Kalau saya nak bayar zakat fitrah ayah saya di kampung perlukah saya memberitahunya terlebih dahulu?
Jawapan:
Ya perlu dapatkan keizinan terlebih dahulu atau dlm bahasa lain perlu dimaklumkan terlebih dahulu. Ini kerana zakat fitrah adalah ibadah yg memerlukan niat. Jika anda membayar zakat bagi pihak ayah anda sedangkan ayah anda tidak mengetahuinya, ia tidak jadi zakat fitrah utk ayah anda sebaliknya sedekah biasa yg anda lakukan sahaja. Ini krn ketika anda membayar zakat fitrah utk ayah anda, dia tidak ada niat mewakilkan kpd anda. Demikian juga jika anda bayar dahulu kemudian baru maklumkan, ini juga tidak dikira sebagai zakat fitrah utk ayah anda atas dasar zakat fitrah memerlukan niat.
Oleh itu, sesiapa yg hendak membayar zakat utk org lain hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kpd org tersebut utk mendapat keizinan drnya.