ: هو الغائِبُ الذي لا يُرجى، فإذا رُجِيَ فليس بضِمارٍ؛ مِن أضْمَرْتَ الشَّيءَ، إذا غَيَّبْتَه، فهو فِعالٌ بمعنى فاعلٍ، أو مُفعَل. يُنظر: تاج العروس (12/ 404).

[9] ((البحر الرائق)) لابن نجيم (2/223).

[10] ((المغني)) لابن قدامة (3/73)، ((شرح الزركشي على مختصر الخرقي)) (2/520، 521).

[11] قال الزركشي: (وقد رُوِيَ عن عثمان وابنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عنْهُمَ أنهما قالا: لا زكاةَ في مال الضِّمار). ((شرح الزركشي على مختصر الخرقي)) (2/521). وقال الكمال بن الهمام: (لنا قولُ عليٍّ رَضِيَ اللهُ عنه: لا زكاةَ في مالِ الضِّمار). ((فتح القدير)) (2/166). وقال ابنُ حزم: (وقد جاء عن عثمان، وابن عمر: إيجاب الزَّكاة في المقدور عليه، فدل (ذلك) على أنهما لا يريان الزَّكاة في غير المقدور عليه، ولا مخالف لهما من الصحابة رَضِيَ اللهُ عنهم). ((المحلى بالآثار)) (4/ 209).

[12]  قال ابنُ حزم: (ومَن تلِف مالُه أو غُصِبَه أو حِيل بينه وبينه؛ فلا زكاة عليه فيه، أيَّ نوعٍ كان من أنواعِ المال، فإن رجع إليه يومًا ما استأنَفَ (بهـ) حولًا من حينئذ، ولا زكاةَ (عليهـ) لِمَا خلا؛ فلو زكاه الغاصِبُ ضمِنَه كلَّه، وضمن ما أخرَجَ منه في الزَّكاة؛ لأنَّه لا خلاف بين الأمَّة كلِّها في أنَّ صاحِبَ المال إن أحب أن يؤدِّيَ الزَّكاة من نفس المال الذي وجبت فيه الزَّكاة لا من غيره؛ كان ذلك له، ولم يكلَّف الزَّكاة (من سواهـ) ما لم يبِعْه هو أو يُخرِجْه عن مِلْكه باختياره، فإنَّه حينئذ يكلَّفُ أداءَ الزَّكاة من عند نفسه، فسقط بهذا الإجماعِ تكليفُه أداءَ زكاةٍ مِن عندِ نفسِه؛ ثم لَمَّا صحَّ ذلك، وكان غيرَ قادر على أداء الزَّكاة مِن نفسِ المال المغصوب، أو المُتلَف، أو الممنوع منه- سقط عنه ما عجز عنه من ذلك، بخلاف ما هو قادِرٌ على إحضاره واستخراجِه مِن مَدْفَنِه هو أو وكيله، وما سقط ببرهان لم يعُدْ إلَّا بنصٍّ أو إجماعٍ، وقد كانت الكفَّار يُغِيرونَ على سَرْحِ المسلمين في حياةِ رسول الله صلَّى الله عليه وسلَّم؛ فما كلَّف قطُّ أحدًا زكاةَ ما أخذه الكفَّار من ماله. وقد يُسرَق المالُ ويُغصَب فيفرَّق ولا يدري أحدٌ مكانه، فكان تكليفُ أداءِ الزَّكاة عنه من الحرج الذي قد أسقَطَه الله تعالى؛ إذ يقول: وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ **الحج: 78**). ((المحلى)) (4/208).

[13]  قال ابنُ تيميَّة: (لا تجِبُ في دَينٍ مؤجَّلٍ، أو على مُعسِرٍ أو مماطِلٍ أو جاحدٍ، ومغصوبٍ ومسروقٍ وضالٍّ، وما دفَنَه ونَسِيَه أو جَهِلَ عند من هو، ولو حصل في يده، وهو روايةٌ عن أحمد، واختارها وصحَّحها طائفةٌ من الصحابة وقولُ أبي حنيفة). ((الفتاوى الكبرى)) (5/369).

[14] ((المحلى)) لابن حزم (4/208) رقم (690).

[15] ((شرح الزركشي على مختصر الخرقي)) (2/521)، ((فتح القدير)) للكمال ابن الهمام (2/166).

[16] ((بدائع الصنائع)) للكاساني (2/9).

[17] ((المغني)) لابن قدامة (3/73).

[18]  ((منح الجليل)) لعليش (2/ 42)، ويُنظر: ((المنتقى شرح الموطأ)) لأبي الوليد الباجي (2/113)، ((شرح مختصر خليل)) للخرشي (2/180).

[19] قال شمس الدين ابن قدامة: (وعن عُمرَ بنِ عبد العزيز والحسن والليث والأوزاعي ومالك: يزكِّيه إذا قبضه لعامٍ واحد؛ لأنَّه كان في ابتداءِ الحولِ في يده، ثم حصل بعد ذلك في يده، فوجب ألَّا تسقُطَ الزَّكاةُ عن حولٍ واحدٍ). ((الشرح الكبير)) (2/443).

[20] قال ابنُ عُثيمين: (أمَّا إذا كان على مماطِلٍ أو مُعسرٍ، فلا زكاةَ عليه ولو بقِيَ عَشْرَ سنواتٍ؛ لأنَّه عاجزٌ عنه، ولكن إذا قبضه يُزكِّيه مرَّةً واحدةً في سنة القبضِ فقط، ولا يلزَمُه زكاةُ ما مضى. وهذا القول قد ذكره الشيخ العنقريُّ في حاشِيَته عن شيخ الإسلام محمد بن عبد الوهاب وأحفادِه رحمهم الله، وهو مذهبُ الإمام مالك رحمه الله، وهذا هو الرَّاجِحُ).  ثم قال: (ومثلُ ذلك، المالُ المدفونُ المنسِيُّ، فلو أنَّ شخصًا دفن مالَه؛ خوفًا من السَّرِقة ثم نَسِيَه، فيزكيه سنةَ عُثورِه عليه فقط. كذلك المالُ المسروقُ إذا بَقِيَ عند السَّارِقِ عدَّة سنواتٍ، ثم قدَر عليه صاحِبُه، فيزكِّيه لسنةٍ واحدة، كالدَّين على المعسِر). ((الشرح الممتع)) (6/27، 28).

[21] ((المنتقى شرح الموطأ)) لأبي الوليد الباجي (2/113).

[22] ((المنتقى شرح الموطأ)) لأبي الوليد الباجي (2/113).


Cetak  
Wallahu a'lam