Assalamualaikum wbt ustaz...
saya ada beberapa soalan tentang korban...Mohon ustaz memberi penjelasan...
1~ bolehkah majikan buat korban untuk pekerjanya?
2~ Perlu kah pekerja menghindari dari memotong kuku dan buang bulu bermula dari 1 zulhijjah hingga hari korban?
Jawapan:
1) jika majikan buat korban untuk pekerjanya dalam ertikata dia guna duit sendiri untuk buat korban, setelah itu dia kongsikan pahalanya bersama pekerja-pekerjanya. Maka hal ini adalah harus, kerana seseorang yang memiliki sesuatu berhak menghadiahkannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Adapun jika yang dimaksudkan majikan buat korban untuk pekerjanya dalam ertikata menjadikan pekerjanya tidak dikenakan lagi perintah sunat melaksanakan korban, maka tidak boleh, melainkan sesama ahli keluarga dibawah nafkahnya sahaja.
2) pekerja tak termasuk dalam tegahan.
Soalan: