SDI 1076: Hukum Bertakbir Selepas Rukuk

Soalan:
Saya ingin bertanya soalan ini ...

1) jika seorang imam melafazkan 'allahhuakbar' selepas rukuk, sah atau tidak shalat para jemaah? Jika tidak sah, sila huraikan, dan jika sah, apa yang harus ma'mum menjawab?
2) perlukah imam mengulangi bacaan fatihah-nye jika dia bersin atau batuk sebelum selesai fatihah-nye?
3) adakah wajib bagi seorang imam menuggu ma'mum menyelasaikan bacaan surah al-fatihah sebelum meneruskan rukun2 salat yang lain ... terima kasih.

Jawapan:

1. Para ulama berbeza pandangan tentang hukum التسميع iaitu bacaan sami'allahu liman hamidah slps rukuk. Ringkasannya adalah seperti berikut:

-Jumhur atau majoriti ulama iaitu al-Malikiyyah, al-Syafi'iyyah dan al-Ahnaf: SUNAT
- al-Hanabilah; WAJIB

Di sisi mazhab al-Syafie, bacaan sami'allahu liman hamidah (tasmi) temasuk di dalam al-Intiqalaat yang dikira sebagai sunah hai-aat yang tidak perlu diganti dengan sujud al-sahwi.

Di sisi mazhab hambali sesiapa yang merubah kedudukan tasmi 'kepada takbir ketika bangun dari ruku' kerana tersilap atau terlupa maka hendaklah dia melakukan sujud sahwi. Jika sengaja ia membatalkan solat krn ia termasuk perkara wajib di sisi mereka.

Kesimpulannya: Tidak boleh sengaja mengubah bacaan tasmi 'kpd takbir, kerana Nabi S.A.W. bersabda (mafhumnya): "Solatlah kamu sepertimana kamu melihat saya menunaikan solat."

2. Perlu diulang ayat yang terputus kerana bersin. Tidak perlu mengulangi surah dari awal.

3. Tidak wajib imam menunggu habis makmumnya membaca al-fatihah.


Cetak  
Wallahu a'lam