SDI 1181: Solat Tahiyyatul Masjid Bila Keluar ke Tandas dan masuk semula

Assalamualaikum wbt Ustaz.

Mohon bertanya :

Ketika beriktikaf didalam masjid, kemudian sy ke tandas utk membuang air.
Bila masuk ke masjid semula, perlukah sy solat Tahiyatul Masjid semula?

Seterusnya, jika keluar Dari masjid sekadar utk ambil barang kereta, perlu Solat Tahiyatul Masjid semula juga?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Solat tahiyyatul masjid SUNAT hukumnya. Inilah pandangan majoriti ulama.

Para ulama berbeza pandangan dlm masalah yg ditanya. Ulama Hanafi dan Maliki berpandangan keluar yg sekejap dan dekat pd uruf, tidak menjadikan sunat diulang solat tajiyyatul masjid. Berbeza dgn ulama mazhab Syafi'ie yg berpandangan sesiapa yg keluar dr masjid kemudian masuk semula, sekejap ataupun lama tetap ada padanya hukum sunat tahiyyatul masjid.

WA

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam