Soalan:
Ada orang tanya, dlm taqwim kita tulis solat dhuha selepas 27 minit lps naik matahari. Mau solat sebelum 27 mnit tu boleh ka?kira solat dhuha dak?https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t52/1/16/1f923.png");">🤣 Alim ulamak sini tlg bantu saya, kita tentukan kadar 27 mnit tu mcm mana ya? ust kadir harap boleh bantu, Sbb ada org tanya saya solat dhuha 15 mnt lps syurukhttps://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t53/1/16/1f605.png");">😅
Jawapan:
Sekurang-kurangnya ada dua isu perlu selesaikan:
1. Apa ukuran قيد Ø±Ù…Ø (kadar tinggi segalah) sebagai tanda keluar waktu larangan solat.
2. Solat sebaik sahaja keluar waktu larangan itu solat Isyraq (sebahagian Syafieyyah sebut solat Syuruq) atau solat dhuha?
Isu 1: Sebahagian fuqaha nyatakan قيد Ø±Ù…Ø adalah kadar tinggi segalah pada penglihatan mata menurut panjang galah yang pertengahan, lebih kurang matahari naik setinggi 1 meter pada pandangan mata dari ufuq bumi (Ibn 'Uthaimin al-Syarh al-Mumti'). Wahbah alZuhaili kata iaitulah panjangnya 7 hasta, menurut ukuran panjang galah pada kebiasaannya. Maknanya ketinggian matahari dari kaki langit pada ketinggian 7 hasta atau kadar tinggi segalah pada pandangan mata yang bersamaan dgn 1/3 jam (20 minit). Sebahagian fuqaha lain berkata kadar tinggi segalah itu menyamai tinggi 12 jengkal. Ibn uthnaimin ada tempat di dalam kitabnya mengatakan kadar tinggi segalah itu sekitar 10 - 12 minit, ambil 15 minit ihtiyath (langkah berhati-hati). Sebahagian tempat lain di dalam kitab dan fatwanya yang tersebar mengatakan antara 15 - 20 minit.
Isu 2: sama seperti isu 1, ada khilaf. Ibn baz kata solat Syuruq itu adalah solat Dhuha yang ditunaikan di awal waktu Dhuha.
Ulama syafieyyah kata solat Syuruq adalah solat yang berasingan, bukan solat dhuha. Saya berkeyakinan antara alasan ulama Syafie kata ia bukan Dhuha adalah disebabkan adanya hadis yang mengisyaratkan kelebihannya yang tersendiri. Iaitulah sesiapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah, kemudian kekal duduk di tempat solatnya (musalla) berzikir kepada Allah sehingga habis waktu larangan solat, lalu tunaikan solat dua rakaat, pahalanya seperti tunaikan umrah dan haji yang sempurna.
Hadis ini boleh difahami terdapat isyarat solat yang dimaksudkan adalah bukan solat dhuha, kerana waktu afdhal Dhuha ialah apabila matahari telah tinggi dan bahangnya telah terasa sehingga anak-anak unta bangun dari tidurnya disebabkan kepanasan bumi.
Kerana itu sebahagian ulama memahami hadis ini menunjukkan solat Isyraq atau Syuruq bukan solat dhuha.
Namun pandangan ini berbeza dengan pandangan ulama lain termasuk Bin Baz yang mengatakan solat Isyraq adalah solat Dhuha di awal waktu. Adapun tentang kelebihan tersebut, pada mereka ia tidak saling bertentangan kerana boleh sahaja solat Dhuha ketika bahang matahari telah terasa itu lebih besar kelebihannya.