SDI 0116: Tak Mampu Buat Akikah

Soalan: 

Assalamualaikum wrh ust. Semoga sihat sentiasa. Ustaz, saya mempunyai soalan unk ditanya. Saya pelajar di sebuah uni dan telah berkahwin. Tidak lama lg bkal menimang anak lelaki, insyaallah. Soalan nya ialah:
1) Saya tidak mampu unk membuat aqiqah dgn seekor kambing? Jadi bolehkah dibuat penangguhan suatu masa nnti? Jikalau begitu, bgaimana dgn tahnik dan cukur kepala. Bolehkah ditangguhkan?
2) Sekiranya xperlu dgn seekor kambing krn x mampu, bolehkah ust terangkan bagaimana yg perlu dilakukan ketika hari-7? Adakah sekadar tahnik dgn cukur rambut
3) Bagaimana kaedah yang benar ketika tahnik dan bcukur rambut? Ditempat sy, biasanya bayi akan ditawaf beberapa pusingan smbil berselawat dan sdikit rambut akn dipotong. Mohon penjelasan ust. Trm Ksh

Jawapan:

1) Akikah hukumnya SUNAT bagi sesiapa yang berkemampuan. Jika tidak mampu, tidak perlu buat. Lakukan apa yang mampu seperti tahnik dan cukur kepala.
2) Yer, sekadar tahnik dan cukur kepala.
3) Tahnik orang Melayu sebut sebagai belah mulut. Ia merujuk kepada perbuatan memasukkan sedikit manisan seperti tamar ke dalam mulut dan disampaikan ke bahagian lelangit bayi sebagai mengikut perbuatan nabi SAW. Manakala bercukur yang disunnahkan ialah mencukur seluruh kepala bayi, dan sunat pula menimbang beratnya dan dikeluarkan sedekah mengikut harga Perak. Tidak perlu bayi ditawaf dan diselawatkan. 

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam