Soalan:
Dlm fiqh sunnah sayed sabiq kata solat sunat mutlak boleh dibuat satu rakaat. Betul ke sedemikian?
Jawapan:
Pandangan yg lebih kuat TIDAK BOLEH sunat mutlak dgn satu rakaat. Ada athar dr 'Umar bin alKhattab yg dikatakan pernah menunaikan solat sunat satu rakaat diriwayatkan oleh alImam alSyafi'ie kemudian alImam alBaihaqi. Namun alImam alNawawi menilai athar tersebut sebagai lemah atau dhoief di dlm kitabnya alMajmu'.
Kata alImam Ibn Qudamah RH ketika memberi komentar kpd pandangan sebahagian ulama mazhab Hambali yg kata boleh sunat mutlak dgn satu rakaat:
خلاف قول رسول الله صلى الله عليه و سلم: [صلاة الليل مثنى مثنى] ولأنه لم يرد الشرع بمثله، والأحكام إنما تتلقى من الشارع إما من نصه أو معنى نصه وليس ههنا شيء من ذلك
Maksudnya: "(pandangan itu) berbeza dgn sabdaan Rasul SAW: "Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat, dan juga tiada bukti dr syarak seperti itu. Manakala hukum-hakam syarak mestilah diambil dr pembuat syariat sama ada dr nas atau makna, namun dlm perkara ini tidak didapati sesuatupun sbg bukti."
Saya nukilkan juga di sini perkataan Ibn 'Uthaimin RH:
صحح بعض العلماء أنه يجوز للإنسان أن يتطوع بركعة لكن مع الكراهة، والذي يظهر لي أنه لا يصح التطوع بركعة، وما ورد عن بعض السلف فهو كغيره من الاجتهادات التي قد تخطئ وقد تصيب، ودليل ذلك قول النبي صلى الله عليه وسلم: (صلاة الليل مثنى مثنى) وفي رواية: (صلاة الليل والنهار مثنى مثنى) وهذا يدل على أنه لا يتطوع بركعة واحدة.
Maksudnya: "sebahagian ulama menganggap boleh seseorg melakukan solat sunat (mutlak) sebanyak satu rakaat akan tetapi makruh. Namun yg jelas bagi saya bahawa tidak sah sunat mutlak sati rakaat. Apa yg ada riwayat dr sebahagian salaf (melakukan sunat mutlak satu rakaat), maka ia sama situasinya dgn perkara2 lain yg termasuk dlm urusan ijtihad, yg kadang-kalanya berlaku kesilapan kadang-kalanya tepat. Dalil tidak boleh sunat mutlak dilakukan sat rakaat ialah hadis Nabi SAW: "Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat". Dlm satu riwayat lagi baginda bersabda: "Slat malam dan siang itu dua rakaat-dua rakaat." Hadis ini bukti tidak dilakukan sunat mutlak dgn satu rakaat." - tamat nukilan fatwa -