Nisab Zakat Emas

Tidak wajib zakat pada emas sehinggalah ia mencapai kadar nisab, dan nisab emas ialah dua puluh mithqal.

Mithqāl المثقال” ialah: dinar secara khusus. Mithqāl pada asalnya bermaksud “مقدارٌ من الوزن، أيَّ شيءٍ كان من قليلٍ أو كثيرٍ؛” iaitu: “satu sukatan timbangan, sama ada sedikit atau banyak.” Maka jika dikatakan: مثقال ذرة “mithqāl zarrah” maksudnya: "berat sebutir zarah." (al-Nihāyah oleh Ibn al-Athīr (1/217), Lisān al-‘Arab (11/87), lihat juga: āshiyah Ibn ‘Ābidīn (2/296), Majallah al-Buūth al-Islāmiyyah (39/243–244)

Dalil-dalil:

Pertama: Daripada al-Sunnah

Daripada Sayyidina ‘Ali رضي الله عنه, bahawa Nabi bersabda:

ليس عليك شيءٌ - يعني في الذَّهَبِ - حتى تكون لك عشرون دينارًا، فإذا كانت لك عشرون دينارًا وحال عليها الحول، ففيها نصف دينار، فما زاد فبحساب ذلك.

“Tiada apa-apa kewajipan zakat atasmu — maksudnya pada emas — sehinggalah engkau memiliki dua puluh dinar. Apabila engkau memilikinya dan telah cukup haul (setahun), maka zakatnya ialah setengah dinar, dan apa-apa yang lebih daripada itu dikira mengikut perhitungannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (1573), Ibn Wahb dalam al-Muwaṭṭaʾ (186), dan Al-Bayhaqi (4/137) (7783). Ibn Hajar al-Asqalani menilai hadith ini sebagai hasan dalam Bulūgh al-Marām (171) dan berkata: وقد اختلفوا في رَفعِه Terdapat perbezaan pendapat tentang status marfū-nya. al-Shawkani berkata dalam Nayl al-Awtār (4/199): “الضَّعفُ الذي فيه منجَبِرٌ Kelemahan yang ada padanya dapat ditampung.” Muhammad Nasiruddin al-Albani menilainya sebagai sahih dalam Ṣaī Sunan Abī Dāwūd (1573))

Kedua: Daripada Ijmak

Ijmak mengenai perkara ini telah dinukilkan oleh:

  • Imam al-Syafi‘i. Kata beliau:

لا أعلم اختلافًا في أنْ ليس في الذَّهَب صدقة، حتى تبلُغَ عشرينَ، فإذا بلغَتْ عِشرينَ مثقالًا، ففيها الزَّكاةُ

“Aku tidak mengetahui adanya khilaf (perbezaan pendapat) bahawa tiada zakat pada emas sehingga ia mencapai dua puluh mithqal. Apabila ia mencapai dua puluh mithqal, maka zakat wajib dikenakan ke atasnya.” (al-Umm, 2/43)

  • Abu ‘Ubayd al-Qasim bin Sallam. Kata beliau:

فهذا لا اختلافَ فيه بين المسلمين، إذا كان الرَّجُل قد ملك في أوَّلِ السَّنة من المال ما تجب في مثله الصَّدقةُ، وذلك مئتا درهم أو عشرون دينارًا، أو خمسٌ من الإبل، أو ثلاثون من البَقَر، أو أربعون من الغنم، فإذا ملك واحدةً من هذه الأصناف من أوَّل الحَوْلِ إلى آخِرِه، فالصدقة واجبةٌ عليه، في قولِ النَّاسِ جميعًا

“Dalam hal ini tidak ada khilaf di kalangan kaum Muslimin, apabila seseorang memiliki pada awal tahun harta yang padanya wajib zakat, sama ada 200 dirham, atau 20 dinar, atau lima ekor unta, atau tiga puluh ekor lembu, atau empat puluh ekor kambing. Jika dia memiliki salah satu daripada jenis harta ini dari awal haul hingga akhir haul, maka zakat wajib ke atasnya menurut kesepakatan seluruh ulama.” (al-Amwāl, hlm. 501)

  • Ibn al-Mundzir, dengan katanya:

