SDI 1100: Korban Utk Org Tua Yg Dah Meninggal

Soalan:
Ustaz nk tanya lg 1 soalan. Klu ank nk buat korban utk ayah yg dh meninggal dunia boleh x?

Jawapan:

Majoriti ulama berpandangan boleh. Manakala Mazhab Syafie kata tak berhasil korban sedemikian jika yang meninggal tak ada wasiatkan. Pilihan yang ada:

1. Anak buat korban untuk dirinya, masukkan sekali ayahnya untuk berkongsi pahala. Berdasarkan perbuatan nabi yang berkorban untuk umat baginda yang mengandungi maksid umat yang masih hidup dan yang telah mati.

2. Si anak buat korban dan sedekahkan pahala kepada ayah yang telah meninggal dunia berdasarkan pandangan Ibn alMubarak seperti yang dinukilkan oleh Syeikh Idris alMarbawi di dalam Bahrul Mazi.


Cetak  
Wallahu a'lam