Soalan:
salam ustaz, soalan pasai haid & puasa.
tempoh 2 hari saya bersih haid & berpuasa, sah dak puasa saya? saya perlu qadho puasa 12 hari atau 10 hari
Jawapan:
Wanita dikenalpasti suci daripada haid melaluai salah satu dari dua tanda:
1. Melihat alQassah alBaidha (cairan seperti benang putih) , (rujuk: Klik di sini) atau;
2. Terhasil kekeringan yang sempurna, di mana jika disapukan kain putih di bahagian faraj, tiada lagi sebarang kesan darah, mahupun kekuningan atau kekeruhan. Jika berlaku salah satu dari dua tanda ini, maka puan dikira telah suci dari haid. Wajib mandi untuk tunaikan solat dan seumpamanya.
Masalah; Setelah 2 hari suci, darah haid datang semula. Dalam maslh ini sebahagian ulama mengambil mazhab alTalfiq (التلفيق), dan mereka berpandangan dua (2) hari yang suci itu adalah suci dari haid (sekalipun jumlah keseluruhan hari haid puan dan hari suci tidak melebihi 15 hari). Justeru berdasarkan pandangan ini puan hanya perlu qadha puasa selama 10 hari. Inilah pandangan Imam Malik dan Imam Ahmad. Demikian juga salah satu pandangan ulama mazhab Syafie. Puan berhak bertaqlid dengan pandangan ini.
Sebahagian ulama lain berpandangan suci yang terjadi di antara tempoh haid adalah haid. Pandangan ini dinamakan mazhab alSahb (السحب). Ketika dua (2) hari yang suci itu, tetap wajib mandi untuk solat dan wajib juga berpuasa (kerana zahirnya telah suci). Namun apabila darah datang semua selagi dalam tempoh maksimum haid (tak lebih 15 hari), maka ia menunjukkan dua (2) hari yang seci dan kering itu sebenarnya masih dalam tempoh haid. Justeru berdasarkan pandangan ini puan kena qadha puasa sebanyak 12 hari. Hari ke-7 dan ke-8 yang disangka suci itu sebenarnya adalah masih dalam haid, Wajib qadha puasa yang telah dilakukan itu, dan tak perlu qadha solat. Inilah pandangan Imam Abu Hanifah dan pandangan alSahih bagi mazhab alSyafie. Puan juga berhak bertaqlid kepada pandangan ini jika hendak mengambil jalan berhati-hati.