SDI 1057: Bagaimana Nak Tunaikan Sunat Rawatib Jika Solat Jamak?

Salam Ustaz. Nak tanya, jika kita dah jamak taqdim utk zohor asar... apabila tiba waktu asar. Boleh lagi ko kita solat sunat sebelum asar?

Jawapan:

Saya bahagikan jawapan spt berikut:

1. Merujuk kpd soalan, maka jawapannya BOLEH, terutamanya jika jamak itu dilakukan kerana keuzuran selain musafir.

2. Jika jamak kerana musafir, Ulama berbeza pandangan ttg solat rawatib bagi seorg musafir. Masih disunatkah atau tidak disunatkan lagi. Majoriti ulama berpandangan masih sunat dilakukan. Manakala Ibn 'Umar dan ulama yg sependapat dgn beliau berpandangan sunat rawatib DITINGGALKAN bagi seorg musafir.

3. Bagi yg memilih mazhab majoriti ulama. Maka jawapan adalah sama spt no. 1. Di bawah ini saya jelaskan cara perlaksanaannya:

Saya nukilkan perkataan alImam Zakaria alAnsori di dalam Asna alMatalib 1/245:

وَإِنْ جَمَعَ تَقْدِيمًا بَلْ أو تَأْخِيرًا في الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ صلى سُنَّةَ الظُّهْرِ التي قَبْلَهَا ثُمَّ الْفَرِيضَتَيْنِ الظُّهْرَ ثُمَّ الْعَصْرَ ثُمَّ بَاقِيَ السُّنَنِ مُرَتَّبَةً أَيْ سُنَّةَ الظُّهْرِ التي بَعْدَهَا ثُمَّ سُنَّةَ الْعَصْرِ .وفي الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ يُصَلِّي الْفَرِيضَتَيْنِ ثُمَّ السُّنَنَ مُرَتَّبَةً سُنَّةَ الْمَغْرِبِ ثُمَّ سُنَّةَ الْعِشَاءِ ثُمَّ الْوِتْرَ

Maksudnya: "dan jika seseorg melakukan jamak taqdim bahkan sekalipun ta'khir pada solat zohor dan asar, dia solat sunat zohor qabliah (terlebih dahulu), kemudian tunaikan kedua2 solat fardhu, zohor kemudian asar (secara jamak taqdim), kemudian tunaikan baki solat sunat menurut tertiban iaitulah sunat zohor ba'diah, setelah itu solat sunat asar (sebelum asar antara azan dan iqamah). Pd solat maghrib dan isyak, tunaikan kedua2 solat fardhu terlebih dahulu (slps sunat qabliah maghrib, antara azan dan iqamah), kemudian solat sunat menurut tertiban, sunat maghrib (ba'diah), kemudian sunat isyak (ba'diah), kemudian witir."

Perkataan yg sama di sebut oleh alImam alNawawi di dlm Raudhah alTalibin 1/402. Kedua2 ulama ini dr mazhab alSyafie.

Menarik juga utk saya sertakan perkataan alImam Ibn Qudamah di sini dari mazhab Hambali utk dikongsi bersama:

Di dlm alMughniy 2/61-62 beliau berkata:

وَإِذَا جَمَعَ فِي وَقْتِ الْأُولَى , فَلَهُ أَنْ يُصَلِّيَ سُنَّةَ الثَّانِيَةِ مِنْهُمَا , وَيُوتِرُ قَبْلَ دُخُولِ وَقْتِ الثَّانِيَةِ ; لِأَنَّ سُنَّتَهَا تَابِعَةٌ لَهَا , فَيَتْبَعُهَا فِي فِعْلِهَا وَوَقْتِهَا , وَالْوِتْرُ وَقْتُهُ مَا بَيْنَ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إلَى صَلَاةِ الصُّبْحِ , وَقَدْ صَلَّى الْعِشَاءَ فَدَخَلَ وَقْتُهُ

Maksudnya: "dan apabila seseorg melakukan jamak (antara Maghrib dan isyak) pada waktu pertama (jamak taqdim), dia boleh menunaikan solat sunat bagi waktu kedua (slps menunaikan dua solat fardhu dlm waktu pertama). Dia juga boleh melakukan witir sebelum masuk waktu kedua (isyak). Ini kerana solat sunat (bagi solat isyak sama ada sbkm atau slps) adalah mengikut solat isyak, maka solat sunat itu mengikut solat isyak pada perbuatan dan waktunya. Solat witir itu waktunya antara solat isyak sehinggalah solat subuh, dan seseorg yg melakukan jamak taqdim antara maghrib dan isyak sudahpun menunaikan solat isyak, maka dia telah masuk ke dlm waktunya (waktu boleh menunaikan solat witir)."


Cetak  
Wallahu a'lam