SDI 1877: Hukum Mengulang Umrah Dalam Tahun Yang Sama Atau Dalam Satu Perjalanan

Soalan:

Adakah boleh mengulang umrah dalam tahun yang sama dan dalam satu perjalanan?

Jawapan:

Wujud perbezaan pendapat dalam masalah ini;

Pertama: Disunatkan melakukan umrah berulang. Inilah pendapat ʿAlī bin Abī ālib, Sayyidah ʿĀʾishah, Ibn ʿUmar, Ibn ʿAbbās, Anas, ʿIkrimah, al-Thawrī, ʿAāʾ dan āʾūs. Ia juga merupakan pandangan mazhab anafī, Syāfiʿī dan anbalī, serta pilihan Ibn ʿAbd al-Barr dalam kalangan ulama Mālikiyyah.

Al-Imam al-Nawawī dalam al-Majmū 7/147 menyatakan:

وَلَا يُكْرَهُ عُمْرَتَانِ وَثَلَاثٌ وَأَكْثَرُ فِي السَّنَةِ الْوَاحِدَةِ وَلَا فِي الْيَوْمِ الْوَاحِدِ بَلْ يُسْتَحَبُّ الْإِكْثَارُ مِنْهَا بِلَا خِلَافٍ عِنْدَنَا

“Tidak makruh melakukan dua atau tiga kali umrah, bahkan lebih dalam satu tahun yang sama, bahkan dalam satu hari pun. Bahkan disunatkan memperbanyakkan umrah tanpa sebarang khilaf dalam kalangan kami (ulama mazhab Syafi‘e).”

Kedua: Dimakruhkan mengulang umrah dalam tahun yang sama. Inilah pendapat al-Nakhaʿī, al-asan al-Baṣrī, Ibn Sīrīn, mazhab Mālikiyyah, serta pilihan al-Muzanī daripada ulama mazhab al-Syāfiʿī.

Kesimpulan:
Berdasarkan keterangan di atas, pendapat yang mu
ʿtamad dalam kalangan ulama mazhab al-Syāfiʿe dan mereka yang sependapat ialah disunatkan mengulang umrah, walaupun dalam satu perjalanan yang sama. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang datang dari negeri jauh, yang mungkin tidak berpeluang menunaikan umrah melainkan sekali atau dua kali sahaja sepanjang hayat.


Cetak  
Wallahu a'lam