Nisab Zakat Perak

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 35

Nisab Zakat Perak

Tidak wajib zakat pada perak sehinggalah ia mencapai nisab. Nisab perak ialah lima uqiyah (خَمسُ أواقٍ), bersamaan dengan dua ratus dirham.

Dalil-dalil

Pertama: Daripada Sunnah

  1. Daripada Abu Sa'id al-Khudri رضي الله عنه, bahawa Nabi bersabda:

ليسَ فيما دونَ خمْسِ أواقٍ مِنَ الوَرِق صَدَقةٌ

“Tidak ada zakat pada perak yang kurang daripada lima uqiyah.” (Riwayat Al-Bukhari 1405 dan Muslim 979)

Kalimah الوَرِق al-Wariq dalam hadis bermaksud: الدَّراهِمُ المضروبة atau dirham (syiling perak) yang ditempa. (Lihat: al-Nihāyah oleh Ibn al-Athir (2/254).

  1. Daripada Ali bin Abi Talib رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah bersabda:

قد عفوتُ لكم عن صدقَةِ الخَيلِ والرَّقيقِ، فهاتوا صدقةَ الرِّقَةِ: مِنْ كلِّ أربعينَ درهمًا درهمًا، وليس في تِسعينَ ومئةٍ شيءٌ، فإذا بلغت مئتينِ ففيها خمسةُ دراهِمَ

“Aku telah menggugurkan daripada kamu zakat kuda dan hamba, maka keluarkanlah zakat perak: setiap empat puluh dirham satu dirham; dan tiada apa-apa (zakat) pada sembilan puluh dan seratus sembilan puluh (dirham); apabila ia mencapai dua ratus (dirham), maka zakatnya ialah lima dirham.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (1574), Al-Tirmidhi (620), Al-Nasa'i (5/37), dan Ahmad bin Hanbal (1/92). Al-Bukhari mensahihkannya sebagaimana dalam Sunan al-Tirmidhi (3/16), Ibn Jarir al-Tabari mensahihkan sanadnya dalam Musnad ‘Umar (2/945), Ahmad Muhammad Shakir juga mensahihkannya dalam tahqiq Musnad Ahmad (2/93), Al-Baghawi menilainya hasan dalam Syar al-Sunnah (3/347), dan Muhammad Nasiruddin al-Albani mensahihkannya dalam Ṣaī Sunan al-Tirmidhi (620)) (klik untuk lihat huraian hadis)

  1. Daripada Abu Bakr bin Muhammad bin Amr bin Hazm, daripada bapanya, daripada datuknya:

أنَّ رسولَ الله صلَّى الله عليه وسلَّم كتَبَ إلى أهلِ اليَمَنِ بكتابٍ فيه الفرائِضُ والسُّنَنُ والدِّيَاتُ، وبعث به مع عمرِو بنِ حَزمٍ، فقُرِئَتْ على أهلِ اليَمَن))، وفي هذا الكتاب: ((وفي كلِّ خمسِ أواقٍ مِنَ الوَرِقِ- الفضَّةِ- خمسةُ دراهِمَ، وما زاد ففي كلِّ أربعينَ درهمًا درهَمٌ، وليس فيما دون خَمْسِ أواقٍ شيءٌ، وفي كلِّ أربعين دينارًا دينارٌ

“Sesungguhnya Rasulullah telah menulis kepada penduduk Yaman satu surat yang mengandungi kewajiban-kewajipan, sunnah-sunnah dan diyat. Lalu mengutusnya bersama Amr bin Hazm. Surat itu dibacakan kepada penduduk Yaman.” Dalam surat itu disebutkan: “Pada setiap lima uqiyah perak (al-wariq) — iaitu perak — zakatnya lima dirham; dan pada setiap tambahan empat puluh dirham zakatnya satu dirham; dan tidak ada zakat pada kurang daripada lima uqiyah; dan pada setiap empat puluh dinar zakatnya satu dinar.” (Sebahagian daripada hadis ini diriwayatkan oleh Al-Nasa'i (8/57) dan Al-Darimi (2/253). Ia juga diriwayatkan oleh Ibn Hibban (14/501) (no. 6559), Al-Hakim al-Naisaburi (1/552), Al-Bayhaqi (4/89) (no. 7507), dan Ibn Asakir dalam Tārīkh Dimashq (22/305). Ahmad bin Hanbal berkata — sebagaimana dalam al-Sunan al-Kubra karya Al-Bayhaqi (4/89) dan Tārīkh Dimashq (22/305): أرجو أن يكون صحيحًا “Aku berharap ia adalah hadis yang sahih.” Al-Darimi, Abu Zur'ah al-Razi, dan Abu Hatim al-Razi berkata sebagaimana dalam al-Sunan al-Kubra (4/89) oleh al-Bayhaqi: موصول الإسناد حسنًا “Sanadnya bersambung dengan baik.” Al-Dhahabi berkata dalam al-Muhadhdhab (3/1442): هو كتاب محفوظٌ يتداولُه آلُ حَزمٍ، وإنما الشأن في اتِّصال سَنَدِه “Ia adalah kitab atau surat yang terpelihara dan diwarisi oleh keluarga azm. Isunya hanyalah pada kesinambungan sanadnya.”)

