SDI 0139: Imam Tambah Rakaat Solat, Makmum Nak Buat Apa?

Salam ustaz.. Semoga ustaz sentiasa di dlm rahmatNya..

Saya ade satu kemusykilan.. Hari ini. Solat asar di tmpt sy, imam terlebih 5 rakaat. Ada makmum terus memberi salam, ada separuh makmum ikut imam habiskan rakaat yg ke 5.

Soalan saya, sah atau tidak makmum yg memberi salam tidak mengikut imam itu?

Jawapan:

Sepatutnya jika imam menambah rakaat dlm solat, makmum hendaklah menegur dgn menyebut subhanallah.. Subhanallah... Jika imam terus berdiri. Ada bbrapa kemungkinan:

1) Brgkali shj imam terlupa mmbaca alfatihah dlm salah satu rakaat. Maka imam tambah lagi satu rakaat krn rakaat yg tiada alfatihah tidak dikira. Dlm keadaan ini, makmum sepatutnya duduk dlm keadaan tasyahhud akhir menunggu imam duduk dan mmberi salam bersama imam.

2) Brgkali juga imam yakin dia tidak menambah rakaat. Sbliknya makmum yg tersilap. Dlm keadaan ini makmum yg yakin imam tlh tambah rakaat sptutnya menunggu dlm keadaan duduk bertasyahhud sehingga imam duduk dan mmberi salam bersama imam. Solat imam dan makmum dikira Sah kerana yg dikira ialah apa yg diyakini.

3) Imam tambah rakaat kelima dan meneruskannya sklipun stlh ditegur krn beranggapan bila telah bangun maka tidak boleh duduk semula. Maka hal ini adlh satu kejahilan. Ulama berbeza pandangan apakah seorg jahil sama dgn seorg yg terlupa yg diberi kemaafan atau sama seorg yg sengaja buat silap yg tidak diberi kemaafan. Sbgai langkah berhati2 dan bgi keluar dr khilaf, bagus dia mengulangi solatnya.

4) Bagi makmum yg mengikut imam krn yakin kebenaran pd imam. Solatnya dikira sah. Sbliknya yg ikut stlh yakin imam tambah rakaat, hendaklah mengulangi solatnya.

5) bagi makmum yg memberi salam dan x mengikut imam krn yakin imam tambah rakaat, solat mereka juga Sah. Namun yg lebih baik adlh mereka menunggu imam bertasyahhud dan mmberi Salam bersama imam.


Cetak  
Wallahu a'lam