Assalamualaikum ustaz ada satu persoalan. Di syarikat saya kami pekerja ada menyimpan duit setiap bulan utk tujuan kebajikan. Sebagai contoh selepas setahun simpanan duit adalah rm 5k. Kemudian ada pendapat di kalangan kami utk membuat korban dari duit kutipan tersebut. Apa pendapat ustaz.
Jawapan:
Korban perlu dikenal pasti siapa tuannya, dalam ertikata, jika lembu, maka setiap bahagian siapa tuan empunyanya? Tak jadi korban lembu yang dibeli hasil kongsi 10 orang atau lebih. Demikian juga tak jadi korban seekor Kambing yang dibeli hasil kongsi dua orang atau lebih.