SDI 1067: Boleh Puasa 6 Selepas Syawal?

Benarkah ada pandangan ulama yg sebut puasa 6 bukan khusus utk bulan syawal sahaja, dan boleh puasa 6 slps Syawal?

Jawapan:

Ya ada. Inilah juga salah satu kefahaman yg boleh diandaikan dari hukum makruh puasa 6 di sisi imam Malik. Iaitulah makruh mengkhususkannya utk bulan syawal sahaja.

Ini kerana Nabi SAW telah meletakkan sebab anjuran puasa 6 hari di dlm hadis puasa 6, iaitulah agar memperolehi pahala puasa seperti puasa setahun penuh.

Di dlm hadis Thauban RA di sisi Ibn Majah, Nabi SAW bersabda:

من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة {من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها


Maksudnya: "siapa yg berpuasa 6 hari slps berhari raya, dia berpuasa sempurna setahun. (Allah berfirman): "Sesiapa yg mengerjakan satu kebaikan, maka dia berhak mendapat pahala 10 kebaikan yg dilakukannya (alAn'am: 60)."

Sisipan ayat 60 dr surah alAn'am dlm hadis Thauban ini menunjukkan maksud yg dikehendaki dr anjuran puasa 6 tersebut. Iaitulah setiap amalan kebaikan dilipatgandakan menjadi 10. Maka sebulan puasa ramadan menyamai 10 bulan. Manakala 6 hari slps Ramadan menyamai berpuasa 2 bulan.

Gandaan 10 bagi setiap amalan soleh ini tidak hanya berlaku di dlm bulan Ramadan dan Syawal sahaja. Bahkan ia berlaku sepanjang tahun berdasarkan keumuman firman Allah SWT:

من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

Maksudnya: "sesiapa yg mengerjakan satu kebaikan, maka utknya 10 pahala kebaikan yg seumpama kebaikan yg dilakukannya..." (alAn'am: 160)

Di atas kefahaman ini, sebahagian ulama mazhab Maliki berpandangan, Nabi SAW menyebut "...6 hari dr bulan Syawal..." itu bagi tujuan memberi keringanan, krn puasa dlm bulan Syawal lebih ringan berbanding dlm bulan lain memandangkan Syawal amat dekat dengan Ramadan, di mana uamt Islam telah terbiasa berpuasa ramadan, maka puasa dlm bulan Syawal menjadi ringan ke atas mereka. Inilah yg disebut oleh al'Adawi di dlm hasyiahnya kpd Syarh alKhurasyi 2/243.

Muhammad bin 'Ali bin Husain, salah seorg mufti mazhab Maliki di Mekah di dlm kitabnya Tahzib Furuq alQarafi 2/191 menukilkan dr Ibn al'Arabi alMaliki yg berkata: "Bahawasanya sabda Nabi: "(puasa 6 hari) dalam bulan Syawal" adalah dalam bentuk memberi contoh. Yg dikehendaki ialah pemberitahuan bahawa puasa Ramadan menyamai pahala puasa 10 bulan, manakala puasa 6 menyamai pahala 2 bulan. Demikian itulah mazhab Imam Malik (pandangan Imam Malik). Sekiranya dilakukan selain dalam bulan Syawal, maka hukumnya juga sedemikian." Kata Muhammad bin 'Ali: "Ini termasuk dr pemerhatian yg mendalam (dlm masalah ini), maka ambil tahulah akannya"

Sekalipun demikian, kekal berusaha menyelesaikan puasa 6 dlm bulan Syawal tetap lebih utama berbanding dlm bulan selainnya. Terutamanya apabila SEBUTAN BULAN SYAWAL dinyatakan oleh Nabi SAW di dlm hadis baginda. Ia meruoakan dalil atau bukti zahir dr lafaz hadis yg tidak wajar diabaikan begitu sahaja.

WA


Cetak  
Wallahu a'lam