SDI 1868: Jamak Jumaat Dengan Asar

Soalan:

Bolehkan jamak antara Jumaat dengan Asar?

Jawapan:

Boleh jamak antara solat Jumaat dengan solat Asar berdasarkan mazhab Syafi‘e. Dalam Hasyiah Bujairami 1/365 dinyatakan:

)قَوْلُهُ: وَالْجُمُعَةُ كَالظُّهْرِ فِي جَمْعِ التَّقْدِيمِ( أَيْ: كَأَنْ دَخَلَ الْمُسَافِرُ قَرْيَةً بِطَرِيقِهِ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَالْأَفْضَلُ فِي حَقِّهِ الظُّهْرُ لَكِنْ لَوْ صَلَّى الْجُمُعَةَ مَعَهُمْ فَيَجُوزُ لَهُ فِي هَذِهِ الْحَالَةِ أَنْ يَجْمَعَ الْعَصْرَ مَعَهَا تَقْدِيمًا

Maksudnya: (Perkataan Zakaria al-Ansari: “Dan solat Jumaat sama seperti Zuhur dalam jamak taqdim”) iaitu: seumpama seorang musafir memasuki sebuah kampung dalam perjalanannya pada hari Jumaat, maka yang lebih utama baginya ialah solat Zuhur. Tetapi jika dia solat Jumaat bersama mereka, maka dalam keadaan ini harus baginya menjamakkan solat Asar bersama Jumaat secara taqdim.”

 


Cetak  
Wallahu a'lam