Para Sahabat mengeluarkan zakat alFitr dgn gandum berdasarkan NILAI yg menyamai 1 gantang tamar di zaman Nabi SAW

Para Sahabat mengeluarkan zakat alFitr dgn gandum berdasarkan NILAI yg menyamai 1 gantang tamar di zaman Nabi SAW

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: "كنا نُخرج - إذ كان فينا رسول الله صلى الله عليه وسلم - زكاةَ الفِطر عن كل صغير وكبير، حرٍّ أو مَملوك - صاعًا من طعام، أو صاعًا من أَقِطٍ، أو صاعًا مِن شَعير، أو صاعًا من تمر، أو صاعًا من زبيب، فلم نزل نُخرجه حتى قدم علينا معاوية بن أبي سفيان حاجًّا أو مُعتمِرًا، فكلَّم الناس على المنبر، فكان فيما كلم به الناس أن قال: إني أرى أن مُدَّين من سمراء الشام تَعدِل صاعًا من تمر، فأخذ الناس بذلك، قال أبو سعيد رضي الله عنه: فأما أنا فلا أزال أخرجه كما كنتُ أُخرجه أبدًا ما عشتُ

Maksudnya: "Daripada Abi Sa'ied alKhudri RA katanya: "kami dahulu - di zaman Nabi SAW - akan mengeluarkan zakat alFitr utk seorg kanak2, seorg dewasa, seorg merdeheka, seorg hamba sebanyak 1 gantang (4 cupak) makanan sama ada 1 gantang keju atau 1 gantang barli atau 1 gantang tamar atau 1 gantang kismis. Demikianlah kami mengeluarkan zakat alFitr sehinggalah datang Muawiyah bin Abi Sufyan menunaikan haji atau umrah. Beliau menyampaikan khutbah kpd org ramai di atas mimbar dan antara yg dinyatakan beliau ialah: "Seaungguhnya aku melihat bahawa 2 cupak (setengah gantang) gandum Sham menyamai 1 gantang tamar." Lalu org ramai mengambil pandangan beliau." Kata Abu Sa'ied RA: "Adapun aku berterusan mengeluarkan zakat alFitr sepertimana dahulu aku mengeluarkannya buat selama2nya selagi aku hidup." (alBukhari 1508 dan Muslim 985. Lafaz ini berdasarkan riwayat Muslim)

Org ramai yg dimaksudkan oleh Abu Sa'ied RA ini adalah terdiri dr para sahabat Nabi SAW dan tokoh2 besar tabi'ien. Inilah yg diamalkan oleh para sahabat setelah berlaku futuhat dan gandum banyak diperolehi dan setengah gantang pd mereka menyamai nilai 1 gantang tamar di zaman Nabi SAW.


Cetak  
Wallahu a'lam