SDI 1095: Gabung Niat Korban Dan Akikah

Soalan:
Boleh kah pd hari raya korban ini saya buat korban seekor kambing niatkan sekali akikah sebab saya baru dikurniakan anak?

Jawapan:

Tidak boleh. Inilah pandangan ulama mazhab Malik dan Syafi'ie, juga salah satu riwayat dr Imam Ahmad. Sebabnya kerana masing2 ibadah iaitulah korban dan akikah adalah ibadah yg bersendirian.

Kata Ibn Hajar alHaitami RH di dlm Tuhfatul Muhtaj Syarh alMinhaj:

وَظَاهِرُ كَلَامِ َالْأَصْحَابِ أَنَّهُ لَوْ نَوَى بِشَاةٍ الْأُضْحِيَّةَ وَالْعَقِيقَةَ لَمْ تَحْصُلْ وَاحِدَةٌ مِنْهُمَا ، وَهُوَ ظَاهِرٌ ; لِأَنَّ كُلًّا مِنْهُمَا سُنَّةٌ مَقْصُودَةٌ

Maksudnya: "Yg zahir dr perkataan para Ashab bahawa jika seseorg berniat dgn seekor kambing utk dijadikan korban bersama akikah, tidak terhasil kedua2nya. Pandangan ini suatu yg jelas kerana masing2 ibadah tersebut adalah ibadah sunnah yg dimaksudkan (keberadaannya)"


Cetak  
Wallahu a'lam