أجمعوا على أنَّ الذَّهَب إذا كان عشرين مثقالًا قيمتها مئتا درهم: أنَّ الزَّكاةَ تجِبُ فيه، وانفَرَد الحسن البصري، فقال: ليس فيما دون أربعينَ دينارًا صدقةٌ، وأجمعوا على أنَّ الذَّهَب إذا كان أقل من عشرين مثقالًا، ولا يبلغ قيمتها مئتي درهم أنْ لا زكاةَ فيه

“Para ulama telah berijmak bahawa apabila emas mencapai dua puluh mithqal, iaitu bersamaan dengan nilai 200 dirham. Maka zakat wajib ke atasnya. Al-Hasan al-Basri sahaja yang menyendiri dalam pendapatnya, beliau berkata: “Tiada zakat pada emas yang kurang daripada empat puluh dinar.” Dan para ulama telah berijmak bahawa apabila emas kurang daripada dua puluh mithqal, dan nilainya tidak mencapai 200 dirham, maka tidak ada zakat padanya.” (al-Ijmā‘, hlm. 46)

 

  • Ibn Battal berkata:

وإنَّما لم تُرْوَ زكاةُ الذَّهَب من طريق النصِّ عن النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّم، والله أعلم؛ لكثرة الدَّراهم بأيديهم، وأنَّ بها كان تجارَتُهم، ولقلَّة الذَّهَب عندهم، وكان صَرفُ الدِّينارِ حينئذ عشرةَ دراهِمَ، فعدل المسلمون بخَمسِ أواقٍ مِنَ الفضَّة عشرين مثقالًا، وجعلوه نِصابَ زكاةِ الذَّهَب، وتواتَرَ العملُ به، وعليه جماعةُ العلماء أنَّ الذَّهَب إذا كانت عشرينَ مثقالًا، وقيمتها مئتا درهم: أنَّ فيها الزَّكاةَ: نِصفَ دينار، إلَّا ما اختلف فيه عن الحسنِ أنه قال: (ليس فيما دون أربعينَ دينارًا زكاة)، وهو شذوذٌ لا يُلتفَت إليه، وذهبتْ طائفةٌ إلى أنَّ الذَّهَب إذا بلغت قيمتها مئتي درهم ففيها رُبُعُ العُشر، وإن كان أقلَّ مِن عشرينَ مثقالًا، وهذا قول عطاء وطاووس والزهري.

“Sesungguhnya zakat emas tidak diriwayatkan secara nas daripada Nabi dan Allah lebih mengetahui sebabnya, kerana pada ketika itu perak lebih banyak berada di tangan orang ramai, dan perniagaan mereka juga menggunakan perak, sedangkan emas ketika itu sangat sedikit. Kadar pertukaran satu dinar ketika itu ialah sepuluh dirham, maka orang Islam menyamakan lima uqiyyah perak dengan dua puluh mithqal emas, dan menjadikannya sebagai nisab zakat emas. Amalan ini telah dilakukan secara berterusan dan disepakati oleh jumhur ulama bahawa apabila emas mencapai dua puluh mithqal dan nilainya bersamaan 200 dirham, maka zakat wajib ke atasnya sebanyak setengah dinar, kecuali pendapat yang menyimpang daripada al-Hasan (al-Basri) yang berkata: “Tiada zakat pada emas yang kurang daripada empat puluh dinar.” Pendapat ini dianggap syaz (ganjil) dan tidak diambil kira. Sekumpulan ulama pula berpendapat bahawa apabila nilai emas mencapai 200 dirham, maka wajib zakat seperempat persepuluh (2.5%), walaupun beratnya kurang daripada dua puluh mithqal. Ini merupakan pendapat ‘Aā’, āwūs, dan al-Zuhrī.” (Syar Ṣaī al-Bukhārī, 3/401)

  • al-Mawardi berkata:

وقد مضى في باب زكاة الورق ما يدل على وجوب زكاة الذهب، مع أن الإجماع على وجوب زكاة الذهب، منعقد، ونصابه عشرون مثقالا...لأن ذلك مذهب عليٍّ وعائشة وابن مسعود وأبي سعيد الخدري، وليس لهم في الصحابة رَضِيَ اللهُ عنهم مخالفٌ، فكان إجماعًا، وعليه اعتمد الشافعي: لأنَّه قال: ليس في الذهب خبر ثابت، لكن لَمَّا انعقد الإجماعُ عليها، جاز الاحتجاجُ بها