Kedua: Daripada Ijmak

Ijmak tentang kewajiban zakat perak apabila cukup nisab ini telah dinukilkan oleh:

فهذا لا اختلافَ فيه بين المسلمين؛ إذا كان الرجلُ قد ملك في أوَّلِ السَّنَةِ مِنَ المالِ ما تجب في مثله الصَّدقة، وذلك مئتا درهم، أو عِشرون دينارًا، أو خمسٌ مِنَ الإبل، أو ثلاثون من البقر، أو أربعون من الغنم، فإذا ملك واحدةً من هذه الأصنافِ مِنْ أوَّل الحَوْل إلى آخره؛ فالصَّدقةُ واجبةٌ عليه في قولِ النَّاسِ جميعًا

Maksudnya: “Maka dalam hal ini tidak ada khilaf di kalangan kaum Muslimin; apabila seseorang telah memiliki pada awal tahun harta yang telah mencapai kadar yang mewajibkan zakat, sama ada dua ratus dirham, atau dua puluh dinar, atau lima ekor unta, atau tiga puluh ekor lembu, atau empat puluh ekor kambing, lalu dia terus memilikinya dari awal hingga akhir haul, maka zakat wajib ke atasnya menurut kesepakatan seluruh ulama.” (al-Amwāl, hlm. 501)

أجمعوا على حديثِ رسول الله صلَّى الله عليه وسلَّم: (ليس فيما دونَ خَمسِ أواقٍ صدقةٌ)، وأجمعوا أنَّ في مِئتي درهمٍ خمسةَ دراهِمَ.

“Para ulama telah berijmak (sepakat) atas hadis Rasulullah : “Tidak ada zakat pada kurang daripada lima uqiyah.” Dan mereka juga sepakat bahawa pada dua ratus dirham zakatnya ialah lima dirham.” (al-Ijmāʿ, hlm. 46).

أمَّا المقدارُ الذي تجِبُ فيه الزَّكاةُ مِنَ الفضة فإنَّهم اتَّفقوا على أنَّه خمسُ أواق؛ لقوله عليه الصلاة والسلام الثابت: (ليس فيما دون خَمسِ أواقٍ من الوَرِق صدقةٌ)، ما عدا الْمَعدِن من الفضة، فإنَّهم اختلفوا في اشتراط النِّصَاب منه، وفي المقدار الواجِبِ فيه، والأوقيَّة عندهم أربعون درهمًا كَيلًا, وأمَّا القدْرُ الواجِبُ فيه, فإنَّهم اتَّفقوا على أنَّ الواجِبَ في ذلك هو ربُعُ العُشر: أعْني في الفضَّةِ والذَّهَب معًا ما لم يكونَا خرجَا من مَعدِن)

Maksudnya: “Adapun kadar yang mewajibkan zakat pada perak, maka para ulama sepakat bahawa ia ialah lima uqiyah, berdasarkan sabda Nabi yang thabit: “Tidak ada zakat pada kurang daripada lima uqiyah perak.” Kecuali bagi perak yang maʿdin, para ulama berbeza pendapat tentang syarat nisabnya dan kadar yang wajib padanya. Satu uqiyah pada mereka bersamaan 40 dirham timbangan. Adapun kadar zakat yang wajib, mereka sepakat bahawa kadar yang dikenakan ialah ¼ daripada 1/10,  yakni pada perak dan emas sekaligus, selama keduanya tidak dikeluarkan dari ma’din.” (Bidāyat al-Mujtahid, 1/255).

جملة ذلك أنَّ نِصابَ الفِضَّة مئتا درهم، لا خلاف في ذلك بين علماءِ الإسلام.

“Kesimpulannya, nisab perak ialah dua ratus dirham, dan tidak ada khilaf tentang hal ini di kalangan para ulama Islam.” (al-Mughnī, 3/35).

Cetak
Wallahu a'lam