SDI 1070: Jangan Intai Lubang Kemaluan Dan Memicitnya Utk Bersuci

Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Saya ada baca berkenaan persoalan kencing di blog ustaz. Saya ingin bertanya. Saya selepas selesai membuang air kecil saya akan beristibrak dan saya lihat tidak ada air kencing setitik. Namun saya lihat lubang kemaluan saya sedikit basah dan bila dipicit di hujung kemaluan itu ia tidaklah keluar dan kadang² keluar namun tidak sampai setitik hanya sedikit sahaja seperti sebesar zarah. Apakah itu air kencing atau basuhan air? Saya musykil berkenaan bab ni.

Jawapan:

Kita disuruh membersihkan najis BUKAN mencari2 najis yg akhirnya menyukarkan kita.

Tinggalkan perbuatan melihat lubang kemaluan dan memicitnya krn ia termasuk dlm perbuatan yg melampau yg akhirnya akan menyebabkan saudara terjebak ke dlm lembah was2 dan saudara pasti tidak akan mampu menyelesaikannya. Besar kemungkinan juga tindakan tersebut boleh mendatangkan mudharat kpd saudara.

Hilangkan najis dr kemaluan setelah kencing, setelah itu solat tanpa ragu. Jika ada rasa basahan pd kemaluan maka anggaplah shj ia adalah saki-baki air yg digunakan utk bersuci.

WA

Penyoal:

Ya allah terima kasih ustaz atas jawapan ini. Memang sebelum ni saya terkena penyakit was-was sehingga menyebabkan saya ketinggalan solat jemaah dalam beberapa rakaat dan kadang² sehingga terlepas solat jemaah sebab melihat kemaluan takut² ada najis. Terima kasih ustaz atas ilmu ini. Sangat hargai.

Soalan tambahan: Klu ada terasa mcm air keluar terkeluar sikit macamana ustaz? 

Jawapan: kalau yakin keluar najis, wajib basuh dan ulangi wudhu. 

 


Cetak  
Wallahu a'lam