“Telah dijelaskan dalam bab zakat perak sesuatu yang menunjukkan kewajipan zakat emas, dan ijmak mengenai kewajipan zakat emas telah pun terhasil. Nisabnya ialah dua puluh mithqal… kerana itu adalah pendapat ‘Ali, ‘Aisyah, Ibn Mas‘ud, dan Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنهم, dan tidak ada seorang pun sahabat yang menyanggahi mereka dalam hal ini. Maka hal itu menjadi ijmak. Inilah juga sandaran Imam al-Syafi‘i, kerana beliau berkata: “Tidak ada hadis yang sahih secara thabit tentang zakat emas, namun apabila ijmak telah terhasil padanya, maka boleh berhujah dengannya.” (al-āwī al-Kabīr, 3/267)

  • al-Qadi ‘Iyad berkata:

وأمَّا نِصابُ الذَّهَب فهو عشرونَ دينارًا، والمعوَّلُ في تحديده على الإجماعِ، وقد حُكي فيه خلافٌ شاذٌّ

“Adapun nisab emas ialah dua puluh dinar, dan sandaran dalam penentuannya adalah ijmak. Terdapat pendapat yang menyelisihi hal ini, namun ia merupakan pendapat yang syaz (ganjil).” (Ikmāl al-Mu‘allim Syar Ṣaī Muslim, 3/459)

Ketiga: Daripada Atsar (kata-kata sahabat)

  1. Daripada ‘Ali رضي الله عنه, beliau berkata:

ليس في أقل من عشرين دينارًا شيءٌ، وفي عشرين دينارًا نصف دينار، وفي أربعين دينارًا دينار.

“Tiada zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh dinar, pada dua puluh dinar zakatnya setengah dinar, dan pada empat puluh dinar zakatnya satu dinar.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abī Shaybah dalam al-Muṣannaf (3/119) dan Ibn Zanjawaih (ابن زنجويه) dalam al-Amwāl (no. 1663). Ibn azm dalam al-Muallā (6/39) menilainya sebagai tsabit, dan al-Albānī dalam Irwā’ al-Ghalīl (3/290) menilai sanadnya jayyid (baik))

  1. Daripada Ibrahim al-Nakha‘i:

كان لامرأة عبد الله بن مسعود طَوقٌ فيه عشرون مثقالًا، فأمرها أن تخرج عنه خمسة دراهم.

“Isteri ‘Abdullah bin Mas‘ud memiliki seutas rantai seberat dua puluh mithqal, maka beliau menyuruhnya mengeluarkan zakat sebanyak lima dirham.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Abu ‘Ubayd dalam al-Amwāl (no. 923), Ibn Abī Shaybah dalam al-Muṣannaf (3/120), dan al-Dāraqutnī dalam al-Sunan (no. 1963)

Wajah Dalalah (Petunjuk hukum)

Perkataan seorang sahabat adalah hujah dalam perkara yang tidak boleh diketahui melalui qiyas (rasional/analogi), kerana ukuran kadar zakat tidak dapat diketahui dengan akal semata-mata. Maka perkataan mereka dalam hal ini mempunyai hukum marfu’ kepada Nabi . Al-Sarakhsi berkata:

لا خلاف بين أصحابنا المتقدِّمين والمتأخِّرين: أنَّ قولَ الواحِدِ مِنَ الصحابة حُجَّةٌ فيما لا مدخل للقياس في معرفة الحُكم فيه، وذلك نحو المقادير، التي لا تُعرَف بالرأي... إذا صحَّ عن عليٍّ أنَّ نِصاب الذهب عشرون دينارًا، كان ذلك في حُكمِ المرفوع إلى النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّم

“Tidak ada khilaf di antara ulama kami, baik dalam kalangan terdahulu mahupun terkemudian, bahawa perkataan seorang sahabat adalah hujah dalam perkara yang tidak dapat diketahui hukumnya melalui qiyas, seperti halnya ukuran-ukuran (مقادير) yang tidak dapat ditentukan melalui akal semata-mata… Maka apabila sahih riwayat daripada ‘Ali bahawa nisab emas ialah dua puluh dinar, maka hukum ini dianggap marfu’ (disandarkan kepada Nabi ).” (Uṣūl al-Sarakhsi, 2/110)


Cetak  
Wallahu a'lam