SDI 1105: Bagaimana Dgn Jemaah Haji Yg Terkandas di Airport Jeddah & Terpaksa Pulang?

Soalan:
Sebahagian jemaah haji Malaysia tahun ini terkandas di airport jeddah. Mereka tidak dibenarkan masuk utk melaksanakan haji krn ada masalah visa. Bagaimana ustaz? Sedangkan mereka telahpun berihram di miqat.

Jawapan:

1. Mereka tergolong dlm kumpulan alMuhsar (org yg terhalang) dr menyempurnakan haji setelah berihram.

Majoriti ulama berpandangan mereka hendaklah bertahallul setelah menyembelih alHady (seekor kambing atau 1/7 dr seekor unta atau lembu) berdasarkan firman Allah SWT:

فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ

Maksudnya: "Dan jika kamu terhalang, maka (sembelihlah) alHady yg mudah diperolehi." (alBaqarah: 196)

Demikian juga berdasarkan perintah Nabi SAW kepada para sahabat ketika dihalang oleh musuh dr menyempurnakan ibadah umrah dlm peristiwa Hudaibiah, agar mereka menyembelih alHady, bercukur seterusnya bertahallul.

Caranya mereka boleh wakilkan sembelihan tersebut kpd sesiapa yg dipercayai yg berada di Mekah. Atau mereka serahkan perlaksanaan tersebut kpd pihak travel agen yg berkaitan

2. Bagi yg tidak mampu utk mendapatkan alHady, para ulama berbeza pandangan:

2.1 Tiada gantian lain, dia boleh bertahallul dr ihramnya dgn mencukur atau menggunting rambut. Termasuk yg menyatakan hal ini adalah sekumpulan ulama mazhab alSyafi'ie spt yg dinyatakan oleh alNawawi di dlm alMajmu' 8/299. Pandangan ini juga yg dipilih oleh Ibn 'Uthaimin di dlm alSyarh alMumti' 7/184.

Ibn 'Uthmain berkata, Allah SWT tidak mengarahkan berpuasa bagi org yg terhalang dr menyempurnakan haji atau umrah setelah berihram, sedangkan Allah memerintahkan puasa bagi yg melaksanakan haji tamattu' jika ketiadaan alHady. Ini menunjukkan alMuhsar المحصر yg tidak mampu mendapatkan alHady tiada gantian kpd amalan lain, dia boleh terus bertahallul dgn bercukur atau menggunting rambut.

Selain itu, zahir keadaan kebanyakan para sahabat adalah fakir. Dlm peristiwa Hudaibiyyah tidak terdapat bukti adanya arahan Nabi kpd mereka yg tidak memiliki alHady utk menggantikan dgn puasa 10 hari spt dam haji alTamattu'. Berdasarkan hukum Asal iaitulah Bara'ah alZimmah, maka tidak perlu berpuasa bagi alMuhsar yg ketiadaan atau tidak mampu mendapatkan alHady.

Di bawah ini saya sertakan juga pandangan sebaliknya sebagai maklumat tambahan:

2.2 Perlu diganti dgn puasa 10 hari, kemudian baru tahallul dgn bercukur atau menggunting rambut. Inilah mazhab Maliki dan hambali demimian juga sebahagian ulama mazhab alSyafie menyatakan hal ini spt yg dinukilkan oleh alNawawi di dlm alMajmu' 8/299. alSyeikh Bin Baz juga memilih pandangan ini di dlm Majmu' alFatawanya.


Cetak  
Wallahu a'lam