Soalan:
Berapakah rukun solat Jenazah?
Jawapan:
Solat Jenazah terdapat tujuh rukun. Dalam al-Iqna’ Fi Hall Alfaz Abi Syuja’ dinyatakan tujuh rukun tersebut ialah:
1.Niat
2.Empat kali takbir.
3.Membaca al-Fatihah.
4.Selawat ke atas Nabi ﷺ selepas takbir kedua.
5.Doa untuk si mati selepas takbir ketiga.
6.Memberi salam.
7.Berdiri bagi yang mampu.
Solat jenazah adalah fardu kifayah, jika sebahagian orang melakukannya maka gugur kewajipan daripada yang lain, tetapi jika tiada seorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa.
Dibolehkan solat jenazah ghaib bagi seorang Muslim yang meninggal dunia, tiada orang yang menunaikan solat ke atasnya.