Nk tnya ada ka puasa tarwiyah pd 8 zulhijjah. Yg sy tau nabi suruh puasa 9 zulhijjah iaitu puasa arafah. Mohon jwpn ust.
Jawapan:
Hari Tarwiyah adalah hari 8 Zulhijjah. Boleh puasa pada hari tersebut yang termasuk dalam hari-hari yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh. Puasa pada 8 Zulhijjah sama sepertimana puasa pada 1-7 Zulhijjah.
Manakala puasa 'Arafah pada 9 Zulhijjah adalah puasa sunat yang dikhususkan pada 9 Zulhijjah. Kelebihan khususnya telah dinyatakan oleh Nabi SAW sendiri.