Soalan SDI 1061
boleh sebutkan sedikit perkataan ulama dlm masalah terlupa baca satu ayat fatihah?
Jawapan:
Saya nukilkan di sini perkataan alImam alNawawi di dlm kitabnya Majmu':
فيمن ترك الفاتحة ناسيًا حتى سلم أو ركع قولان مشهوران: أصحهما باتفاق الأصحاب وهو الجديد: لا تسقط عنه القراءة, بل إن تذكر في الركوع أو بعده قبل القيام إلى الثانية عاد إلى القيام وقرأ, وإن تذكر بعد قيامه إلى الثانية لغت الأولى, وصارت الثانية هي الأولى, وإن تذكر بعد السلام والفصل قريب لزمه العود إلى الصلاة ويبني على ما فعل فيأتي بركعة أخرى ويسجد للسهو, وإن طال الفصل يلزمه استئناف الصلاة.
Maksudnya: "berkaitan sesiapa yg tertinggal fatihah kerana lupa sehingga memberi salam atau rukuk (masuk rukun yg berikutnya) ada dua qaul yg masyhur: yg asah dgn kesepakatan Ashab dan ia juga qaul jadid iaitulah tidak gugur kewajipan membaca alFatihah pd org tersebut. Bahkan jika dia teringat ketika rukuk atau selepas rukuk, sebelum berdiri ke rakaat berikutnya, hendaklah dia bangun dan membaca alFatihah. Jika dia teringat setelah dia berdiri pd rakaat berikutnya, gugur rakaat yg dia terlupa baca alFatihah itu. Jadilah rakaat berikutnya itu mengambil rakaat yg dia terlupa baca alFatihah. Jika dia teringat setlh membari salam dan berlaku pemisahan yg pendek, wajib bina atas apa yg telah dilakukannya dgn tambah satu rakaat lagi kemudian sujud sahwi. Jika pemisahan telah berlalu panjang, wajib (isti'naf) memulakan solat dr awal."
Ini bagi situasi seorg imam dan munfarid. Namun jika seorg makmum yg terlupa membaca alFatihah, kata alNawawi:
Di tempat lain beliau berkata:
فلو ركع مع الإمام ثم تذكر أنه نسي الفاتحة, أو شك في قراءتها لم يجز أن يعود لقراءتها لفوات محلها, ووجوب متابعة الإمام، فإذا سلم الإمام لزمه أن يأتي بركعة.
Maksudnya: "Jika dia telah rukuk bersama imam kemudian teringat yg dia terlupa membaca alFatihah, atau ragu telah membacanya atau belum, tidak boleh dia kembali (bangun) utk membacanya disebabkan telah luput tempat membacanya, kerana kewajipan mengikut imam. Apabila imam telah memberi salam, maka wajib pula dia (bangun) bagi melakukan satu rakaat lagi (menggantikan rakaat yg dia terlupa baca alFatihah."
Pandangan alNawawi ini berbeza dgn majoriti ulama. Kata Ibn Qudamah di dlm alMughniy:
وتختص قراءة الفاتحة بسقوطها عن المأموم؛ لأن قراءة إمامه له قراءة.
Maksudnya: "Dikhususkan gugur bacaan alFatihah bagi makmum, krn bacaan imamnya adalah bacaan baginya (makmum) juga."