SDI 1071: Hukum Mengaminkan Doa Non Muslim

Soalan:
Saya baru sahaja sembuh dr sakit yg agak teruk. Ketika saya sakit, ramai kawan2 datang berziarah dan sebahagian drpd mereka adalah non muslim. Sebahagian non muslim yg datang menziarahi saya itu, ada di kalangan mereka yg mendoakan kesihatan utk saya spt: "may god grant you good health"

Soalan saya ustaz, bolehkah saya mengaminkan doa mereka tersebut?

Jawapan:

Boleh dengan syarat:

1. Doa tersebut dipohon kepada Allah bukan selain-Nya. Jika non muslim yang beragama kristian sebagai contoh berdoa kepada alMasih atau Jesus, maka ketika itu TIDAK BOLEH mengaminkan doanya tersebut kerana alMasih bukan Tuhan dan memohon kepada alMasih adalah satu kesyirikan. Mengaminkan doa tersebut ada unsur pengiktirafan kepada kesyirikan.

2. Boleh mengaminkan doa non muslim ini jika bebas dari menganggap besar dan agung kepada kekufuran atau seperti mengiktiraf kebenaran agama mereka.

Jawapan saya ini khas untuk situasi puan sahaja. Tidak lebih dari itu. Ini kerana kebelakangan ini terdapat pihak tertentu terutamanya golongan politik yang "terkejut dapat kuasa" telah menggunakan hujah agama untuk membenarkan pemikiran songsang mereka dalam bab hubungan antara muslim dan non muslim.

Selain itu, suka juga saya jelaskan bahawa isu ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Saya lebih cenderung kpd pandangan ulama yg mengatakan boleh. Antara mereka ialah Ibn Abi Syaibah yg telah menyebut satu Bab di dlm Musannafnya dgn katanya:

المسلم يؤمن على دعاء الراهب

Maksudnya: "Seorg muslim mengaminkan doa seorg pendeta" lalu beliau mendatangkan riwayat Hassan bin 'Athiyyah yg berkata:

لا بأس أن يؤمن المسلم على دعاء الراهب, فقال: إنهم يستجاب لهم فينا، ولا يستجاب لهم في أنفسهم

Maksudnya: "tidak mengapa seorg muslim mengaminkan doa seorg pendeta. Dan beliau berkata: sesungguhnya diperkenankan doa baik mereka untuk kita dan tidak dimustajabkan utk diri mereka sendiri."

Dr. Jilan bin Khadhir al'Arusi berkata di dlm tesis masternya:

إن إجابة الدعاء من مقتضى الربوبية وهي شاملة للخلق مؤمنهم وكافرهم، فهو يربيهم بالنعم، ومنها إجابة الدعاء وإغاثة الملهوف وإعانة المكروب وإزالة الشدائد وكشف الكربات، قال تعالى: يسأله من في السموات والأرض كل يوم هو في شأن { الرحمن: 29}.
ثم إن الله تعالى قد أجاب دعوة شر خلقه وهو إبليس، قال سفيان بن عيينة ـ رحمه الله: لا يمنعن أحداً ما يعرفه من نفسه من الدعاء، فإن الله قد أجاب دعوة شر خلقه إبليس.

Maksudnya: "Sesungguhnya perkenan doa adalah termasuk dlm kandungan rububiyyah (sifat ketuhanan) yg merangkumi kepada semua makhluk sama ada yg beriman atau yg kafir. Dialah tuhan yg metadbir mereka dgn mengurniakan kpd mereka semua nikmat2 termasuklah memperkenankan doa, membantu sesiapa yg dizalimi, dan di dlm kesusahan, menghilangkan kesempitan dan menyingkap kesusahan. Firman Allah Taala: "Memohon kpdNya sesiapa yg berada di langit dan di bumi, setiap ketika Dia memberi dan menghalang (permohonan makhluknya)" (alRahman: 29)

Kata alSa'di RH:

ومن براهين وحدانية الباري وربوبيته إجابته للدعوات في جميع الأوقات، فلا يحصي الخلق ما يعطيه للسائلين وما يجيب به أدعية الداعين من بر وفاجر ومسلم وكافر، تحصل المطالب الكثيرة ولا يعرفون لها شيئاً من الأسباب سوى الدعاء والطمع في فضل الله والرجاء لرحمته، وهذا برهان مشاهد محسوس لا ينكره إلا مباهت مكابر

Maksudnya: "dan antara bukti keesaan dan ketuhananNya iaitulah perkenanNya akan doa2 (makhkuknya) pd semua waktu. Manusia tidak dapat menghitung pemberianNya kpd mereka yg memohon kpdNya, dan perkenanNya terhadap doa2 mereka yg berdoa dr kalangan org yg baik, yg jahat, seorg muslim dan seorg kafir. Terhasil permohonan2 yg banyak, tidak diketahui sebabnya melainkan doa dan tamakkan kelebihan dr Allah dan mengharapkan rahmatNya. Bukti perkara ini suatu yg dapat disaksikan dan dirasai, tidak diingkari hal ini melainkan dr seorg yg dusta dan angkuh."


Cetak  
Wallahu a'lam