SDI 1062: Zakat Fitrah Bagi Anak Perempuan Bujang Yang Dah Bekerja

Salam ustaz,,nak tanya jika anak perempuan yg dah kerja adake zakat masih tanggungan ayah atau dia bayar sendiri?mohon pencerahan

Jawapan:

Jika anak perempuan tersebut memiliki pendapatan sendiri dan ada lebihan untuk perbelanjaan dirinya pada malam dan hari raya, maka kewajipan itu terpikul di atas bahunya sendiri.

Soalan: 

Kalau ayahnya nak tanggung macam mana ust?
 
Jawapan: Boleh.
 
Soalan: 

Ust nak tanya jika anak perempuan tersebut memiliki pendapatan sendiri bahkan sangat mewah kehidupannya, bolehkah beliau membayar semua zakat utk semua ahli keluarganya termasuk adik beradik juga mahu dibayarnya.

Jawapan: 

Boleh dengan syarat mendapat persetujuan dari mereka semua terlebih dahulu.


Cetak  
Wallahu a'lam