SDI 1075: Hukum Darah Slps Keguguran Usia 8 Mggu

Soalan:
Assalamualaikum..Apa hukum darah yg keluar sekarang bg wanita yang disahkan keguguran?

Kandungan gugur 8 mnggu. Tapi tak keluar lagi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. cuma keluar darah macam haid sahaja.

Perlu cuci dan solat macam biasa atau macam mana ye?

Jawapan:

1. Darah yg keluar disebabkan keguguran yg berlaku sblm usia kandungan 80 hari adalah BUKAN darah haid. Ini kerana proses pembentukan manusia bermula setelah 80 hari usia kandungan. Jika keguguran berlaku slps 80 hari kandungan dan telah jelas ciri2 manusia maka ia dikira manusia dan darah yg keluar adalah darah haid.

2. Darah yg keluar disebabkan keguguran sblm usia kandungan 80 hari, jika darah yg keluar bertepatan dgn kebiasaan darah haid, maka darah itu adlh darah haid. Jika tidak, ia dikira istihadhah. Wajib solat spt biasa, wajib bersihkan pakaian, badan dan tempat dr darah, kerana darah adalah najis. Gunakan tuala wanita utk sekat darah dr mengotorkan pakaian dan boleh solat sekalipun darah berterusan keluar. Tukar tuala wanita dan ambil wudhu setiap kali hendak menunaikan solat fardhu.

3. Boleh juga laksanakan jamak suri iaitulah melewatkan solat zohor dan maghrib ke penghujung waktu, setelah itu apabila masuk waktu asar dan isyak segera menunaikan asar dan isyak di awal waktu.


Cetak  
Wallahu a'lam