SDI 1104: Bila Nak Mula Takbir Muqayyad Selepas Solat?

Soalan:
Assalamualaikum ustaz kadir. Alhamdulillah tadi saya dengar huraian ustaz ttg takbir muqayyad di FB Perlisfm. Soalan saya sebagai seorg imam masjid, bila takbir muqayyad itu boleh saya laungkan? Sebaik shj selepas salam atau selepas habis zikir2 slps solat?

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullah.

Takbir muqayyad yg dilaungkan selepas solat fardhu bermaksud kita menjadikan lafaz takbir itu sebahagian dr zikir yg dibaca selepas solat fardhu. Maka ia dimulakan sebaik sahaja imam selesai beristighfar 3x dan membaca اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام, setelah itu imam berpaling mengadapkan wajah ke arah jemaah dan terus melaungkan takbir, antara lafaznya ialah:

الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر ولله الحمد

diulang menurut kesesuaian.


Cetak  
Wallahu a'lam