Soalan:
Assalammualaikum ustaz saya ada dua soalan
1. Batal tak wuduk kalau seseorang tu muntah?..
2.kalau seseorang itu muntah di laluan orang awam kemudian dia x mencucinya .. adakah diperbolehkan perbuatan itu?
Jawapan:
Wsalam.
1. Wudhu TIDAK BATAL dengan muntah kerana ketiadaan bukti mengatakan ia membatalkan wudhu. Inilah pandangan alImam alSyafie (alMajmu' 2/63-65).
2. Keempat-empat mazhab fiqh bersependapat mengatakan muntah adalah NAJIS, demikian juga mazhab alZahiri, Ibn Taimiyyah dan Ibn alQayyim.
Muntah yang disepakati kenajisannya itu adalah muntah yang keluar dari perut setelah berubah sifatnya. Jika belum berubah sifatnya, majoriti ulama kekal berpandangan ia najis, berbeza dan mazhab Maliki yang mengatakan ia tidak najis. Pandangan mazhab Maliki ini adalah LEBIH KUAT.
Alasan kenajisan muntah yang telah berubah sifatnya itu adalah diqiyaskan kepada najis kencing dan berak, di mana makanan tersebut telah berubah kepada suatu yang kotor dan busuk lalu ia disamakan dengan najis yang mana dari asal yang sama. Namun apabila berubah sifatnya maka ia dihukum najis.
Jika muntah tersebut mengganggu orang ramai, maka wajib orang tersebut berusaha menghilangkannya. Jika tidak, dia dikira berdosa kerana mendatangkan sesuatu yang mengotorkan masjid, demikian juga mengganggu orang ramai. Dia juga terdedah kepada makian dan celaan dari orang yang terganggu dengan muntahnya seperti hadis arahan mengelak dari perkara yang menjadi sebab dilaknat, antaranya berak dan kencing di laluan orang ramai.